Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Friday, December 17, 2010

Karpal Patut Bertaubat - Zahrain kata

Menurut Zahrain selain Anwar, Karpal Singh juga perlu bertaubat kerana menyembunyikan perkara sebenar? Taubat??

Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin rahimahullah menerangkan, “makna taubat secara bahasa adalah kembali, sedangkan menurut perngertian syar’i taubat adalah kembali dari maksiat kepada Allah Ta’ala menuju ketaatan kepada-Nya. Dan taubat yang paling agung serta paling wajib adalah taubat dari kekafiran kepada keimanan.

Firman Allah :

قُلْ لِلَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ يَنْتَهُوا يُغْفَرْ لَهُمْ مَا قَدْ سَلَف
“Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu, Jika mereka berhenti (bertaubat dari kekafirannya), niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosa mereka yang telah lalu.” (Al-Anfal: 38)

Jadi taubat yang mana satu saranan Zahrain kepada Karpal itu?


Karpal Patut Bertaubat, Tahu Kegiatan Seks Anwar

KUALA LUMPUR 17 Dis – Selain Anwar Ibrahim sepatutnya Karpal Singh yang perlu bertaubat kerana menyembunyikan perkara sebenar.


Inilah gambaran yang diberikan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menerusi entri di dalam blognya zahrainmp.blogspot.com.

Menurutnya aktiviti kegemaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.

Ini kerana katanya berdasarkan kepada penghakiman Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 2 September 2004 berhubung kes liwat Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan.

”Tidak perlu WikiLeaks atau Lee Kuan Yew memberitahu kita mengenai aktiviti kegemaran Yang Berhormat (YB) Permatang Pauh kerana Mahkamah Persekutuan Malaysia telah pun memperjelaskan isu ini dengan begitu terperinci,” katanya.

Entri di dalam blognya itu merupakan draf ucapannya di Dewan Rakyat hari ini bagi membahaskan usul syor dan keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung pembohongan YB Permatang Pauh ketika perbahasan Usul Titah Ucapan Yang Di-Pertuan Agong pada 17 Mac lalu.

Bagaimanapun draf tersebut tidak dapat dizahirkan ekoran tindakan Ketua Pembangkang dan seluruh Ahli Parlimen pembangkang yang membelakangkan aturan dan perjalanan Dewan.

Mengulas lanjut, Zahrain berkata, meskipun kenyataan Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamad yang ketika itu merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan adalah jelas mengenai perilaku tertuduh namun kedua-duanya tetap dibebaskan berdasarkan percanggahan teknikal berhubung tarikh dan masa kejadian.

Di dalam blognya, beliau turut menyentuh bagaimana Karpal yang ketika itu Ahli Parlimen Jelutong memaklumkan Dewan Rakyat mengenai salah laku seks Anwar.

”Apa yang lebih menarik dan harus diketahui umum iaitu tujuh tahun sebelum penghakiman mahkamah tertinggi negara pada 2 September 2004, Karpal sendiri telah memaklumkan dalam Dewan Yang Mulia ini berhubung salah laku seks Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

”Ada rekod hansard Parlimen bertarikh 6 dan 22 Oktober serta 18 Disember 1997 di mana YB Bukit Gelugor yang ketika itu YB Lion of Jelutong, mendesak kerajaan menyiasat Akuan Bersumpah Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda.

”Azizan dan Ummi Hafilda telah mengadakan pertemuan sulit dengan YB Bukit Gelugor sebelum itu dan pada tahun sama dalam satu ceramah DAP di Federal Hotel di Kuala Lumpur, YB Bukit Gelugor sendiri menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti berhubung salah laku seks Timbalan Perdana Menteri ketika itu,” katanya.

Namun, beliau berkata, lain pula ceritanya sekarang ini.

”YB Bukit Gelugor. Pusing 360 darjah! Beliau sanggup menghina Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan semata-mata untuk menegakkan benang basah demi YB Permatang Pauh,” tambahnya.


Media UMNO

6 comments:

Anonymous said...

apa la si zahrain ni...orang dah kedepan dia masih nak bukak cerita lama. cerita tak betul pulak tu. Taubatla wei..

Anonymous said...

Nampaknya sekarang ini orang menang atas tiket parti lain sudah tinggal amanah pengundi. Dia jadi ahli parlimen atas kemenagan dari rakyat. Tapi lain pula jadinya sekarang ini. Mana amanah pada rakyat. Hentam pula parti yang dia menang dulu. Dunia cacamarba. Duit sapu.....

mosabit said...

sah lah si zahujan ni otak mereng..mabuk 360 darjah...

nasib baik orang macam dia ni dia sorang jer...

kah kah kah kah kah kah ....

Anonymous said...

zahrin sikatak gigi taugeni kalau tak faham maksud hukum jgn berbicara soal agama,,buat malu bangsa melayu je,belajor lagi dgn Tok guru,temberang zahrin dan kekuatannya hanya pada duit,belukuk punya YB..

krool said...

salam..

kesian zahrin..tk ada yg sokong sarana dia ni..nilh..kalau dh bengong...tahniah PKR sebab menyahkan manusia bengong dlm parti anda..

Anak Sungai Derhaka said...

Salam Krool..

Zahrain ni sebenarnya sudah mula kebengongan.. pasal PRU sudah dekat..

Archive

Related Posts with Thumbnails