Thursday, December 2, 2010

Pengasas WikiLeaks berdepan risiko dibunuh

2010/12/02



LONDON: Pengasan WikiLeaks, Julian Assange kini didakwa berdepan risiko dibunuh berikutan pendedahan lamam web pembocor maklumat itu yang mengeluarkan ratusan ribu maklumat rahsia Amerika.

Jurucakap laman web itu, Kristinn Hrafnsson hari ini berkata, Assange akan kekal bersembunyi untuk keselamatan dirinya.


Beliau berkata, nyawa warga Australia itu kini terancam selepas ahli poliik Amerika mahu dia dikenakan tindakan undang-undang sebagai pengkhianat, manakala penasihat kepada Perdana Mnteri Kanada, Stephen Harper dilaporkan berkata Assange sepatutnya dibunuh.

“Kami menerima ancaman sedemikian daripada kerajaan dan pengkritik dan sebahagian daripada mereka amat menakutkan dengan mahu Julian Assange dibunuh dengan kejam,” katanya dalam satu debat di Frontline Club di London.

Hrafnsson berkata, tempat Assange kini berada perlu dirahsiakan walaupun sebelum ini dia dikatakan berada di Sweden dan London.

Assange juga kini diburu Interpol berikutan satu waran tangkap dikeluarkan pihak berkuasa Sweden berhubung satu kes rogol membabitkannya.


AFP

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails