Tuesday, December 7, 2010

Kata di kota.. Papan tanda nama Chong Eu dipasang (Video Inside)

Biarpun beliau bukanlah seorang Islam namun begitu beliau membuktikan apa yang dikatakannya akan dikotakan, bukan seperti pemimpin UMNO yang bertaraf Menteri yang telah menipu rakyat secara terang-terangan mengenai isu harga minyak RON95 tu..



GEORGETOWN - Sebanyak 13 papan tanda atas nama Tun Dr Lim Chong Eu akan dipasang dalam masa dua hari mulai semalam sempena penamaan semula Lebuh Raya Jelutong sebagai mengenang jasa bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, papan tanda akan dipasang di tempat strategik merangkumi jalan dari Gat Jalan Prangin sehingga persimpangan Batu Maung atau Jalan Permatang Damar Laut sepanjang 17.84 kilometer.


“Nama baru jalan ini bertujuan memberi penghargaan, pengiktirafan dan penghormatan atas sumbangan dan jasa bakti yang tidak ternilai mendiang Dr Lim kepada pembangunan Pulau Pinang khasnya dan Malaysia amnya.

“Mulai hari ini (semalam), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memulakan kerja pemasangan papan tanda. Satu daripadanya dipasang di Jalan Prangin,” katanya sebelum merasmikan papan tanda pertama Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Jalan Prangin iaitu permulaan lebuh raya itu semalam.



Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri menganggap keputusan itu wajar dan tepat kerana ia akan merentasi tiga projek tapak utama yang dikaitkan secara langsung dengan Dr Lim iaitu Komtar, kawasan Zon Perindustrian Bebas (FIZ) dan Jambatan Pulau Pinang.

“Penamaan lebuh raya ini merentasi tiga projek pembangunan utama bawah kepimpinan mendiang iaitu bangunan 65 tingkat Kompleks Tun Abdul Razak yang merupakan bangunan tertinggi di negeri ini, Jambatan Pulau Pinang yang menjadi lambang Kerajaan Negeri dan Zon Perindustrian Bebas di Bayan Lepas yang merupakan antara zon perindustrian bebas yang pertama dan paling berjaya di Malaysia,” kata Guan Eng.

Dalam pada itu, beliau berkata, kuasa penamaan jalan terletak bawah kerajaan tempatan dan tidak perlu diwartakan.

“Kerajaan Negeri guna Seksyen 29 (1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, bagi menamakan jalan ini sempena nama mendiang,” katanya.

Penamaan itu melibatkan Lebuhraya Pantai Jelutong dari Gat Jalan Prangin ke Jalan Tengku Kudin (4.14 km), sebahagian jalan yangmasih belum dinamakan lagi, bawah tanggungjawab Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) iaitu dari Persimpangan Bertingkat Jambatan Pulau Pinang ke Jalan Tengku Kudin (2.53 km), Lebuhraya Sungai Nibong antara Persimpangan Bertingkat Jambatan Pulau Pinang ke Jalan Tun Dr Awang (3.19 km) dan Lebuhraya Bayan Lepas antara Jalan Tun Dr Awang, Persimpangan Jalan Batu Maung dan Jalan Permatang Damar Laut (7.98 km).




Berita : Sinar Harian
Gambar dan Video : FB Guan Eng

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails