Monday, December 6, 2010

SPRM nak dakwa Khir Toyo?.. err.. BERANI ka?

Awal pagi tadi ada seorang sahabat memberitahu yang SPRM akan mendakwa Khir Toyo hari ini.. bila aku dengar aku gelak saja la.. mana depa berani kata aku..

Pemimpin UMNO kan kebal.. lainlah kalau pemimpin UMNO itu telah dianggap sebagai sampah sarap yang perlu dibersihkan oleh Najib dan tidak membahayakan pentadbiran Najib baru ada tindakan yang diambil..

Tapi kalau didakwapun.. cuma sekadar melepaskan batuk ditangga atau untuk menunjukkan kepada kita SPRM tidak memilih Bilis atau Jerung...


SPRM dijangka dakwa Khir Toyo, ahli perniagaan isu ‘istana gaya Bali’

KUALA LUMPUR, 6 Dis — Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo akan dikenakan tuduhan di Shah Alam hari ini berhubung isu pembelian dua lot tanah, dipercayai untuk tujuan pembinaan rumah banglo ketika menerajui kerajaan negeri.

Beliau dijangka akan tuduh membeli dua lot tanah pada harga lebih rendah daripada nilai pasaran.

Turut akan didakwa ialah seorang ahli perniagaan yang bersubahat dengan beliau.


Kedua-dua mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen, Shah Alam.

Difahamkan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail sendiri akan memfailkan tuduhan ke atas kedua-dua mereka.

Dua tahun lalu Dr Khir (gambar) didakwa oleh Pakatan Rakyat membina “istana” di Seksyen 7 Shah Alam bernilai RM23 juta.

Sebelum ini, ADUN Sekincan Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta.

Difahamkan tanah itu bernilai RM6.5 juta.

Rumah tersebut terletak di Jalan 1/7L di Seksyen 7, Shah Alam.

Pertengahan tahun lalu, Ng menunjukkan bukti bahawa Dr Khir, 45, dan isterinya Zahrah Kechik, 45, memberi secara bersama tanah tersebut dari Ditamas Sdn Bhd pada 2007.

Dokumen itu menunjukkan bahawa seorang pengarah Ditamas — yang dikenali sebagai Shamsuddin Hayroni — didakwa Ng sebagai kawan Dr Khir.

Sambil menggelarkan rumah tersebut sebagai “istana bergaya Bali”, Ng berkata, pakar industri pembinaan menganggarkan kos pembinaan dan kelengkapan rumah tersebut ialah kira-kira RM20 juta.

The Malaysian Insider difahamkan Shamsuddin juga akan dikenakan tuduhan hari ini.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails