Monday, December 6, 2010

Samy Vellu letak jawatan presiden MIC

KUALA LUMPUR, 6 Dis — Datuk Seri S. Samy Vellu secara rasmi melepaskan jawatan sebagai presiden MIC yang disandangnya sejak 31 tahun lalu.

Pada sidang media yang menjadi tumpuan wartawan di ibu pejabat MIC tengah hari ini, Samy Vellu memberitahu, beliau telah menyerahkan surat meletak jawatan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat yang mengadakan mesyuarat khas pagi ini.

“Sebaik sahaja saya meninggalkan bilik ini, saya bukan lagi presiden (MIC),” kata beliau.

Bekas Menteri Kerja Raya berusia 74 tahun itu memberitahu sidang akhbar selepas mempengerusikan buat kali terakhir mesyuarat CWC bahawa naib presiden dan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam telah dilantik sebagai timbalan presiden.

Beliau berkata keputusan melantik Palanivel presiden kelapan parti dan Dr Subramaniam sebagai timbalannya dibuat oleh CWC.


Samy Vellu mengambil alih pucuk pimpinan parti pada 1979 selepas kematian presiden keenam Tan Sri V. Manickavasagam.

Palanivel, 61, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, adalah bekas setiausaha akhbar Samy Vellu.




The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails