Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Thursday, December 23, 2010

Khairy Perli Najib?

Ditujukan kepada siapakah sebenarnya ayat Ketua Pemuda UMNO ini?

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata Kedaulatan negara akan tergadai sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri kerana kes liwat beliau yang sedang dibicarakan di mahkamah akan digunakan oleh pihak luar yang mempunyai agenda tertentu.

"Sekiranya hal-hal peribadi telah diketahui umum, ia merupakan sesuatu yang berbahaya dan hanya memberikan kesempatan kepada pihak luar untuk memperbodoh-bodohkan kita.

"Seterusnya maruah dan imej negara ini menjadi pertaruhan yang akhirnya rakyat sendiri akan rugi kerana mengikut telunjuk dan arahan pihak tertentu," katanya.


Mengenai kes tuduhan liwat keatas Datuk Seri Anwar Ibrahim, ianya masih sedang dalam perbicaraan jadi mana mungkin ianya digunakan oleh pihak luar untuk mengarahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengikut telunjuk mereka..

Tapi… ayat ini "Sekiranya hal-hal peribadi telah diketahui umum, ia merupakan sesuatu yang berbahaya dan hanya memberikan kesempatan kepada pihak luar untuk memperbodoh-bodohkan kita.” mengingatkan aku kepada perjanjian pertukaran tanah membabitkan tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura yang telah dimeterai oleh Najib dan Lee Hsien Loong di Republik itu pada 20 September yang lalu.

Yang kemudiannya kedua-dua pemimpin menguar-uarkan kononnya perjanjian itu sebagai kejayaan besar dan pembaikkan keatas “Point Of Agreement (POA)” dan ianya adalah “win-win situation” padahal yang jelas kelihatan sebagai pemenang ialah Singapura..

Cuba baca implikasi perjanjian tersebut yang telah dicatat oleh A.Kadir Jasin dibawah

1. Dulu tanah KTM di Singapura adalah milik penuh dan mutlak Malaysia, walaupun kegunaannya terhad kepada operasi kereta api dan kekal hak Malaysia selagi operasi kereta api berjalan;

2. Sekarang tiga keping tanah KTM telah ditukarkan dengan sembilan keping tanah lain dan operasi kereta api akhirnya akan ditamatkan;

3. Menurut kenyataan bersama Mohd Najib-Lee Hsien Loong yang saya baca dari laman web kerajaan Singapura, bidang-bidang tanah gantian serta deskripsinya adalah seperti berikut:-

(A) Empat bidang tanah di Marina South dikenali sebagai TS30-361T, TS30-362A, TS30-363K dan TS30-364N serta dua bidang di Ophir-Rochor dicamkan sebagai TS13-1115N dan TS13- 1116X sebagai ganti kepada tiga keping tanah KTM di bawah Point of Agreement (POA) di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah di Bukit Timah yang dikenali sebagai Lot 76-2 Mk 16, Lot 249pt Mk 4 dan Lot 32-10 Mk 16);

(B) Empat keping tanah di Marina South itu terletak di tengah-tengah gugusan (cluster) kewangan dan perniagaan bagi Marina Bay manakala dua di Ophir-Rochor terletak di kawasan bersejarah Kampong Glam (Kampong Glam Historic District) yang berupa koridor baru pembangunan yang sedang dimajukan sebagai sambungan kepada Daerah Perdagangan Pusat (Central Business District); dan

(C) (Sembilan) Keping tanah di Marina South dan Ophir-Rochor (itu) akan diamanahkan kepada M-S Pte Ltd untuk dibangunkan secara usaha sama apabila Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengosongkan Stesen Tanjong Pagar. Stesen KTMB akan dipindahkan dari Tanjong Pagar ke tempat pemeriksaan kereta api Woodlands (“WTCP”) menjelang 1 Julai 2011 bilamana Malaysia akan memindahkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantinnya (“CIQ”) di WTCP.

4. Tanah gantian itu akan dimajukan oleh syarikat usaha sama Malaysia-Singapura M-S Private Limited yang dimiliki 60 peratus oleh syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan firma pelaburan kerajaan Singapura, Temasek Holdings.

5. Kalau dulu tanah KTMB dimiliki penuh dan mutlak Malaysia, kini tanah gantian kepada tanah KTMB itu dikongsi dengan Singapura melalui M-L Pte Ltd di mana Temasek memegang 40 peratus saham. Dalam bahasa yang mudah, Singapura dapat “percuma” 40 peratus daripada aset gantian itu.

6. Walaupun isu tanah KTMB ini dikatakan selesai, tetapi isu-isu tertangguh yang lain seperti pembekuan simpanan rakyat Malaysia dalam CPF, Perjanjian Bekalan Air serta penentangan Singapura terhadap projek Jabatan Bengkok masih berterusan.

7. Malaysia dan Singapura gagal bersetuju mengenai cukai pembangunan (development charges) yang dikenakan oleh kerajaan Singapura ke atas tanah gantian itu sehingga memaksa perbalahan itu dirujukkan kepada Mahkamah Timbang Tara Tetap (Permanent Court of Arbitration – PCA) di The Hague, Balanda.

8. Kenyataan bersama Mohd Najib-Hsien Loong mengenai hal itu berbunyi: “Both countries have different views relating to the development charges payable on the three parcels of POA land in Tanjong Pagar, Kranji and Woodlands. Both Leaders have agreed to settle this issue amicably through arbitration under the auspices of the Permanent Court of Arbitration. They have further agreed to accept the arbitration award as final and binding.”

[Kedua-dua negara mempunyai pandangan yang berbeza mengenai cukai pembangunan ke atas tiga keping tanah POA di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands. Kedua-dua pemimpin bersetuju menyelesaikan isu ini secara aman melalui timbang tara di bawah naungan Mahkamah Timbang Tara Tetap. Mereka seterusnya bersetuju menerima keputusan timbang tara itu sebagai muktamad dan terikat.]

9. Sengaja diingatkan yang kali terakhir Malaysia dan Singapura membawa perbezaan mereka ke muka pengadilan antarabangsa, ia berakhir dengan Malaysia kehilangan pemilikan ke atas Pulau Batu Putih (Pedra Branca) kepada Singapura.

10. Melalui kolum “Other Thots” dalam majalah Malaysian Businesskeluaran 16-31 Julai lalu, saya telah memberi amaran kepada perunding Malaysia agar berhati-hati mengenai kemungkinan pemerintah Singapure mengenakan cukai pembangunan atau premium tanah yang melangit.

Saya memetik sumber-sumber yang arif mengenai POA sebagai berkata kerajaan Singapura mungkin mengenakan cukai pembangunan sekitar S$1.5 bilion (kira-kira RM3.05 bilion) selain premium tanah. Saya tidak tahu sama ada premium dikenakan atau tidak.

Tetapi sumber-sumber yang sama kini mengatakan cukai pembangunan mungkin mencecah S$2 bilion (RM4.6 bilion).

11. Andainya anggaran ini tepat dan keputusan PCA memihak kepada Singapura, maka Khazanah terpaksa menyeluk poket untuk mengeluarkan S$1.2 bilion (RM2.76 bilion) dan jumlah ini akan mengalir dari Malaysia ke Singapura.

12. Temasek perlu membayar S$800 juta tetapi tidak ada pengaliran keluar modal. Ia sekadar pemindahan dana dari poket Temasek ka poket perbendaharaan Singapura.


Dari ulasan A.Kadir Jasin diatas yang telah di siarkan dalam "The Scribe A Kadir Jasin" kita telah diperlihatkan dengan jelas bahawa Najib telah diperbodohkan oleh Lee Hsien Loong..

Kenapa agaknya?

Adakah hal-hal peribadi Najib telah diketahui pihak Singapura dan ianya mereka gunakan untuk memperbodoh-bodohkan Pentadbiran Najib?


Berita Berkaitan.

Negara tergadai jika Anwar jadi PM - Khairy

PONTIAN 21 Dis. - Kedaulatan negara akan tergadai sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri kerana kes liwat beliau yang sedang dibicarakan di mahkamah akan digunakan oleh pihak luar yang mempunyai agenda tertentu.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, hubungan negara dengan negara luar juga akan terjejas sekiranya Ketua Pembangkang berkenaan menerajui negara ini.

"Sekiranya hal-hal peribadi telah diketahui umum, ia merupakan sesuatu yang berbahaya dan hanya memberikan kesempatan kepada pihak luar untuk memperbodoh-bodohkan kita.

"Seterusnya maruah dan imej negara ini menjadi pertaruhan yang akhirnya rakyat sendiri akan rugi kerana mengikut telunjuk dan arahan pihak tertentu," katanya pada majlis Jelajah One Malaysia (JOM) di Simpang Parit Makasar/Parit Madirono, di sini malam tadi.

Sempena program tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian melancarkan kenderaan JOM BN Pontian dengan tugasan pertama bagi membantu jentera BN menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang nanti.

Turut hadir Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd. Fadil Muskon dan Ketua Pemuda BN Pontian, Nasrihat Turiman.

Khairy berkata, Pemuda BN akan memastikan parti itu terus mempertahankan Putrajaya daripada dikuasai oleh pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

"Pemuda BN berikrar dan berjanji akan berjuang untuk memastikan cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri akan tinggal impian sahaja," tegasnya.

Beliau berkata, pembohongan demi pembohongan yang dilakukan Anwar di dalam dan luar luar negara, menunjukkan beliau memang ingin melihat negara ini berada dalam keadaan tidak menentu.

"Ini termasuklah isu 1Malaysia yang dikaitkan dengan Apco Israel tetapi yang sebenarnya Anwar tidak mempunyai sebarang bukti terhadap dakwaan itu," katanya.- Media UMNO


3 comments:

FMZam said...

Apa lagi yang tinggal pada negara kita ini untuk diperkatakan tentang maruah bila semua yang berkaitan dengan kedaulatan negara ini sudah pun tergadai. Keselamatan, Keadilan, Rasuah, Penyelewengan, Pendidikan, Kuasa, Harta, Tanah, dsbnya, dsbnya, tidak ada apa lagi yang tinggal selama UMNO memacu negara ini kedalam jurang yang dalam. Rakyat yang masih cintakan tanah air sedang berjuang menentang UMNO/BN semata2 untuk mengembalikan kedaulatan negara dan meletakkan semula MARUAH yang tergadai oleh UMNO/BN ke tempat yang sepatutnya negara kita ini dipandang sebagai NEGARA YANG BERDAULAT. Untuk apa rakyat dari semua kaum bangkit menentang kerajaan ini kalau bukan kerana kesedaran untuk mengembalikan MARUAH negara.

Pengkhianat negara ini bukannya rakyat yang menentang kerajaan tetapi pengkhianat negara ini ialah kerajaan yang menentang rakyat, kerana kerajaan boleh berganti datang dan pergi bila2 masa sedangkan rakyat akan tetap tinggal di sini walau negara kita kaya atau miskin, senang atau susah. Rakyat tidak akan bangkit melawan kalau kerajaan menjaga kepentingan semua rakyat, bukan kepentingan sebahagian rakyat sahaja.

zanomar said...

kalau hujah khairi macam tu dia nak pertahan putra jaya,kita kalih hujah tu bubuh kat najib.

On Bin Hj Ibrahim said...

salam
apa yang kj cakap tu sebenarnya perli najis...jika anwar jadi pm...ayat tu..anwar tak jadi sebab dah dituduh kes liwat tu...

so kita tutup benda tu...
yang timbul adalah untuk najis...baca dan tahu cerita jadi lagi sakit jiwa..tu yang tak tau dan tak ambil tahu jadi pencacai semata mata...baca pulak hanya utusan meloya..berita hairan..lagile bangang jadinya..

kj berani sebab dia tau najis takda telur...telur dah kena usap usap oleh tangan bulat bik mamai...dah usap dia tarik kebelakang pulak..sebenarnya kes altantuya amat memberikan kemudahan untuk bik mamai...nampak tak..tu yang jadi bacul dan hilang telur tu..

Archive

Related Posts with Thumbnails