Monday, December 20, 2010

Korban bas terbalik dekat Cameron Highlands meningkat, 27 maut



IPOH, 20 Dis – Dua puluh tujuh pelancong Thailand dan seorang rakyat Malaysia terbunuh selepas bas pesiaran yang mereka naiki terbalik ke dalam longkang di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi.

Seramai 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan seoarang lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.


Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana rombongan pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Katanya siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik dalam longkang.

Menurutnya polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan pada tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Rakyat tempatan yang terbunuh itu dipercayai pemandu atau pembantu pemand bas terbabit.

Menurut sumber Tourism Malaysia pula, seramai 44 pelancong Thai menyertai pakej pelancongan ke Cameron Highlands menggunakan bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu yang didaftar di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah.

Pengarah Urusan syarikat itu, Sor Eng Hock yang kini berada di Bangkok kerana urusan perniagaan, ketika dihubungi berkata bahawa sebelum ini tidak pernah berlaku kemalangan melibatkan syarikat itu.

“Tak sangka jadi macam ini. Saya tak tahu punca... saya kena balik dan bincang,” katanya.

Syarikat yang didaftarkan pada 2007 itu mempunyai enam buah bas.

Ditanya mengenai bentuk bantuan kepada mangsa, Sor berkata syarikat akan merancang sesuatu.

“Buat masa ini saya amat sedih... saya memang terkejut. Saya tak tahu nak fikir atau buat apa-apa. Tapi kita akan rancang sesuatu untuk mangsa,” katanya.

Pihak polis setakat ini telah mengeluarkan senarai nama dua rakyat Malaysia dan 22 rakyat Thailand daripada 27 orang kesemuannya yang terbunuh dalam kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pada pukul 11.40 pagi tadi.

1. Omar Shahidan, 48, pemandu, rakyat Malaysia

2. Soontorn a/l Kian, 38, (pemandu pelancong lelaki keturunan Siam Malaysia)

3. Charcart Knagsuwan, 48, (lelaki)

4. Thanvaraj Poolsang, 36, (perempuan)

5. Nutthiya Inyyim, 50, (perempuan)

6. Poonporn poolsaene, 41, (lelaki)

7. Sumruay Swatphet, 48, (lelaki)

8. Putharee Akkrarachaw Wanont, 42, (perempuan)

9. Ponethanest Akkrarachaw Wanont, 45, (lelaki)

10. Suchanchida Chaiaueai, 40, (perempuan)

11. Sriwai Swatphet, 42, (perempuan)

12. Prinya Prassakulchai, 48, (perempuan)

13. Chutima Throukool, 25, (perempuan)

14. Thitisak Pongtanarat, 51, (lelaki)

15. Junpen Pongtanarat, 50, (perempuan)

16. Phayong Kruanjinli, 59, (lelaki)

17. Ekachai Na Bangxang, 64, (perempuan)

18. Mantana Phromduag, 51, (perempuan)

19. Rung Da (perempuan)

20. Darunee Songserm (perempuan)

21. Isariya Thiangtham, 25, (perempuan)

22. Ampaiwan Thiangtham, 50 (perempuan)

23. Malinan Mekmahaprom, 53, (perempuan)

24. Achara Wiwat, 36, (perempuan)

25. Natkritta Poolsaeng, enam, (perempuan)

26. Weera Chuntanagon (lelaki)


Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails