Wednesday, December 8, 2010

Tindakan Polis meleraikan Demo mengikut undang-undang dan minimum.

Tindakan minimun saja ni.. kalau maximum mahu tercirit mamat ni..

Kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah. Pihak polis bertindak menurut peruntukan undang-undang bagi meleraikan perhimpunan dan perarakan penyokong yang membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor di Masjid Negara Ahad lepas..

Dan katanya juga pihak Polis hanya mengambil tindakan yang minimum untuk menyuraikan kumpulan tersebut.

Kalau tindakan menendang,memijak dan berbagai-bagai bentuk kekasaran yang aku tak tahu nak tulis sebagai apa dalam gambar-gambar dibawah dikatakan tindakan minimum, bayangkan bagaimana agaknya tindakan maksimum? Pasti ramai yang berhijrah ke alam baka pada hari demonstrasi tu agaknya..


Tapi betulkah ada dalam undang-undang yang mengatakan anggota polis boleh membelasah orang ikut suka hati mereka saja? Err.. tak pernah pula aku mendengarnya.

Tarik tambut.. kira minimun tu.. kalau maximum potong kepala..

Tendang Perut.. juga minimum.. kalau maximum pijak perut.

Polis nafi bertindak luar batas undang-undang bagi leraikan demo

KUALA LUMPUR, 7 Dis — Polis menafikan pihaknya bertindak di luar peruntukan undang-undang bagi meleraikan perhimpunan dan perarakan penyokong yang membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor di Masjid Negara Ahad lepas, sebaliknya hanya mengambil tindakan yang minimum untuk menyuraikan kumpulan tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata polis telah memberikan kerjasama dengan memberi laluan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membolehkan beliau menghantar memorandum tersebut ke Istana Negara.

“Menteri Besar telah bersetuju dengan cadangan dan nasihat polis bahawa mereka tidak berarak ke Istana Negara dan selepas solat Zuhor di Masjid Negara, beliau telah diberi laluan bagi menyerahkan memorandum itu di Istana Negara,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas artikel bertajuk “Bar Council Slams Cops For Polis-State Mindset” dalam The Malaysian Insider yang menyatakan tindakan polis bagi meleraikan perhimpunan itu kasar dan menindas.

Zulkifli berkata kedegilan sekumpulan penyokong yang masih berkumpul dan berarak menuju ke Istana Negara menyebabkan polis terpaksa bertindak bagi menyuraikan perhimpunan sekaligus mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam di Bandaraya Kuala Lumpur.

“Pada masa kini peruntukan Seksyen 27 Akta Polis 1967 masih berkuatkuasa dan selaras dengan artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, sebarang perhimpunan perlu mendapat lesen daripada polis terlebih dahulu,” katanya.

inipun minimum.. kalau maximum sati Batallion akan mengerumuni mamat itu..


Ahad lepas, kira-kira 4,000 orang berkumpul dalam dua perhimpunan di Masjid Negara bagi membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor.

Kedegilan kumpulan penyokong itu yang enggan bersurai serta mengganggu tugas polis menyebabkan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata.


Akibat perhimpunan itu, ribuan warga kota terperangkap dalam kesesakan jalan raya selain mendatangkan kerugian kepada peniaga di sekitar lokasi perhimpunan.


Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails