Wednesday, December 22, 2010

Muhyiddin! Malaysia atau Kroni UMNO Akan Bangkrap jika PR Memerintah?

Selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Belia, di sini hari ini Muhyiddin dengan sombongnya berkata kepada pemberita yang memintanya mengulas mengenai tawaran dalam Program 100 Hari yang dikemukakan pakatan pembangkang pada konvensyen mereka yang diadakan di Pulau Pinang, Ahad lalu, “Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan tawaran-tawaran istimewa daripada pakatan pembangkang semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.”

Kesimpulan dari ulasannya yang panjang lebar mengenai program 100 hari Pakatan Rakyat itu ialah Negara Akan Bangkrap jika diperintah oleh Pakatan Rakyat.


Antara program 100 Hari Pakatan Rakyat itu ialah, mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.Program sepenuhnya sila lihat di (SINI)

Adakah benar Negara akan bangkrap jika mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol?

Sedangkan selama ini kerajaan UMNO/BN telah menggunakan sebanyak 62% dari RM39 Billion bayaran subsidi dan pampasan untuk membayar kepada sector korporat yang memegang konsesi lebuhraya dan juga Penjana Tenaga bebas yang terdiri dari kroni mereka yang menguasai sector tersebut..

Adakah benar Negara juga akan bangkrap jika merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat?

Sedangkan selama ini juga RM19 Billion subsidi telah diberikan kepada Penjana Tenaga Bebas milik kroni mereka setiap tahun berbanding hanya RM11 Billion subsidi minyak kepada rakyat dan RM4 Billion subsidi makanan kepada rakyat yang cuba ditarik balik oleh UMNO/BN.

Akan bangkrapkah negara jika imbuhan perguruan dinaikkan RM500 sebulan, yang jumlah gurunya adalah sekitar 400,000 orang dan kos tambahan yang diperlukan ialah RM2.4 Bilion setahun..

Bangkrapkah negara jika terpaksa mengeluarkan tambahan RM2.4 Bilion setahun jika dibandingkan dengan kerugian setiap tahun akibat dari ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa yang berjumlah RM28 Billion setahun?

Jika Pakatan Rakyat melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda siapa akan bangkrap sebenarnya selain dari kroni-kroni UMNO/BN yang berada dipuncak kuasa Felda Plantations.

Jadi siapa yang akan bangkrap sebenarnya jika perkara-perkara yang dipertikaikan oleh Muhyiddin itu dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat jika bukan Kroni-kroni UMNO, maka ketika itu akan berkumandanglah suara-suara sumbang yang mengatakan Melayu terpinggir di Malaysia pula kerana sekarang kita sering mendengar Kroni-kroni UMNO di Pulau Pinang mendendangkan “Melayu terpinggir di Pulau Pinang”….

Terpinggir kerana projek depa tak dapat dah.. pasal Guan Eng kata Kontraktor UMNO Lembik, Dayus dan juga bodoh… tak percaya? Sila lihat Video di (SINI)


Program 100 Hari Pakatan boleh jadikan Malaysia muflis, dakwa Muhyiddin

PUTRAJAYA, 21 Dis – Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan tawaran-tawaran istimewa daripada pakatan pembangkang semata-mata untuk meraih sokongan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau (gambar) berkata mereka boleh membuat tawaran sebegitu kerana pakatan pembangkang tidak mempunyai pengalaman untuk mengetuai kerajaan di peringkat pusat.

Katanya ini kerana setiap perkara yang diputuskan perlu membuat kajian dengan mendalam daripada segi implikasinya kepada rakyat dan negara.

“Kita nak meneliti apa kesannya dan kita akan beritahu rakyat mengenai penipuan di sebalik tawaran-tawaran manis dan gula-gula itu. Ada penipuan yang dibuat untuk mempengaruhi pemikiran rakyat.

“Ini kerana mereka tidak mengambil kira sama ada tawaran sedemikian akan membawa negara kepada muflis atau sebagainya. Asal menang, sudah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Belia, di sini hari ini.

Dipetik Bernama, Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas mengenai tawaran dalam Program 100 Hari yang dikemukakan pakatan pembangkang pada konvensyen mereka yang diadakan di Pulau Pinang, Ahad lalu.

Ia mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum ke-13.

Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Timbalan Perdana Menteri berkata berbanding Barisan Nasional (BN), setiap keputusan yang dibuat perlu diperhalusi dan diteliti dan kerana itu, selama 53 tahun, negara boleh kekal dengan kemajuan yang cukup baik dan semua pihak mendapat faedah daripadanya.

“Oleh kerana itu, kita tidak boleh boros, tidak boleh membuat sesuatu yang boleh memberi kesan dan bencana kepada negara bagi jangka masa yang panjang.

“Ini adalah pertimbangan yang perlu diteliti oleh rakyat agar tidak termakan dengan tawaran yang dibuat oleh pembangkang,” katanya.

Muhyiddin berkata tawaran tersebut boleh menjadi satu pembohongan yang besar dan satu penipuan jika mereka membuat tawaran, dan tidak melaksanakannya kerana tidak membuat perkiraan yang betul daripada segi implikasinya.

“Setiap guru RM500, jumlah guru di negara ini hampir 400,000 guru, bermakna perbelanjaan sebulan RM200 juta, setahun RM2.4 bilion.

“Tetapi dari segi implikasinya, naik gaji guru tetapi gaji kakitangan kerajaan seramai 1.2 juta, tidak naik. Adakah guru sahaja yang diberi tawaran, kenapa tidak ditawarkan kepada kakitangan kerajaan yang lain, boleh jadi bankrap kita,” katanya.

Ditanya mengenai kemunculan parti-parti politik baru pada masa ini yang akan menjejaskan BN, Muhyiddin berkata “lagi banyak lagi bagus, kerana Malaysia ialah sebuah negara demokrasi.”

Katanya beliau menggalakkan lebih banyak pertubuhan yang berminat untuk bertanding pada pilihan raya umum untuk mendaftarkan parti-parti politik mereka dan rakyat mempunyai pilihan yang lebih banyak untuk memilih.

“Bagi kami, itu tidak mengugat BN, seperti yang lepas banyak parti lain, tetapi ia hanya boleh bertahan untuk satu penggal sahaja. Ia tidak boleh kekal kerana ia tidak mempunyai dasar yang jelas, ideologi pun takde, pemimpin mereka pun tidak mempunyai visi yang jelas,” tegasnya.

The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails