Monday, December 27, 2010

Lingkup!!! Isa Samad dilantik Pengerusi Felda

Dalam menentukan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang dulu, pucuk pimpinan UMNO riuh-rendah tidak mahu Isa Samad menjadi calon. Bagi mereka, Isa telah tercemar dengan rasuah dan UMNO perlukan calon yang “bersih”.

Sedangkan budaya bagi duit untuk perwakilan sewaktu pemilihan adalah satu kesalahan rasuah tetapi hal bagi duit kepada orang UMNO ini adalah satu budaya yang lazim dan diguna pakai oleh semua pemimpin UMNO. Ada perwakilan menerima RM500 dan ada juga yang menerima RM1,000; bergantung kepada jawatan yang dipertandingkan..

Tetapi setelah beliau memenangi PRK Bagan Pinang mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi segala kesalahan rasuahnya itu telah dibersihkan oleh UMNO menjadikan beliau seolah-olah seorang bayi yang baru lahir..

Dan berkuatkuasa 1 Januari 2011 beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan oleh Najib..


Isa Samad dilantik Pengerusi Felda

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berkuatkuasa pada 1 Januari 2011.


Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Mohd Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif.

Mohd Isa menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda Pelantikan ini juga berkuatkuasa pada 1 Jan 2011.

Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Yusof di atas perkhidmatan beliau menerajui Felda bermula dari 1 Julai 2001 hingga 31 Disember 2010.

Di bawah kepimpinan Mohd Yusof, Felda telah mengalami transformasi membanggakan serta menempa pelbagai kejayaan, sekali gus menjadi penyumbang ekonomi negara, menurut kenyataan itu.

Mohd Isa, yang menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari 1982 hingga 2004, merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden Umno.
Beliau merupakan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang dalam kawasan Parlimen Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

Beliau menang besar dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 11 Oktober 2009 mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi.


- Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails