Sunday, December 26, 2010

Sekolah Bermula : Ibubapa pening kepala, pemimpin UMNO peduli apa..

Perbelanjaan persekolahan untuk tahun 2011 yang dikatakan terdapat peningkatan berbanding tahun sebelumnya menggusarkan para ibu bapa khususnya bagi berpendapatan rendah.

(Gambar : Bukan kandang kambing tapi Sebuah Sekolah bagi anak kaum Penan di Sarawak)

Bagaimanapun itu hanyalah masaalah bagi rakyat marhaen atau ibu bapa yang menyokong Pakatan Rakyat tetapi bagi ibu bapa yang menyokong UMNO/BN samada perbelanjaan persekolahan itu meningkat atau tidak ianya bukanlah menjadi satu isu yang besar buat mereka.

Kerana sebagai penyokong atau ahli UMNO/BN mereka diberikan kad keahlian yang juga merupakan kad diskaun yang membolehkan mereka menerima kadar potongan harga yang tidak akan dinikmati oleh ibu-bapa yang menyokong Pakatan Rakyat.


Apa yang perlu dilakukan oleh pemegang kad keahlian UMNO itu hanyalah menunjukkkan kad Ahli UMNO mereka di kaunter-kaunter bayaran sebelum membuat sebarang bayaran, samada menggunakan tunai atau kad kredit.

Contohnya harga bagi keseluruhan buku yang tersenarai dalam senarai buku untuk murid darjah lima bagi tahun 2011 ini ialah RM170 berbanding RM150 tahun 2010.. dengan menggunakan kad keahlian UMNO mereka hanya perlu membayar RM85 sahaja iaitu 50% potongan kerana mereka Ahli UMNO.

Untuk petrol dan lain-lain barangan keperluan asas mereka juga mendapat diskaun yang istimewa dengan hanya menunjukkan kad keahlian mereka, berbanding penyokong Pakatan Rakyat..

Err.. Betulkah wahai pencacai UMNO sekelian anda diberikan keistimewaan sebegitu rupa dengan hanya menunjukkan Kad Ahli UMNO??

Jika begitu teruskanlah menyokong UMNO/BN.. jangan suarakan sebarang rungutan bila sekolah hendak dibuka, jangan juga merungut bila hari raya menjelang tiba.. jangan merungut bila semua barang melambung naik.. kerana dengan menyokong UMNO/BN anda REDHA semua itu

Sekolah bermula, ibu bapa pening kepala
Oleh Nazli Ibrahim

PETALING JAYA: Perbelanjaan persekolahan untuk tahun 2011 yang dikatakan terdapat peningkatan berbanding tahun sebelumnya menggusarkan para ibu bapa khususnya bagi berpendapatan rendah.

Rata-rata ibu bapa di dua buah sekolah rendah dan menengah di Damansara Damai yang ditemui di perkarangan sekolah ketika membeli buku sekolah mengeluh apabila ditanya tentang perbelanjaan untuk memulakan persekolahan penggal 2011 berikutan peningkatan perbelanjaan persekolahan berbanding tahun sudah.

Seorang bapa yang hanya mahu dikenali sebagai Salam, 38 tahun, berkata perbelanjaan buku sekolah untuk dua anak beliau yang bersekolah rendah dan seorang yang bersekolah menengah dianggarkan kira-kira RM700.

"Belanja untuk buku sekolah sahaja lebih kurang RM600 hingga RM700 tidak termasuk pakaian sekolah dan peralatan lain. Mungkin saya terpaksa membeli dua kali sebab gaji saya kecil tak boleh nak beli semua sekaligus," kata beliau.

Beliau turut menunjukan senarai buku-buku untuk murid darjah lima dan memberitahu terdapat pertambahan jumlah buku yang perlu dibeli yang terdapat di ruang senarai buku wajib dibeli yang dikeluarkan oleh pihak sekolah itu.

"Contohnya dalam senarai buku untuk murid darjah lima ini, tahun 2010 anak saya yang di darjah lima, jumlah keseluruhannya lebih kurang RM150 tetapi untuk tahun 2011 adiknya pula yang masuk darjah lima hampir RM170.

"Itu semua jumlah buku yang diwajibkan beli. Tetapi bila saya periksa buku-buku anak saya sewaktu penggal persekolahan berjalan tidak pula semua buku digunakan oleh guru yang mengajar.

"Sepatutnya buku-buku yang tidak digunakan oleh pihak sekolah diletakkan di bahagian ‘buku pilihan’ supaya ibu bapa boleh menggunakan budi bicara mereka sendiri untuk beri latihan di rumah atau mengikut kemampuan mereka," katanya yang mengaku memperolehi pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan.

Sementara itu, Siti Mariam Ithnin, 40 tahun memberitahu, pemotongan yuran sekolah yang diumumkan oleh Kementerian Pelajaran tahun lalu tidak memberi banyak kesan kepada perbelanjaan persekolahan anak-anaknya.

"Walaupun Kementerian Pelajaran ada memberikan pemotongan yuran sekolah tapi jumlah potongan itu sangat kecil, kalau tak silap RM5.00 sahaja dan tak beri apa-apa kesan pun.

"Pada masa yang sama pula pihak sekolah mengenakan bermacam-macam yuran lain hinggakan yuran penyelenggaraan tandas. Mungkin kalau ibu bapa yang berpendapatan tinggi tak terasa tapi bagaimana orang-orang seperti kami?," katanya lagi yang mempunyai anak bersekolah di darjah tiga,enam dan tingkatan tiga.

Sementara itu, Nik Alimat, 34 tahun, pula mempersoalkan tindakan pihak sekolah yang enggan menerima buku-buku latihan yang dibeli di luar sekolah hanya disebabkan perbezaan pada kulit buku yang tidak mempunyai logo Jabatan Pelajaran negeri.

"Sudahlah harga petrol dan barang-barang lain naik, belanja persekolahan juga bertambah. Apa yang saya hairan ialah adanya buku-buku latihan tidak dibenarkan dibeli di luar yang harganya lebih murah cuma disebabkan sedikit perbezaan tertentu seperti logo kementerian di kulit buku.

"Ada kena-mengenakah atau sebarang kepentingankah pihak pejabat pelajaran dengan pihak pengeluar buku-buku ini sehingga mewajibkan buku-buku syarikat tertentu ini sahaja dibeli?

"Padahal orang seperti saya yang cuma kerja kilang dengan gaji rendah tentulah nak berjimat dengan membeli yang buku yang lebih murahnya tapi isinya masih sama. Lagipun buku-buku latihan memang banyak dijual di luar dengan harga lebih murah," ujar beliau.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails