Hmmm... betoika??
Kekecohan Dalam Dewan Adalah Angkara Anwar - KJ
KUALA LUMPUR: Kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat apabila Barisan Nasional (BN) membentangkan usul untuk mengantung Ketua Pembangkang selama enam bulan kerana menyamakan konsep 1Malaysia dengan idea negara Israel adalah disebabkan keengganan Pakatan Rakyat (PR) untuk membahaskan isu tersebut secara terbuka.“Ia adalah satu usaha untuk mengalihkan perhatian daripada ditumpukan kepada pembohongan yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh),“ kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau).
"Malah ia disengajakan untuk mengalih perhatian tentang pembohongannya (Anwar) mengenai Apco dan juga untuk mengambarkan yang beliau telah menjadi mangsa," tambah Khairy lagi ketika ditemui para pemberita di Lobi Parlimen, Khamis.
Khairy seterusnya berkata, peristiwa tersebut dan tingkah laku ketua pembangkang itu adalah hari hitam dalam sejarah parlimen.
"Kami dari Barisan Nasional telah bersedia untuk membahaskan isu tersebut secara terbuka agar semua pihak dapat berhujah. Malangnya pihak pembangkang enggan membahaskan usul tersebut secara kondusif. Sebaliknya mereka keluar beramai-ramai meninggalkan dewan," ujar beliau.
Oleh yang demikian kata Khairy, adalah tidak benar Barisan tidak mahu membahaskan isu tersebut dan hendak mengasak usul itu agar ia terus diluluskan tanpa bahas.
"Keadilan hakiki sebenarnya telah diberikan kepada Anwar dalam proses untuk melaksanakan usul itu tetapi beliau telah melengah-lengahkan isu ini kemudian cuba untuk menyekatnya dan selepas itu cuba untuk menyalahgunakan keseluruhan proses tersebut dengan cara keluar meninggalkan dewan," ujar Khairy lagi.
Mengenai teguran Karpal bahawa pengantungan tersebut hanya akan mencetuskan suasana tidak produktif kepada Barisan, Khairy menegaskan: "Jika mereka fikir tindakan ini akan memberi keuntungan politik kepada mereka, tak payahlah komplen. Apa yang kita lakukan adalah betul."
Sementara itu, P.Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) berkata, tindakan beberapa ahli parlimen dari barisan pembangkang mengangkat poster atau pelekat di dalam Dewan adalah satu tindakan menghina yang boleh dikenakan tindakan.
mStar

4 comments:
salam..dlm menjaga imej parlimen sepatutnya tanggungjawab semua parti..soalnya kenapa PR tk mahu layan apa yg dimahukan oleh BN dlm soal APCO?Tindakan keluar dewan adalh tindakan bijak..Hanya org yg belum akil baligh aja yg tak faham kenapa tindakan keluar dewan dilakukan.. Kalau nk tahu bijak ke tidak siarkan secara langsung dari mula hingga tindakan keluar dewan dilakukan oleh MP PR..Biar rakyat nilai..
walaubagaimanapun cerita berok ni rakyat tetap tak terima,sebab geng2 super berok berat sebelah BN...
Pak berok pun pandai berkata,Kalau tak ada Pembangkang dlm 1malaysia ni alamat tumbang rakyat malaysia dibelasah Umnogokapco pasti 100% rasuah no1 didunia..berok2 BNgok mcm kelaparan tunjuk lagak kesak dlm dewan,lebih2 lagi punde hulu selangor baru merasa shoknya jd YB..pooorah
Betul, india tak sedar diri tu bukan main lagaknya.
Dahlah dia menang org UMNgOk yg buat bacaan yasin dan sembahyang hajat.
Lepas tu dia menang org melayu pulak yg sokong.
Kadang2 org melayu ni ada juga bebal dan bongoknya (org UMNgOk le).
Post a Comment