Konflik dalaman, masalah imej dan indentiti Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ini dijangka menghakis sokongan pengundi terhadap Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.Demikian menurut pandangan Pensyarah Kanan Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah ketika ditemubual sejurus beliau kembali dari Vietnam semalam.Nafikanlah biar seribu kali sekalipun, namun kita tidak mungkin hidup di alam khayalan hidup tanpa berpijak dibumi yang nyata ini..
Secara persepsinya dan diperkuatkan lagi oleh data dari kajian yang dibuat oleh UM baru-baru ini, berlaku kemerosotan kepercayaan politik terhadap PR hasil dari masalah imej, indentiti dan konflik dalaman PKR sewaktu proses pemilihan parti itu baru-baru ini.
Jika kajian itu tepat mengapa kita perlu takut untuk menerima hakikat ini? Kenapa juga kita perlu mengatakan ada pihak yang membiayai kajiselidik itu dengan bertujuan untuk memburukkan PKR? Adakah kita ini terlalu sempurna sehingga tidak melakukan kesilapan sama sekali?
Tidak bolehkah hasil kaji selidik itu kita gunakan untuk memotivasikan diri kita untuk berusaha mengembalikan kembali keyakinan mereka?
Dalam masa yang sama kita menyedari kekuatan PKR datangnya daripada rakyat tetapi kita terlupa yang kajiselidik yang dijalankan oleh pihak UM itu dijalankan keatas rakyat bukan dijalankan keatas beruk.
Yang jelas begitu banyak kepincangan yang telah didedahkanoleh ahli-ahli kita sendiri, namun pihak yang memimpin tetap mahu menafikannya..
Firman Allah.. “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu). Dan kamu tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah) di muka bumi, dan kamu tidak memperoleh seorang pelindungpun dan tidak pula seorang penolong selain Allah.(QS. 42. Asy Syuura : 30-31)
Konflik dalaman PKR menghakis sokongan terhadap PR
Oleh Nazli Ibrahim
PETALING JAYA: Konflik dalaman, masalah imej dan indentiti Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ini dijangka menghakis sokongan pengundi terhadap Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.
Demikian menurut pandangan Pensyarah Kanan Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah ketika ditemubual oleh FMT sejurus beliau kembali dari Vietnam semalam.
"Tidak dapat dinafikan sama sekali secara persepsinya dan diperkuatkan lagi oleh data dari kajian yang dibuat oleh UM baru-baru ini, berlaku kemerosotan kepercayaan politik terhadap PR hasil dari masalah imej, indentiti dan konflik internal PKR sewaktu proses pemilihan parti itu baru-baru ini.
"Ini paling ketara ketika berlangsung proses pemilihan pucuk pimpinan baru-baru ini. Ia lebih mendatangkan kesan apabila pemimpin-pemimpin PKR termasuk sebahagian calon bertanding tidak bijak memahami media, tidak bijak dalam mengatur perhubungan awam dan juga dari segi komunikasi.
"Ini telah mewujudkan gambaran corak atau fenomena yang mereka berkelahi sesama sendiri dan tidak mempunyai konsensus secara pragmatik, secara praktikal terhadap visi yang hendak mereka bawakan," terang beliau.
Menurut satu kajian yang dijalankan di dua negeri yang dikuasai PR, Kuala Lumpur dan Selangor oleh Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya UM (Umcedel) baru-baru ini, beliau berkata, "Kajian itu mendapati 52 peratus daripada 1,124 responden berkata konflik dalaman PKR telah menghakis keyakinan terhadap kepimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim manakala 49 peratus pula berpendapat mereka kecewa dengan PKR.
Berdasarkan keputusan bancian itu lagi, sebanyak 43 peratus pula berkata perkembangan tersebut akan mempengaruhi keputusan mereka sama ada akan meberikan undi mereka kepada PKR atau sebaliknya pada pilihan raya akan datang.
PKR masih ada ruang
Bagaimanapun menurut Prof Abu Hassan lagi, keputusan tersebut masih bergantung kepada perkembangan semasa dan beliau tidak menolak kemungkinan PR, khususnya PKR sendiri masih mempunyai ruang untuk membaiki keadaan sebelum ketibaan PRU 13 nanti.
"Tetapi sejauh mana kemerosotan itu berlaku masih lagi dalam peringkat perkembangan. Kemungkinan ianya akan berubah atau sebagainya bergantung kepada demografi pengundi terbesar iaitu yang berumur 21 hingga 40 tahun yang kebanyakannya menyokong pemikiran alternatif iaitu PR.
"Jadi selagi tidak ada data demografi yang mewakili kelompok ini secara detail, masih ada ruang untuk penambahbaikan bagi menarik semula kepercayaan tersebut," ujar beliau lagi.
Sebelum ini dalam perkembangan bancian yang dijalankan oleh Umcedel tersebut, Anwar mendakwa laporan media yang memburukkan nama parti dan imejnya tidak mendatangkan kesan.
Free Malaysia Today

6 comments:
OK, betul lah tu, tapi yang aku tak faham ialah kenapa bila PKR sedang kantoi, PAS dan DAP tenggelam punca terkena kejutan sampai kaku tak tau nak buat apa untuk teruskan perjuangan PR? Tau lah PR tak ada kehebatan BN yang pandai tangani krisis dalaman, tapi PAS, DAP ada kekuatan sendiri yang masih "formidable" yang sepatutnya mengambil inisiatif untuk menggerakkan jentera parti ke hadapan bukan membiarkan terkandas hanya kerana enjin PKR sedang mengalami kerosakan.
ini sbb ahli PKR sendiri la. dah tau BN ada "senapang n pistol". jgn la bg "peluru". PR plak ada pisau je. camno nok lawan ni haa???
Logik tu wa..sokong lagi...FMZam u ada karisma utk mendekati pemimpin reformasi,cakap mcm prof tapi bukan prof..anyway kau tangkislah pengkianat mulut busuk tu...
FMZam..
Aku rasa PAS dan DAP hanya mahu menunjukkan sikap setiakawan yang tinggi.. mereka tidak meninggalkan kawan yang sedang cedera.. mereka menunggu sahabat mereka beransur pulih..
Kah..kah... setiakawan yang tinggi konon..sebenarnya DAP & PAS tunggu PKR menghembus nafas terakhir tahun depan...tugas DAP nak bakar dan simpan abu PKR dalam pasu lepas tu simpan dalam loker dan lepas tu tugas PAS nak baca talkin kat PKR
Sy penyokong PR. Tetapi sekarang hanya penyokong PAS & DAP. Sebenar nya, PKR yg nak menguasai PR krena rancang menuntut jumlah kerusi yg besar utk calun2 nya. Lepas tu turut mengenepikan PAS & DAP.
Bagai UMNO ketepikan MCA & MIC. Azizah pula tidak punya kepimpinan & makin kehilangan kepercayaan ramai pengundi krena bersama2 setengah2 pucuk pimpinan PKR menjatuhkan Zaid.
Post a Comment