Thursday, December 9, 2010

Kes Aminulrashid : Tembakan dilepaskan bertubi-tubi - saksi

Seorang saksi dalam kes perbicaraan pembunuhan Aminulrasyid Amzah yang membabitkan Koperal Jenain Subi berkata seseorang telah melepaskan tembakan bertubi-tubi semasa mengejar kereta yang dipandu oleh remaja itu.

Konstabel Mohd Izham Mahayuddin, yang berada dalam kereta peronda pertama daripada dua kereta peronda yang mengejar kereta Proton Iswara putih yang dipandu oleh Aminulrasyid memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen Shah Alam beliau 'terkejut' mendengar senjata automatik berterusan menembak dari belakangnya di Jalan Tarian.

Katanya, beliau bersedia jika bunyi dari senapang Heckler dan Koch MP5 itujuga dilepaskan oleh dirinya tetapi ia adalah suatu pengalaman baru apabila mendengar ia dilepaskan oleh orang lain.

Mohd Izham menyifatkan tembakan itu sebagai "truuuup", dan dilepaskan tanpa henti.


Katanya, beliau terdengar rakannya di kereta peronda di belakang menembak dua kali dalam jangkamasa 15 hingga 20 saat dan mengandaikan “mungkin lebih daripada 10 peluru” dilepaskan dalam tempoh berkenaan.

"Saya tidak jangkakan tembakan dilepaskan kerana tayar kereta sudah meletup dan adalah sukar untuk melarikkan diri,” katanya ketika disoal balas oleh timbalan pendakwa raya Mohd Dusuki Mokhtar.

Semalam, dalam keterangannya, Mohd Izham berkata beliau menembak tayar kanan belakang kereta Iswara yang dipandu oleh Aminulrasyid ketika berada di Bulatan Kayangan, tetapi berhenti menembak selepas mengejar kereta itu di Persiaran Kayangan.

Aminulrasyid dijumpai mati di kereta Iswara dengan sebutir peluru di kepalanya. Kereta yang dipandunya juga terbabas dan berlanggar dengan sebuah tembok di Jalan Tarian.

Mohd Izham berkata berdasarkan penilaiannya tiada sebab untuk terus menembak selepas mengejar di Bulatan Kayangan kerana kereta mangsa telahpun rosak.

"Dalam situasai seperti ini, saya tidak akan tembak kerana dari pengamatan saya, kereta itu sudah rosak dan tidak mungkin ia akan bertindak aggresif,” katanya.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails