Monday, December 27, 2010

"Ketuanan Melayu" umpama fahaman Yahudi – Dr Asri

Yahudi menggangap mereka adalah makluk atau bangsa ciptaan Allah yang paling mulia dimuka bumi ini.. jadi.. Konsep "Ketuanan Melayu" yang membawa maksud orang-orang Melayu lebih mulia dari bangsa-bangsa lain di negara ini seumpama fahaman yang diamalkan oleh bangsa Yahudi.

Tapi.. apa kita nak hairankan sangat.. penasihat merekapun Yahudi..


"Ketuanan Melayu" umpama fahaman Yahudi – Dr Asri
Oleh K Pragalath

KAJANG: Konsep "Ketuanan Melayu" yang membawa maksud orang-orang Melayu lebih mulia dari bangsa-bangsa lain di negara ini seumpama fahaman yang diamalkan oleh bangsa Yahudi.

Bekas mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, dari segi sejarah tidak ada Ketuanan Melayu. Malahan pada zaman kerajaan Melayu Melaka , Melayu di hina oleh orang Melayu sendiri.


"Istilah ini perlu ditukar seperti Islam Hadhari, istilah itu ‘telah memakan tuan (kerajaan) sendiri," kata beliau pada forum Polemik Ketuanan Melayu anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat di sini kelmarin.

Beliau berkata, istilah itu lebih banyak menimbulkan kekeliruan. Boleh tolong kaum tetapi jangan sampai meruncingkan hubungan dengan kaum lain.

"Saya bimbang istilah Melayu menjadi lebih keliru. Tafsiran agama berdasarkan kaum menjadikan semua pihak keliru,” tambah beliau.

Tegas beliau, “Apa yang hendak dipertahankan di sebalik ketuanan orang Melayu? Jika ia bermaksud keistimewaan gunakan saja perkataan keistimewaan."

‘Ketuanan bermaksud pemilikan’

Menurut seorang lagi ahli panel, Setiausaha Majlis Perundingan Melayu Bumiputera (MPM) Dr Hasan Mad, Ketuanan Melayu bukan bermaksud "Malay Supremacy".

Hasan menjelaskan bahawa istilah itu pertama kali digunakan oleh perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman untuk menggambarkan pemilikan orang Melayu terhadap negara ini.

Justeru itu, Hasan mengesyorkan semua pihak agar tidak membuat terjemahan secara literal dan menggunakan contoh istilah ‘land lord’ yang diterjemah sebagai ‘tuan tanah’ dan bukannya ‘tun tanah’.

Walau bagaimanapun, beliau tidak melihat sebarang masalah dengan penggunaan istilah kesultanan Melayu hingga istilah tersebut perlu ditukar.

“Tukar istilah tidak menyelesaikan masalah.”

Beliau menyatakan bahawa polemik sekarang tidak lebih dari gegaran politik yang dibuat oleh tiga kumpulan iaitu ‘ahli politik, cendikiawan dan kumpulan bukan Melayu yang menangguk di air keruh’.

Sementara itu, Izaruddin Abd Rahman yang turut menjadi ahli panel forum mendefinasikan konsep Ketuanan Melayu sebagai legitimasi anak watan yang memperkukuhkan fakta bahawa orang Melayu adalah orang asal di Tanah Melayu.

"Bagaimanapun isu ini digunakan oleh ahli politik untuk mendapatkan populariti," kata naib presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu.

Naib Ketua Pemuda PAS Pusat Sabky Yusof pula mengucapkan "tahniah" kepada Umno kerana berjaya mewujudkan polemik ini untuk mengekang sokongan dengan menonjolkan diri sebagai juara masyarakat Melayu.

“Mereka mencipta konsep ketuanan Melayu dan menimbulkan kegusaran bahawa kuasa orang Melayu akan hilang tanpa Umno.” katanya.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails