Sunday, December 5, 2010

Tahan Wan Azizah ikut ISA?.. Siapa nak pangku Presiden PKR pula?

"ISA perlu dilakukan terhadap pemain utama dalam PKR, DAP ataupun PAS yang masih lagi terus mempersoalkan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu kerana terbukti mereka cuba mewujudkan kebencian terhadap orang Melayu disebabkan hak-hak istimewa ini," kata Penasihat Undang-undang Umno.

Adakah benar mempertikaikan hak keistimewaan orang-orang melayu itu menimbulkan kebencian terhadap Bangsa Melayu? sedangkan yang benar-benar mendapat keistimewaan dari hak istimewa orang melayu itu adalah segelintir orang melayu yang hidup didalam UMNO dan mempunyai hubungan yang erat dengan mereka.

Jika ditanya kebanyakkan anak muda melayu sekarang ini, apakah keistimewaan yang mereka dapat sebagai orang melayu selain dari potongan 5% harga rumah, jawapnya entah saya pun tak tahu..Jadi milik siapa ketuanan melayu itu? milik Melayu Malaysia atau milik Melayu UMNO?

Kini mereka mengancam pula untuk menyumbat DS Wan Azizah kedalam ISA hanya kerana Najib telah berkata jangan dipersoal keistimewaan orang Melayu itu..


Adakah kenyataan DS Wan Azizah itu mengancam keselamatan negara? atau mengancam kesejahteraan pemimpin-pemimpin UMNO dan kroninya yang telah membina kekayaan dengan menyorok disebalik hak keistimewaan Melayu?

Tetapi jika DS Wan Azizah benar-benar dicadangkan hendak disumbat kedalam ISA... pasti sudah ada yang berkira-kira hendak menguasai kerusi Presiden pula.. alaa macam kisah yang menang MPP sudah berangan nak jadi Menteri Pelajaran tu lah..


Peguam Umno: Tahan Wan Azizah ikut ISA

Penasihat Undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun , menyarankan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diguna pakai dalam isu berhubung kenyataan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengenai "Ketuanan Melayu" semasa Kongres Nasional PKR Sabtu lalu.

Beliau berkata, kenyataan itu sekali lagi mencabar kedudukan dan hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan apa yang dikatakan oleh Dr Wan Azizah bahawa ketuanan Melayu harus "dibakulsampahkan" adalah satu bentuk cabaran secara khusus kepada peruntukan undang-undang iaitu Perlembagaan Persekutuan dan ia bukanlah satu hak kebebasan untuk bersuara.

Katanya, oleh kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sudah menyatakan bahawa jangan dipersoalkan hak keistimewaan Melayu dan ia disambut pemimpin daripada badan politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga pakar perundangan, beliau menyarankan supaya ISA diguna pakai dalam menangani isu itu.

"ISA perlu dilakukan terhadap pemain utama dalam PKR, DAP ataupun PAS yang masih lagi terus mempersoalkan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu kerana terbukti mereka cuba mewujudkan kebencian terhadap orang Melayu disebabkan hak-hak istimewa ini," katanya dalam wawancara dengan Umno-online.com.

Beliau berkata, apabila kenyataan ketuanan Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan apa juga yang berkaitan dengan Artikel 153 dan lain-lain perkara dikatakan dengan begitu terbuka, apatah lagi dalam satu kongres yang turut dihadiri bukan Melayu, ia bukan lagi berbentuk cabaran tetapi lebih kepada memperlekehkan kedudukan, status hak orang Melayu dan Majlis Raja-raja Melayu.

"Artikel 153 adalah sesuatu yang terpahat kemas dan tersimpul mati atau dalam bahasa undang-undangnya berbentuk 'entrenched' yang mana ia adalah satu perkara yang bukan hanya tidak boleh dipinda tetapi juga adalah terlarang untuk diperkatakan," katanya.

Mohd Hafarizam berkata, beliau menyokong penuh cadangan agar tindakan undang-undang diambil terhadap Dr Wan Azizah berikutan kenyataan itu.

"Bagi saya, kini sudah sampai masanya untuk pihak berkuasa mengambil tindakan dan orang Melayu bangkit mempertahankan hak mereka sama ada orang perseorangan, badan bukan kerajaan atau orang Melayu dari mana-mana parti politik pun," katanya.

Mohd Hafarizam berkata, terdapat empat perkara yang boleh dimasukkan dalam laporan polis berhubung kenyataan Dr Wan Azizah berkaitan ketuanan Melayu.

Perkara pertama ialah berbentuk hasutan selaras dengan Akta Hasutan 1948, Seksyen 3 yang menyatakan satu bentuk hasutan iaitu yang mempersoalkan tentang hak, status, kedudukan, keistimewaan seperti yang termaktub dalam bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Artikel 152, 153 atau 181.

Artikel 152 ialah berkenaan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan manakala Artikel 153 khusus kepada hak keistimewaan orang Melayu iaitu kedudukannya daripada segi permit, biasiswa dan sebagainya dan Perkara 181 pula berkaitan dengan kedudukan Raja-Raja Melayu.

"Maka, dengan ini satu laporan polis dengan mengatakan bahawasanya satu kenyataan berbentuk hasutan telahpun dilakukan iaitu di bawah seksyen 3 (1) (f) dan boleh dihukum sekiranya disabitkan hukuman mengikut seksyen 4 pada Akta Hasutan 1948," katanya.

Mohd Hafarizam berkata, perkara kedua yang boleh didakwa ke atas Dr Wan Azizah ialah kenyataannya bahawa ini bukanlah berbentuk kebebasan bersuara seperti mana termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, kerana artikel ini ada kekangan atau sekatannya, melainkan ada undang-undang lain yang mengecilkan skop Artikel 10 iaitu walaupun ada hak untuk bersuara tetapi termaktub dalam Akta Hasutan 1948.

Perkara ketiga yang perlu diketengahkan dalam laporan polis ialah dengan mengatakan bahawa PKR telah secara zahir bersekongkol bersama dengan merelakan perbuatan oleh orang yang tidak lain tetapi presidennya.

"Untuk itu, perlu juga satu laporan dibuat bersekali atau dalam laporan yang sama kepada Pendaftar Pertubuhan bagi melihat kedudukan PKR kerana telah nyata bahawa mereka memupuk semangat kebencian, prasangka antara kaum dan perlu diambil tindakan yang mana salah satu tindakannya ialah dibatalkan pendaftaran PKR ini," katanya.

Beliau turut menggesa Pendaftar Pertubuhan selaku pihak yang dipertanggungjawabkan mengawal selia pertubuhan politik dan bukan politik melihat dengan teliti kuasa yang ada padanya agar PKR diambil tindakan.

"Malah, Umno sendiri pernah dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1987 dan mengapa PKR perlu mendapat keistimewaan seolah-olah mereka kebal," katanya.

- Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails