Wednesday, December 8, 2010

Pemimpin PR Penang!! Siapa dah berjanji dengan Mamat ni??

Kafe Do Re Mi memang tidak asing bagi kebanyakkan penduduk Pulau Pinang ianya telah dirobohkan pada 31 Mei yang lalu, Dirobohkan atas alasan factor Kebersihan dan Keselamatan dan ditambah pula dengan aduan yang diterima oleh MPPP dari beberapa kelompok penduduk sekitar.

Roboh.. sudah dirobohkan tetapi bagaimana janji yang telah ditabur kepada beliau ketika beliau cuba dipujuk ketika itu? Ada dua pihak yang telah menabur janji pada masa itu, satu dari pihak kerajaan Negeri manakala satu lagi dari pihak DPMMPP.

Berikut adalah sebahagian berita..

"Kira-kira 50 minit kemudian, Johar (gambar)dan keluarganya akhirnya keluar dari kafe yang dibinanya lapan tahun lalu dengan kos lebih RM200,000 dan memberi kerjasama selepas Yang Dipertua DPMMPP, Reezal Faris Mohideen Abdul Kader berjaya memujuk dan menenangkan mereka.

Ketika ditemui selepas itu, Johar dengan sinis mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana berjaya 'menumbangkan' peniaga Melayu sepertinya dan berjanji akan bangkit selepas ini."
- sepenuhnya di (SINI)

Pemimpin DPMMPP yang berjanji tetapi tidak ditepati itu.. mampuih pi kat dia..

Aku cuma nak menyentuh pemimpin dari PR Pulau Pinang yang telah berjanji untuk menyelesaikan masaalah beliau ketika itu, apa sudah jadi dengan janjimu itu? Adakah sudah hilang di tiup Bayu atau buat-buat tak tahu?


Samada pemilik kafe DoReMi itu penyokong PR atau Ahli UMNO ianya bukanlah menjadi satu isu, isunya disini ialah janji yang tidak ditepati oleh pemimpin tersebut… bukankah antara sifat orang Munafik itu bila berjanji ianya Mungkir? Jadi tunaikan lah janji anda itu..

Jika disedari apa yang cuba hendak dijanjikan itu berada diluar kemampuan anda tak perlulah berjanji, hasilnya cuma menyakitkan hati saja nanti, contohnya kes kafe DoReMi ini..

Sebagai pemimpin anda sepatutnya tahu bahawa apa yang dibuat oleh pengusaha Kafe itu memang tidak dibenarkan berdasarkan undang-undang kenapa masih mahu menabur janji untuk memujuk?

Rasional sikit la… Siapa pemimpin itu?? Korang bacalah di (SINI)

Berita berkaitan..

Doa pemimpin mungkir janji

TANJUNG BUNGAH - “Saya selalu berdoa agar satu hari nanti Allah akan memberi balasan yang setimpal kepada mereka. Tergamak mereka menipu dan mempermainkan bangsa sendiri demi kepentingan diri,” kata Johar Ismail, pengusaha Kafe Do Re Mi yang gerai atas pokok miliknya menjadi tarikan pelancong sejak sekian, dirobohkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) tidak lama dahulu.

Johar kesal dengan sikap pemimpin tertentu dalam Kerajaan Negeri yang gagal membela nasib bangsa sendiri walaupun sebelum itu bersungguh-sungguh berjanji mahu menyelesaikanya.

“Mereka lebih suka memilih jalan untuk menabur janji tetapi mungkir selepas gerai saya dirobohkan,” katanya.

Johar yang mengusahakan perniagaan Kafe Do Re Mi di atas pokok di pesisiran pantai Tanjung Bungah berkata, paling mengecewakanya adalah sikap seorang pemimpin Kerajaan Negeri yang menyuarakan tiga janji sebelum itu.

Antara janji itu, katanya ialah Kerajaan Negeri akan menyediakan sebidang tanah kepadanya bagi mengusahakan gerai kreatif seperti yang dia telah lakukan atas nama Kafe Do Re Mi.

“Selain itu, dia berjanji mahu memberi pampasan dan modal kepada saya bagi menjalankan perniagaan di tempat lain sekiranya gerai saya dirobohkan.

“Pada pertemuan 31 Mei 2010 itu yang disaksikan empat ahli jawatankuasa DPMPP (Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang), pemimpin itu berjanji untuk membantu saya melangsaikan hutang bank yang tertunggak namun sehingga hari ini semua janjinya tidak ditunaikan walaupun memberi jaminan bahawa perkara itu akan diselesaikan dalam tempoh tiga minggu saja,” katanya.

Ditanya sama ada terdapat ‘hitam putih’ sebagai jaminan janji itu, Johar berkata, dia terpedaya dengan helah pemimpin DPMPP berkenaan yang turut menyakinkannya bahawa pemimpin itu akan menunaikan janjinya.

“Saya terpedaya dengan mereka, empat pemimpin DPMPP itu berusaha meyakinkan saya bahawa mereka percaya dengan kepimpinan pemimpin itu yang akan membela nasib saya namun sehingga sekarang apa yang dijanjikan hilang begitu saja selepas gerai saya dirobohkan,” katanya.

Johar hilang mata pencarian selepas gerai atas pokok yang menjadi sumber rezekinya sekeluarga sejak lapan tahun lalu dirobohkan atas alasan tidak mempunyai lesen, mendirikan tapak perniagaan tanpa pelan selain membahayakan orang ramai.

“Bukan mahu masuk bakul angkat sendiri tetapi sejak dulu, ramai pelancong asing memuji usaha saya mempromosikan pelancongan di sini namun apa yang mengecewakan, usaha saya selama ini didakwa membahayakan orang ramai dan menyakitkan mata oleh Kerajaan Negeri,” katanya.

Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails