Thursday, December 23, 2010

Muhyiddin memang Bodoh rupanya..

Sebelum ini dalam mengulas mengenai tindakan kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat mengharamkan penggunaan logo 1 Malaysia pada papan iklan di negeri itu Muhyiddin berkata “Dia (kerajaan Selangor) takut dengan logo 1 Malaysia yang sudah menjadi ikonik di kalangan rakyat Malaysia,” sepenuhnya sila baca di (SINI)

Dia terlupa sebenarnya suatu masa dulu Petronas telah diarahkan menukar logonya yang kelihatan seperti lambing PAS atas arahan kerajaan UMNO/BN.

Rupa-rupanya bukan kerana Kerajaan Negeri Selangor gentar melihat popularity 1Malaysia itu tapi sudah termaktub dalam undang-undang kecil PBT bahawa mana-mana papan iklan gergasi dan bunting yang diluluskan PBT tidak boleh diletakkan mesej atau logo politik.

Apalah malang rakyat Malaysia mendapat Timbalan Perdana Menteri yang begitu bodoh, hinggakan tidak tahu tentang keujudan undang-undang sebegitu…

Ronnie: Undang-undang Kecil Larang Iklan Bermesej Politik

SHAH ALAM 23 DIS: Larangan penggunaan logo 1Malaysia bagi papan iklan dan bunting yang memerlukan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) di Selangor sudah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dua minggu lalu.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, mesyuarat memutuskannya kerana logo tersebut mempunyai mesej politik memandangkan ia dilancarkan Barisan Nasional (BN).

"Dia keputusan Exco kerana Exco rasa itu satu simbol politik," katanya.


Menurutnya lagi sudah termaktub dalam undang-undang kecil PBT bahawa mana-mana papan iklan gergasi dan bunting yang diluluskan PBT tidak boleh diletakkan mesej atau logo politik.

"Memang tak boleh, memang dia ada undang-undang kecil untuk iklan, memang tak boleh buat iklan yang ada unsur politik selain daripada masa pilihanraya," jelasnya kepada Tv Selangor.

Beliau turut berkata, pemilik kedai serbaneka sepatutnya tahu berkenaan larangan ini kerana garis panduan telah dikeluarkan.

Kenyataan Ronnie ini, berikutan demonstrasi secara aman yang dilakukan di hadapan salah sebuah premis di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting, bagi membantah tindakan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mengeluarkan notis supaya menurunkan papan tanda kedai yang mempunyai logo 1Malaysia, semalam.

Kira-kira 100 orang berkumpul bersama pemimpin politik Umno-Barisan Nasional bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka kerana premis berkenaan sebelum ini telah mendapat lesen daripada pihak berwajib.

Menurut salah seorang rakan kongsi kedai berkenaan, K Thiyagarajan, berkata, pihaknya menerima notis arahan selama tujuh hari supaya menanggalkan logo 1Malaysia yang tertera di papan tanda mengikut arahan daripada Exco Selangor dan Ahli Majlis Daerah Kuala Langat.


TVS

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails