Thursday, December 16, 2010

Teluk Kumbar : Melayu Bakal Terpinggir lagi?

Siapa sebenarnya yang mahukan rumah-rumah penduduk Kampung Teluk Kumbar di Pulau Pinang ini dirobohkan disebalik KL Metro Land Development Sdn Bhd ?

Tindakan mereka untuk dilihat begitu tergesa-gesa mahu meroboh rumah di Kampung Teluk Kumbar itu tanpa perundingan susulan dengan penduduk kampong terbabit .


Guan Eng dan Penduduk Kampung Teluk Kumbar Di Komtar

Pihak pemaju itu juga dikatakan begitu berani sekali memaksa, mengancam dan mengugut penduduk terbabit supaya berpindah keluar dari kampung tersebut tanpa meneruskan perbincangan, seolah-oleh mereka mempunyai kuasa..


Kenapa mereka begitu tergesa-gesa dan kelihatan begitu berani sekali meneruskan projek mereka sedangkan kelulusan bagi projek mereka itu masih belum diberikan oleh pihak MPPP? Tidakkah syarikat ini bimbang bahawa permohonan mereka berkemungkinan tidak akan diluluskan sekiranya ia terus berdegil tidak pedulikan kerajaan negeri?

Adakah ini agenda bagi menimbulkan isu “Melayu Pulau Pinang” terpinggir lagi di Pulau Mutiara ini ??





Berikut adalah teks ucapan Guan Eng dalam Mesyuarat Dengan 50 Penduduk Kampung Teluk Kumbar Di Komtar, George Town Pada jam 9 Malam 15 Disember 2010.

Kerajaan negeri memandang serius dan berat usaha pemilik tanah Kampung Teluk Kumbar, KL Metro Land Development Sdn Bhd berdegil untuk memaksa pindah penduduk tanpa meneruskan perbincangan dengan penduduk dalam suasana elok tanpa ancaman dan ugutan. Pada masa yang sama, kerajaan negeri hairan mengapa syarikat tersebut bertindak begitu berani dengan tidak mahu mengambilkira pandangan kerajaan negeri.

Sekiranya syarikat ini mahu teruskan pembangunan, maka ia harus dapat pelan kebenaran merancang dan adalah jelas bahawa tidak ada sebarang pelan kebenaran merancang diluluskan oleh MPPP. Syarikat itu telah mengumumkan hendak bina hotel dan telah buat permohonan kepada MPPP pada tahun lepas. Tidak ada sebarang kelulusan diberikan oleh MPPP. Tidakkah syarikat ini bimbang bahawa permohonan mereka berkemungkinan tidak akan diluluskan sekiranya ia terus berdegil tidak pedulikan kerajaan negeri?

Sungguhpun pemilik tanah telah perolehi perintah mahkamah, ia mesti mendapat restu MPPP sekiranya mereka mahu jalankan tindakan roboh rumah. MPPP pun telah sampaikan kepada syarikat tersebut bahawa selagi pelan kebenaran merancang tidak diluluskan maka syarikat tidak boleh ambil sebarang tindakan roboh.

Usaha meroboh rumah Kampung Teluk Kumbar oleh pemilik tanah KL Metro Land Development Sdn Bhd menimbulkan soalan samada ia adalah syarikat pemaju yang tulin dan bukannya bermotif lain untuk sengaja susahkan rakyat dan kerajaan negeri Pulau Pinang. Akan tetapi, syarikat pemaju masih beriak-riak nak teruskan tindakan dan menakutkan penduduk akan datang minggu depan. Adakah ini tingkah-laku seorang peniaga yang waras?

Biasanya pemaju bukan sahaja tidak mahu menyusahkan malah menyakitkan hati kerajaan negeri pun tidak. Akan tetapi syarikat pemaju ini bertindak begitu berani sehingga menimbulkan tanda-tanya di sebalik niat dia berniaga atau motif lain kerana penuh dengan Datuk-datuk di belakang syarikat ini memandangkan bahawa ia bukannya syarikat Pulau Pinang tetapi daripada KL. Kerajaan negeri telah menghalang pemaju daripada jalankan tindakan roboh sebelum ini, dan selagi pelan kebenaran merancang tidak diluluskan oleh MPPP, akan terus menghalang daripadanya menjalankan tindakan roboh.

Kerajaan negeri bersedia menunggu Pengerusi KL Metro Land Development Sdn Bhd, Dato’ Haji Mat Hassan Esa untuk datang berjumpa dan membincangkan perkara ini dengan kerajaan negeri.


LIM GUAN ENG

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails