Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Wednesday, December 1, 2010

Ketuanan Melayu : Pengkhianat itu Zahrain!! - PKR Bayan Baru

KUALA LUMPUR, 1 Dis — Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Bayan Baru mendakwa bekas ketuanya Datuk Seri Zahrain Hashim membawa politik murahan dengan mendesak agar pingat “Datuk Seri” dikurniakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ditarik balik.

“PKR Bayan Baru berpendapat bahawa ini adalah politik murahan Zahrain yang sekarang ini menjadi pencacai Umno dan Barisan Nasional (BN). Beliaulah pengkhianat besar dalam sejarah politik Malaysia,” kata ketuanya, Sim Tze Tzin dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sim, Adun Jerejak menegaskan, Zahrain yang keluar PKR awal tahun ini mngkhianati mandat rakyat yang diberikan sebagai Ahli Parlimen parti itu dengan melompat keluar parti.


“Beliau mengkhianati prinsip perjuangan PKR yang memperjuangkan politik pelbagai kaum dan keadilan untuk semua.

“Beliau mengkhianati rakyat kerana tidak lagi bekerja untuk kawasan Bayan Baru tetapi lebih ghairah mengikut (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) ke Amerika Syarikat. Beliau mengkhianati pingat Datuk Seri yang dianugerahkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang berprinsipkan politik pelbagai kaum.

“Kalau ingin dipertikaikan kelayakan penerimaan pingat, Zahrain harus dilucutkan pingat beliau terdahulu,” kata Sim.

Bagaimanapun jelas Sim, PKR Bayan Baru tidak ingin memperlekehkan isu pingat kerana ia adalah penghargaan hak dan kuasa Raja-raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri.

“PKR Bayan Baru ingin mengingatkan semua pemimpin Umno-BN dan juga Zahrain jangan memainkan sentimen perkauman sempit.

“Jangan jadi jaguh kampung melaung-laungkan sentimen perkauman tetapi menggadai negara,” kata beliau.

Zahrain merupakan bekas ketua PKR Bayan Baru.

Semalam, Zahrain mencabar Anwar, bekas ketuanya agar menyerahkan gelaran “Datuk Seri” jika terus-menerus menolak konsep “Ketuanan Melayu”.

Zahrain membuat cabaran atas alasan tindakan Anwar menolak konsep itu bersamaan dengan langkah mempertikaikan Raja-raja Melayu, yang kedaulatannya termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Wakil rakyat Bebas ini berkata jika Anwar dan orang-orangnya di PKR masih “tebal muka” untuk kekal dengan gelaran masing-masing, beliau akan memohon agar Raja-raja Melayu yang menganugerahkan gelaran dan darjah agar melucutkan.

Sim juga menambah, PKR memperjuangkan prinsip “Ketuanan Rakyat” dan keadilan untuk semua.

“Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka adalah pimpinan Umno yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lain.

“Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib kelompok ramai Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, India, Orang Asli dan Cina masih tetap terabai.

“Pakatan Rakyat akan terus berjuang membela nasib semua rakyat Malaysia yang terpinggir bukan pembesar-pembesar Umno-BN,” katanya.


The Malaysian Insider

3 comments:

Anonymous said...

kalau semua Melayu Mamak cam Zahrain, habis hancur Malaydia nih. PHD tahap 1Malaysia. Semua org salah. Rasa2 mak bapak dia pun salah sbb lahir kan dia bukan dlm kelompok elitis. jadi terpaksalah zahrain kipas elitis supaya dia x jd cam mak pak dia. Diri zahrain dayus, rakus, borus , cam tikuss memang beri sengsara pada bangsa kita. Kenapa nak susahkan org lain. Org x kacau, dia pengacau . DASAR SI KITUL MAMAK.

magua_putra@2000

Anonymous said...

Dah muka katak,ceritapun mcm katak,nitunggu mamat ni nak bersara atau kalah pru13,serah sekali dgn gigi mamat ni buat pasang gigi katak,supaya katak2 lain boleh lancar berucap bila jd YB nanti...

Anonymous said...

katak ni plk yg panngil hujan.smlm raja katak ali yg sibuk dok pnggil hujan. hari ni timbalan katak plk...kah2..katak ni apa yg boleh di hrp..jgn kata nak pimpim negeri..pimpin team bola penang pun hancus...bygkan kalau katak ni pimpim negara..jwbnya mmg hancur la malaysia...ooooii katak. x payah nak ckp byk la..cermin diri dulu..hampeh betui....apapun org siam sukua mkn katak gemuk mcm ni ..kasi buat BBQ...

Archive

Related Posts with Thumbnails