Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Wednesday, December 29, 2010

Khusrin umpama Biawak Hidup buat PR Selangor.

Pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru pasti mengundang pelbagai masalah kepada kerajaan negeri Selangor, terutama menjelang pilihan raya umum yang dijangka berlangsung seawal bulan Mac atau Jun tahun depan.

Lantikan beliau ini juga bolehlah dikatakan sebagai memberikan 'Biawak Hidup' kepada kerajaan PR Selangor untuk digalas.. malapetakalah akibatnya..


Pelantikan Khusrin pasti undang pelbagai masaalah

Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohd Khusrin Munawi muncul sebagai tokoh kontroversi dewasa ini apabila dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Pastinya pelantikan beliau bakal mengundang pelbagai masalah kepada kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.

Sejak dahulu lagi, ketika Selangor ditadbir oleh Umno-Barisan Nasional, gerak geri Khusrin seperti "budak suruhan" kepada parti pemerintah di peringkat pusat hingga banyak mendatangkan masalah kepada pentadbiran hal ehwal agama Islam.


Khusrin, yang dianggap sebagai "agen" telah menghalang Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Aziz dan Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang berceramah di negeri Selangor.

Malahan apabila Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat, Khusrin menjadi "duri dalam daging" dan dipercayai menjadi alat untuk menjatuhkan kerajaan negeri dengan menjalankan kerja-kerja yang bercanggah dengan dasar kerajaan negeri.

Atas kapasitinya sebagai Pengarah Jais, beliau bertindak menahan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah rumah di Hulu Klang walaupun mendapat bantahan keras daripada pemimpin Pakatan Rakyat.

Khusrin juga mengkritik keras tindakan Ahli Parlimen Teo Nie Ching yang berucap di sebuah surau di Ampang walaupun ahli-ahli jawatankuasa surau itu yang menjemput Teo atas alasan orang-orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke dalam surau.

Terbaru, Khusrinlah yang mengeluarkan arahan untuk menyerbu markas Syiah di Taman Sri Gombak atas dakwaan para pengikut mazhab itu merupakan komuniti yang sesat dari ajaran Islam.

Macam-macam tohmahan dan fitnah yang beliau lemparkan seperti pengikut Syiah mempercayai darah ahli Sunnah (Wal Jamaah) adalah halal, mengkafirkan para sahabat dan berlebih-lebihan dalam mencintai keluarga Rasulullah saw.

Khusrin ialah lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau bukanlah ahli dalam bidang agama.

Pelantikan beliau sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri berkuatkuasa 1 Januari ini dilihat sebagai ganjaran atas sumbangan beliau yang sedikit sebanyak berjaya mengucar-kacirkan kerajaan negeri dalam hal ehwal pentadbiran tentang agama Islam.

Sumber menyebut wakil rakyat Pakatan Rakyat bimbang dengan pelantikan yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan itu dan mereka percaya ada agenda tertentu di sebalik pelantikan itu.

Sidek Hassan sendiri dipercayai merupakan salah seorang tokoh yang merancang untuk menjatuhkan semua negeri yang berada di bawah pimpinan Pakatan Rakyat dengan mendapat peruntukan khas dari kerajaan persekutuan.

Menurut sumber itu lagi, jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri merupakan satu jawatan yang kuat dan berpengaruh. Beliau mempunyai pengaruh dan kuasa ke atas pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Walaupun Sidek Hassan mendakwa pelantikan beliau telah mendapat perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tetapi beliau tidak boleh mengenepikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sama sekali.

Beliau harus berunding dengan Khalid terlebih dahulu dan menurut laporan media, Khalid sendiri telah mencadangkan tiga nama untuk mengisi jawatan itu.

Hasrat Khalid untuk memohon mengadap Sultan Selangor hari ini tidak kesampaian kerana baginda sedang bercuti di luar negeri dan hanya pulang pada 3 Januari depan.

Pelantikan beliau pasti mengundang pelbagai masalah kepada kerajaan negeri, terutama menjelang pilihan raya umum yang dijangka berlangsung seawal bulan Mac atau Jun tahun depan.


Free Malaysia Today

6 comments:

New Hope said...

salam,

mereka menanam bom jangka dlm pr

DEMI KELANSUNGAN KETUANAN MELAYU

dinbangi said...

Tahniah. Moga Datuk Mohd Khusrin Munawi dapat menjalankan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Selangor dengan baik dan mendatangkan manfaat besar kepada rakyat negeri Selangor.

Anonymous said...

Tindakan jahat Najib ini bercanggah dengan prinsip demokrasi yg dikatakan sebagai teras sistem politik negara ini. Menteri Besar Selangor adalah dipilih oleh rakyat (bukan spt sultan) dan oleh itu adalah wajar seorang pegawai tertinggi negeri yg hendak dilantik di selangor dipersetujui oleh beliau.

Meletakkan seseorang pegawai tertinggi yg dianggap tidak akan memberikan kerjasama penuh kpd MB adalah sebagai usaha mengkhianati pentadbiran MB. Inilah kejahatan Najib dengan konspirasi Ketua Setiausaha Negara.

Saya anggap Najib sebagai PM yg paling jahat dlm sejarah negara, melebihi kejahatan mahathir.

Anonymous said...

setuju dengan anonymous. memang jahat si najib ni. sultan cuti pun aku rasa sudah dirancangkan oleh beliau agaknya. semua sudah di rancang sebenarnya. cuma tunggu untuk melaksana kan sahaja. aku ingat lah ada banyak lagi rancangan jahat BN ni untuk menjatuhkan dan mensabotaj PR. Setuju tak? Sultan haruslah berhati-hati dengan setiap manusia di istana tu. cuba pertimbangkan setiap cadangan dan jangan main setuju je. Kena tahu menilai yang mana intan dan yang mana kaca.

abd rauf said...

Nak tanya DinBangi : Apa kelebihan rakyat Selangor semasa BN memerintah sejak Merdeka dahulu? Bagi saya,nama saje negeri terkaya tetapi tiada apa istimewanya bagi rakyat.

Anonymous said...

berdoalah...semoga Allah swt akan dpt menghalang kebejatan....

Archive

Related Posts with Thumbnails