Thursday, December 2, 2010

Negara tidak stabil jika dipimpin pembangkang - EXCO Pemuda UMNO

Dulu dia ini juga yang buat cerita kononnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendalangi kegiatan tawar-menawar lompat parti khususnya untuk menarik beberapa ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda UMNO Bahagian di Perak menyertai parti pmbangkang berkenaan.

Menurut beliau, difahamkan mereka menggunakan pelbagai cara menarik pemimpin Pemuda dengan cara menawarkan pelbagai bentuk imbuhan dan jawatan tertentu.

Macamlah AJK Pemuda UMNO tu ada nilai sangat… lagipun kalau PKR ada duit mana mungkin akan ada ADUN-ADUN dan MP yang boleh dibeli oleh UMNO..

Kali ini Exco Pemuda UMNO, Mohd Hishamudin Yahaya “Malaysia dikhuatiri akan terjerumus ke dalam suasana ketidakstabilan jika pakatan pembangkang ditunjangi Parti Keadilan Rakyat (PKR) memerintah negara ini kerana parti itu terbukti tidak menjaga hak Ketuanan Melayu dan institusi Raja Berperlembagaan.”


Tidak Stabil?? Nampak macam sudah ada perancangan untuk menjadikannya reality saja ni..


'Negara tidak stabil jika dipimpin pembangkang'

2010/12/02

BOTA: Malaysia dikhuatiri akan terjerumus ke dalam suasana ketidakstabilan jika pakatan pembangkang ditunjangi Parti Keadilan Rakyat (PKR) memerintah negara ini kerana parti itu terbukti tidak menjaga hak Ketuanan Melayu dan institusi Raja Berperlembagaan.

Exco Pemuda UMNO, Hisamudin Yahya, sehubungan itu, berkata pakatan pembangkang tidak wajar diberi sebarang mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Katanya, kelantangan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali, yang menolak konsep Ketuanan Melayu, menggambarkan pemimpin parti pembangkang itu terdesak untuk menarik kembali sokongan rakyat tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat Melayu. Beliau berkata, kenyataan terbabit bukan sesuatu yang menghairankan kerana PKR ketika ini berdepan pelbagai konflik kepercayaan dan sokongan apabila ramai ahlinya, termasuk pemimpin kanan bertindak keluar parti.

“Konsep ketuanan bukan bermaksud antara tuan dan hamba, sebaliknya ia menunjukkan siapa lebih berhak ke atas sesuatu perkara,” katanya pada majlis Pemuda UMNO Turun Padang Bersama Pemuda UMNO Bahagian Parit di sini, kelmarin.

Hisamudin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Daftar Keahlian dan Pemilih Pemuda UMNO berkata, konsep Ketuanan Melayu merujuk kepada kuasa Raja-Raja Melayu yang memerintah negara ini sebelum wujudnya negara Malaysia moden.

Dalam konteks Ketuanan Melayu, katanya, ia bermakna hak keistimewaan perlu dikekalkan kerana negara ini asalnya milik orang Melayu.
Beliau berkata, hak itu bukan bermaksud kedudukan Melayu lebih tinggi daripada kaum lain, namun ia sebagai balasan pengorbanan mereka berdasarkan catatan sejarah.

“Orang Melayu sudi menerima kaum lain dan mereka berhak mengekalkan keistimewaan sebagai kaum asal negara ini.

“Keistimewaan ini beri peluang orang Melayu memperbaiki diri dalam sektor ekonomi yang dikuasai kaum lain,” katanya


Berita Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails