Wednesday, December 1, 2010

Sivaji The Boss?? POORAH!!

MAKKAL SAKHTI!! Bagi yang biasa mengikuti ceramah PR semasa kempen PRU12 yang lalu pasti biasa mendengar perkataan ini dilaungkan selepas REFORMASI!!

Kini kebanyakkan mereka kelihatan mula kecewa dengan PKR.. Mereka berkata "Keadilan Untuk Ahli, Anak India Anak Tiri Anwar, Anak Melayu Anak Saya, Anak Cina Anak Saya, Anak Iban Anak Saya"

Hakikatnya jika kita selidik kenapa mereka kecewa? kebanyakkan dari mereka mengatakan mereka kecewa kerana mereka dilayan seperti anak tiri.. sama dengan cara layanan BN terhadap mereka dulu..

Sepatutnya mereka melihat dengan jiwa yang besar.. dan mereka juga sepatutnya sedar PR hanya baru menguasai beberapa negeri sahaja, jadi mana mungkin segala kemahuan mereka dipenuhi..

Ane.. sabar la sat...





KECEWA SIKAP PARTI TERHADAP BANTAHAN DAN KRITIKAN

Saya adalah salah seorang dari ahli-ahli PKR yang telah pergi pada pagi 27 November ke Dewan Sivik Petaling Jaya untuk menyuarakan secara terbuka bantahan dan perasaan tidak puas hati kami terhadap salahlakuperjalanan pemilihan PKR yang gagal dikendalikan secara adil dan bersih.

Tujuan kami adalah untuk menunjuk perasaan dengan aman, teratur dan tidak menganggu ketenteraman awam atau sesiapa pun.


Sesungguhnya saya merasa amat kecewa dan sedih melihat cara PKR sekarang ini bertindak kepada mana-mana ahli yang menunjukkan pendirian atau pendapat yang tidak sehala atau selari dengan apa parti hendakkan.

Saya pernah mengambil bahagian dalam demonstrasi jalanan Reformasi tahun 1998-2002 yang membantah kezaliman rejim Mahathir ke atas Anwar Ibrahim dan mahu tak mahu saya terpaksa membuat perbandingan apa yang berlaku pada pagi 27 November 2010 dengan apa yang telah saya saksikan semasa demonstrasi Reformasi 1998-2002.

Parti yang telah lahir daripada semangat membantah dan menentang ketidakadilan sepatutnya memahami dan bertoleransi terhadap apa-apa demonstrasi aman bagi meluahkan perasaan tidak puas hati. Apatah lagi kami yang berdemonstrasi adalah ahli-ahli PKR sendiri, bukannya Umno atau MIC atau MCA atau mana-mana parti BN.

Ini tidak. PKR telah bertindak mirip seperti pihak polis atau FRU semasa demonstrasi jalananan 1998-2002.






Kain-kain sepanduk dan rentang hak kepunyaan kami telah dirampas oleh skuad sekuriti PKR, sama seperti apa yang polis buat 1998-2002 dahulu.

Kehadiran penunjuk perasaan walaupun aman dan teratur amat tidak disenangi oleh parti. Kami telah dihalau dan dimaki hamun.






Pihak media yang menjalankan tugas dan membuat liputan demonstrasi kami juga tidak disenangi oleh parti. Mereka telah diherdik dan diugut supaya memberhentikan liputan mereka.

Ada di kalangan kami telah dikasari sebaik sahaja tujuan kami berada berhampiran tempat kongres diketahui oleh parti.

Pendek kata, sekiranya PKR pada pagi 27 November tersebut mempunyai ‘water cannon’ atau gas pemedih mata atau FRU dibawah telunjuk mereka, saya pasti mereka tidak akan berlengah-lengah untuk menggunakan semua
itu bagi menyuraikan demonstrasi kami.

Inilah PKR hari ini. Sebuah parti yang sepatutnya mempunyai idealisma untuk mempertahan dan mengamalkan kebebasan bersuara dan media sekarang jelas telah terlupa akan idealisma tersebut. Apakah punca kehilangan haluan ini? Kalau ikan menjadi busuk dari kepalanya, berani saya katakan PKR kini menjadi busuk berpunca dari kepimpinannya yang kini mabuk dan kemaruk untuk memegang tampuk pemerintahan negara sehingga terlupa matlamat asal parti iaitu untuk membawa Reformasi dan perubahan kepada negara demi nasib anak cucu kita semua.

Pada saya, PKR sekarang tidak ubah seperti BN/Umno sahaja. Tarikh 27 November 2010 adalah satu yang amat menyedihkan bagi saya.


Muniandy Vengaiah
1 Disember 2010

P/S.. Menurut Kerajaan Rakyat si Muniandy Vengiah ini adalah pencacai yang ditaja oleh 5 wakil rakyat "Katak" yang mengenalkan geng mereka sebagai Konsensus Bebas.

Dibawah ini pula kenyataan Bekas Bendahari PKR Selangor, dan ahli PKR Kota Raja KS.Kottapan yang akan diambil tindakan oleh PKR dengan kadar segera menurut beberapa pihak..

Berkata Benar Biarpun Pahit - Jangan Jadi Dayus Melindungi Ketidakadilan
Kepada Pemimpin-Pemimpin PKR dan saudara-saudari sahabat seperjuangan,
Kami anggota-anggota bawahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhimpun pada hari ini untuk melahirkan rasa kecewa dan sedih terhadap pimpinan PKR yang terus-menerus mempertahankan salahlaku Jawatankuasa Pilihan Raya (JPP) dan Sekretariat Ibu Pejabat Parti dalam mengendalikan pemilihan PKR baru-baru ini.

Aduan dan laporan yang telah dibuat oleh anggota parti langsung tidak dilayan oleh pimpinan, sekaligus menyerlahkan sikap sebenar pimpinan; bahawa anggota bawahan ini tidak penting untuk dijaga perasaan mereka apatah lagi untuk dihormati, bahawa setiap anggota juga mempunyai pemikiran rasional untuk menentukan apa yang benar dan apa yang salah.

Kesedihan dan kekecewaan ini semakin dirasai apabila anggota-anggota bertindak mengkritik, membuat aduan atau mempunyai perasaan tidak puas hati terhadap salah laku perjalanan pemilihan PKR yang gagal dikendalikan secara adil dan bersih.

Ketidakpuashatian ini akan dianggap oleh Parti sebagai sesuatu yang menyusahkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan YB Azmin Ali. Menuntut keadilan, memperjuangkan kebenaran, menentang salahlaku atau mencadangkan penambahbaikan akan dianggap sebagai tindakan derhaka dan khianat.

Semua anggota diminta untuk menjadi anggota yang mempunyai kesetiaan tidak berbelah bagi untuk disayangi Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan YB Azmin Ali walau dalam apa jua keadaan asalkan tidak menyusahkan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.

Adakah kerana kami anggota bawahan, kami tidak berhak mendapat layanan baik dari pemimpin atasan yang kini sudah berpangkat besar, semakin berharta, lagi berkuasa?
Nasihat kami kepada pemimpin PKR: anggota juga mempunyai maruah diri yang mesti dihormati. Tanpa sokongan dari kami anggota bawahan, anda tidak akan diangkat menjadi pemimpin PKR.

Oleh itu, jika pemimpin Parti mengiktiraf pemilihan PKR sebagai sah dan melindungi salahlaku yang sudah berlaku ini nescaya akan menyerlahkan kedayusan pemimpin dalam memperjuangkan keadilan dan kebenaran yang dilaung-laungkan selama ini.

Dengan ini, kami memberi ingatan kepada pimpinan parti: jikalau tidak mampu untuk memberi keadilan kepada anggota sendiri, bagaimana kita mahu meyakinkan rakyat Malaysia bahawa kita mampu memberi keadilan kepada mereka.


KS KOTTAPPAN AL SUPPAIAH

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails