Saturday, December 25, 2010

Penjelasan Anwar diperlukan disini..

Tak kira walau dimana sekalipun DS Anwar Ibrahim berada disaat ini, samada di Malaysia ataupun di Turki.. penjelasan dari anda amat diperlukan dalam isu ini, jangan biarkan api terus menyala di dalam sekam..

Barisan pimpinan PKR baru cungkil ketidakpuasan?

Meskipun N.Surendran tidak asing untuk NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia, namun perlantikan "muka baru" yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti sebelum ini sebagai Naib Presiden PKR, bagaimanapun mencungkil rungutan sesetengah pemimpin, khususnya yang bertanding.

Perlantikan ini sememangnya di luar jangkaan. Lima orang calon keturunan India yang bertanding untuk jawatan Naib Presiden PKR dalam pemilihan langsung parti pada akhir November lalu, iaitu Xavier Jeyakumar, N.Gobalakrishnan, Sivarasa Rasiah, Manikavasagam dan Suresh Kumar - namun kesemuanya gagal untuk dipilih sebagai Naib Presiden.


Empat orang calon yang meraih undi tertinggi akan dipilih untuk jawatan ketiga ini, dan PKR sebelum ini mempunyai seorang Naib Presiden berketurunan India yang menang melalui pemilihan, iaitu Sivarasa Rasiah, dilihat umum sebagai hasrat perwakilan untuk mencerminkan kemajmukan pimpinan dalam parti berbilang kaum tersebut.

Selepas kegagalan kelima-lima orang calon tersebut, seorang daripadanya dijangka akan dilantik untuk menyandang jawatan Naib Presiden, untuk mengekalkan "kepelbagaian" dalam pimpinan. Tanpa diduga, Surendran yang tidak bertanding kali ini dilantik, lantas mencungkil ketidakpuasan sesetengah pemimpin berketurunan India, khususnya yang bertanding.

Berbanding penyandang asal, Sivarasa Rasiah, Surendran mampu bertutur dalam bahasa Tamil. Beliau seorang peguam yang pernah mewakili HINDRAF, berjaya memahat nama kerana giat dan lantang untuk memperjuangkan hak mangsa keganasan polis. Cuma, beliau tidak begitu menonjol dalam partinya sebelum ini, malah tidak mempunyai jawatan parti sebelum ini.

Manikavasagam: Anwar perlu beri penjelasan

Walaupun mendakwa dirinya agak akrab hubungannya dengan Surendran, Manikavasagam berkata dirinya tidak terkata apa-apa apabila penyokong akar umbinya mempersoalkan, mengapa seorang anggota parti yang tidak bertanding boleh dilantik terus untuk menjadi Naib Presiden?

Secara terus-terang Manikavasagam (gambar kiri) berkata, "Anwar harus memberi penjelasan."

Ketika dihubungi MerdekaReview, ahli parlimen Kapar ini menegaskan bahawa dirinya menerima sepenuh keputusan pimpinan pusat. Beliau boleh menerima Xavier Jeyakumar yang meraih undi tertinggi antara calon keturunan India, ataupun Gobalakrishnan, malah Surendran yang dilantik untuk dijadikan Naib Presiden sekarang, asalkan bukan Sivarasa Rasiah.

Jadi masalahnya adalah kekecewaan anggota terhadap keputusan Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR. "Nampaknya kami seolah-olah dipermainkan. Kami menjelajah ke seluruh negara, berkempen dengan masa dan wang, akhirnya yang dilantik adalah seorang yang tidak bertanding," kata Manikavasagam.

Beliau yang lebih dikenali dengan "Mike" menjangka Surendran mungkin mengalami masa yang sukar selepas ini, kerana terpaksa menjelajah ke seluruh negara untuk berkenalan dengan akar umbi.

Malah Mike berkata, beliau sebelum ini melobi agar Surendran diletakkan untuk bertanding dalam PRK Hulu Selangor, tetapi tidak berhasil. Mike meneka perlantikan ini adalah keputusan Anwar sendiri, kerana tiada orang yang mengakui apabila Mike bertanya kepada mereka yang kemungkinan mencalonkan Surendran.

Mike berkata beliau bukan bermaksud bahawa pimpinan pusat tidak boleh melantik Surendran sama sekali, tetapi harus membiarkan Surendran bekerja dari peringkat bawah - kerana beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan sebelum ini. "Saya tidak tahu mengapa mereka (pimpinan pusat) meminggirkan ahli parlimen, wakil rakyat yang bekerja keras," katanya.

Bukan itu sahaja, Mike juga merungut perlantikan ini mencorakkan ketidakseimbangan dalam parti. Daripada tujuh orang Naib Presiden, dua orang berketurunan Cina, iaitu Tian Chua yang dipilih dan Chua Jui Meng yang dilantik- sedangkan bilangan anggota India lebih daripada Cina dalam PKR. Mike berkata, pimpinan mungkin tidak kisah, tetapi anggota India semestinya kecil hati dengan apa yang berlaku.

Malah, Mike mengkritik Anwar yang lebih sukakan mereka yang "lompat parti" seperti Chua Jui Meng , tetapi pemimpin yang taat setia, bekerja dari peringkat akar umbi ini dipinggirkan dalam parti.

Pilih dari yang kalah tidak semestinya pilihan terbaik

Bagaimanapun, ketika dihubungi MerdekaReview, Tian Chua memberi penjelasan bahawa ia tidak semestinya pilihan yang lebih baik untuk melantik mereka yang kalah dalam pemilihan, kerana perlantikan ini mungkin mengundang pertikaian bahawa "pemimpin ini dilantik ikut pintu belakang".

Malah, setelah mengambil kira hubungan antara beberapa orang pemimpin keturunan India ini, pimpinan pusat akhirnya memutuskan untuk melantik seorang muka baru, iaitu Surendran, jelas Tian Chua. Beliau menambah, Surendran mempunyai hubungan yang baik, sama ada dengan Sivarasa mahupun Manikavasagam.

Pada hakikatnya, "tiada yang berbeza pandangan dari pemimpin lain", kecuali ahli parlimen Padang Serai, Gobalakrishnan. Xavier Jeyakumar mungkin berasa kecil hati, tetapi beliau tidak membantah, kata Tian Chua.

Berhubung kritikan "ketidakseimbangan antara nisbah anggota dengan pimpinan", Tian Chua berkata, "Barisan pimpinan semestinya perlu seimbang. Pertama, keseimbangan gender, kedua dari segi umur dan akhirnya antara kaum."

Tian Chua menganggap tidak kurang pemimpin keturunan India yang berada dalam pimpinan pusat, termasuk tiga orang yang terpilih, dan tiga lagi yang dilantik sebagai Naib Presiden dan Biro Politik. Hanya seorang pemimpin Sabah, Darrel Leiking yang dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung, ditambah dua orang yang terpilih iaitu Roland Chua Ming Shen dan Christina Liew. Sebaliknya, hanya Baru Bian seorang dari Sarawak yang dilantik sebagai Naib Presiden.

"Orang kanan" Anwar

Perlantikan "orang kanan" dalam pejabat Anwar Ibrahim tidak terelak daripada kritikan. Gobalakrishnan misalnya, mengkritik bahawa Anwar sekadar mahukan orang yang setia dan patuh kepada arahan Anwar.

Rafizi Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif dalam pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dilantik sebagai Pengarah Strategi, sementara bekas orang kanan Anwar, Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik sebagai Pengarah Komunikasi, dan Sim Tze Tzin sebagai Timbalan Ketua Penerangan. "Kebetulannya", ketiga-tiga mereka berasal dari "Generasi Reformasi", yang menarik diri pada saat akhir sebelum pencalonan pemilihan.

Tian Chua berkata, jawatan-jawatan tersebut mempunyai fungsi-fungsi tertentu, dan penyandangnya perlu selari dengan pimpinan pusat agar dasar parti boleh dilaksana. "Penggubal dasar perlu sokongan orang ramai, namun untuk kerja pentadbiran, yang penting bukan populariti, tetapi kemampuan untuk melaksanakan tugas."

Pada masa yang sama, Tian Chua menekankan bahawa senarai pimpinan ini memberi ruang kepada orang muda, "Kalau kami tidak memberi ruang kepada orang muda, maka mereka tidak ada peluang pada masa depan."


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails