Tuesday, December 21, 2010

Negara Islam: Kesediaan Karpal cabaran buat UMNO

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya sikap terbaru Pengerusi DAP Karpal Singh berhubung isu negara Islam akan menjadi cabaran kepada Umno-BN yang asyik menyerang gabungan tiga parti itu.

Oleh yang demikian, Mursyidul Am PAS berkata, perubahan yang diambil Karpal itu membuktikan kerjasama Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR amat sesuai dalam konteks masyarat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Photobucket

“Terima kasih atas pendirian terbaru Tuan Karpal Singh. Ia suatu petanda apa yang PAS perjuangkan selama ini banyak membawa kebaikan untuk semua kaum.

“Sikap terbaru Karpal itu juga membuktikan politik kerjasama melalui Pakatan Rakyat amat sesuai dalam konteks masyarakat pelbagai kaum dan agama.


“Ia satu cabaran kepada Umno yang memang menolak asas-asas Islam dipakai dalam politik. Dari segi politik ia sudah mematikan serangan Umno terhadap PAS. Mungkin MCA pula boleh mempersoalkan, sejauh mana pendirian Umno dalam isu pemerintahan Islam,” kata Menteri Besar Kelantan (gambar) kepada The Malaysian Insider hari ini.

Tambah Nik Aziz, parti Islam itu bersedia untuk berbincang mengenai isu negara Islam dan ia terbuka kepada sesiapa sahaja.

“Memang bersedia untuk berbincang atas isu negara Islam kerana bagi PAS sentiasa mengamalkan prinsip terbuka untuk berbincang dengan sesiapa sahaja,” kata Nik Aziz.

Nik Aziz juga berkata sama ada PAS ataupun sakretariat Pakatan Rakyat boleh menguruskan sesi perbincangan yang diharapkan oleh Karpal.

“Kalau boleh perbicangan itu nanti boleh dilibatkan sama ahli akademik atau pakar-pakar perundangan bagi memahami secara spesifik isu-isu berkaitan pemerintahan dan keadilan Islam.

“Dengan kenyataan Karpal itu, ia sudah menjawab semua keraguan yang timbul sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketika Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Ahad lalu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor mahu isu negara Islam yang dibawa PAS selama ini dan dilihat menjadi ‘halangan’ kepada Pakatan Rakyat terus bergerak ke depan, diselesaikan dengan segera agar tidak digunakan sebagai senjata oleh musuh-musuh politik mereka.

Sehubungan itu, Karpal berkata, beliau yakin perkara tersebut boleh dibincangkan dan dicari jalan penyelesaian.

“Saya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera supaya tidak dijadikan isu oleh musuh kita,” katanya.

Dalam ucapannya, Karpal juga menjelaskan bahawa kata-kata ‘over my dead body’ yang dilafazkan pada 1990, tahun PAS mengambil alih kerajaan negeri Kelantan, telah difahami di luar konteks.

“Apa yang sayakan 20 tahun lalu dibaca di luar konteks. Islam adalah agama rasmi (Persekutuan) dan rakyat agama lain juga ada hak.

“Oleh itu tidak baik untuk mengatakan Perlembagaan Persekutuan membolehkan mengadakan negara Islam, tetapi yang ini boleh dibincangkan, saya tidak mahu BN mengesksploitasikan isu ini... ini boleh dibincang dengan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz , (Presiden PAS) Tok Guru Datuk Seri Abdul Hadi (Awang),” kata beliau.

Sementera itu, Hadi ketika dihubungi semalam pula berkata bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan sesiapa sahaja termasuk Karpal untuk menyelesaikan isu negara Islam.

Tambah Nik Aziz, walaupun negara Islam tidak disebut secara spesifik dalam Perlembagaan Persekutuan, namun sebenarnya ia secara rasmi sudah disebut dalam Artikel 3 tentang kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Walaupun dalam Perlembagaan (Persekutuan) tidak disebut secara spesifik “negara Islam” sebenarnya Artikel 3 tentang kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah cukup menjawab.

“Hakikatnya Malaysia sebuah negara yang sah untuk mendukung prinsip politik dan pentadbiran Islam.

“Saya syorkan pakailah tafsir Perlembagaan yang positif, tidak pesimis tentang Islam. Kerana agama persekutuan dalam maksud agama bagi negara, bukan sekadar rasmi malah agama perundangan.

“Maka sewajarnya dalam Perlembagaan itu dijelaskan maksud agama ialah ‘ad-din’, iaitu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh, bukan kepercayaan semata-mata. Bila dimaksudkan sebagai ad-din, ia sudah meletakkan Islam sebagai akidah yang mantap tak boleh dicampur aduk,” katanya.

Oleh kerana itu, katanya, Islam sebagai sistem hidup yang harus dipakai sama dalam urusan politik pemerintahan.

Ketika konvensyen sulung tahun lalu Nik Aziz berkata, Karpal akan terbuka hati untuk menerima idea negara Islam.

Kedua-dua Karpal dan Nik Aziz muncul di pentas yang sama dan duduk bersebelahan pada konvensyen Disember 2009.

Karpal berkali-kali menegaskan meskipun DAP semakin selesa membina ikatan kukuh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat manakala parti-parti sekular Umno dan PKR pula giat memikat para ulama, ia masih berpendirian menentang usaha pembentukan sebuah negara Islam.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails