Sunday, December 26, 2010

Piala Suzuki: Jangan boo pemain sendiri..

“Soal menang bukan saya sahaja berharap, malah semua (rakyat Malaysia) mahukan kemenangan. Tetapi saya harap penyokong Malaysia berilah sokongan padu dan jangan ‘boo' pemain-pemain kita,” titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sini.

Tapi aku rasa.. kalau main macam tahi.. mampuslah kena Boo.. he..he..


Piala Suzuki: Jangan boo pemain sendiri, titah Tengku Abdullah

KUANTAN, 26 Dis — Penyokong Malaysia diminta memberi sokongan padu dan tidak mengeji pasukan negara pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 antara Malaysia dengan Indonesia di Stadium Nasional Kuala Lumpur malam ini.

“Soal menang bukan saya sahaja berharap, malah semua (rakyat Malaysia) mahukan kemenangan. Tetapi saya harap penyokong Malaysia berilah sokongan padu dan jangan ‘boo' pemain-pemain kita,” titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sini.


Baginda yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertitah penyokong pasukan negara perlu memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan sendiri dalam sebarang keadaan sekalipun.

Baginda turut mengingatkan pemain skuad negara agar tidak terlalu mengambil kira masalah kecederaan pasukan lawan, sebaliknya perlu mempamerkan corak permainan kemas untuk mencipta jaringan sebanyak yang boleh.

Ditanya mengenai persiapan dari aspek keselamatan perlawanan itu, Tengku Abdullah bertitah ia tidak perlu dirisaukan kerana Polis Diraja Malaysia akan menempatkan sejumlah anggota di stadium bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Baginda turut bertitah walaupun kesihatan baginda masih belum pulih sepenuhnya akibat masalah tekanan darah tinggi yang baginda alami baru-baru ini, baginda akan turut bersama-sama penyokong bagi memberikan sokongan kepada skuad negara.

Baginda bertitah, baginda masih menerima rawatan dan dinasihatkan agar tidak bermain sebarang sukan dalam tempoh dua minggu lagi.

“Makan pun dah selera sikit, kita doa esok (hari ini) menang, mungkin tekanan darah akan turun,” titah baginda.

Baginda dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan pada 17 Disember lepas sebelum dibenarkan pulang Selasa lalu.

Dalam pada itu, di Kuala Lumpur, FAM menetapkan pintu masuk dan tempat parkir berasingan untuk penyokong Malaysia dan Indonesia datang menyaksikan perlawanan akhir pusingan pertama malam ini.

Penyokong Malaysia perlu menggunakan pintu masuk berwarna kuning, merah dan hijau ke stadium manakala penyokong Indonesia dikhaskan pintu biru dan ungu.

Tempat letak kenderaan A, B dan C pula adalah bagi penyokong Malaysia dan kawasan D serta E untuk penyokong Indonesia.

Penyokong kedua-dua pasukan diminta mematuhi ketetapan itu.


Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails