Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Monday, December 13, 2010

Jawablah Najib... soalan ini..

Pada tahun 2008, pemimpin pembangkang mendesak supaya satu siasatan dijalankan terhadap pembelian 12 helikopter Eurocopter bernilai RM2.3 bilion yang mereka dakwa dilakukan secara tidak betul.

Kementerian Pertahanan didakwa lebih membayar RM1.4 bilion ketika membeli pesawat itu dari Eurocopter untuk Tentera Udara Diraja Malaysia.

Pengadu mendakwa Malaysia menandatangani surat hasrat untuk membeli 12 helikopter Eurocopter EC725 Cougar pada harga RM2.3 bilion, sedang Brazil hanya membayar AS$1.2 bilion untuk membeli 50 unit model yang sama.


Soalan yang rakyat Malaysia mahu jawapannya ialah: Apakah kerajaan Malaysia membeli pesawat terbaik dari segi nilai wang?

Apakah ada kajian kesesuaian dilakukan untuk membandingkan harga dan fungsi helikopter berkenaan?

Dan mengapa ada isu berhubung pembelian pesawat tersebut sehingga memerlukan Jawatankuasa Kira-kira Awam melakukan siasatan?

Tahun sebelumnya pada lewat 2007, ketua audit negara telah membentangkan satu laporan di Parlimen, mendakwa bahawa satu kontrak untuk membina kapal tentera laut diberikan kepada PSC-Naval Dockyard, anak syarikat Penang Shipbuilding & Construction Sdn Bhd, yang dimiliki Tan Sri Amin Shah Omar Shah, menghadapi masalah serius.

Syarikat Malaysia itu dikontrakkan untuk menyerahkan enam bot peronda kepada Tentera Laut pada 2004 dan penghantarannya selesai pada April 2008.

Mereka seharusnya merupakan sebahagian daripada 27 bot peronda luar pantai yang menelan belanja RM24 bilion. Kontrak ini turut merangkumi hak untuk menyelenggara dan memperbaiki semua kapal tentera laut. Bagaimanapun, hanya dua kapal peronda telah diserahkan pada pertengahan 2006.

Terdapat 298 aduan yang direkodkan terhadap dua bot tersebut, berhubung beratus-ratus item yang tidak lengkap. Harga asal kontrak RM5.35 bilion melambung kepada RM6.75 bilion pada Januari 2007.

Menurut ketua audit negara, ia berpunca daripada kegagalan salahurus kewangan yang serius dan ketidakmampuan teknikal kerana PSC tidak pernah membina, kecuali kapal pukat tunda atau bot polis, sebelum diberi kontrak tersebut oleh Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Laporan tersebut mendapati nilai kontrak seharusnya hanya RM4.9 bilion dan dua bot yang diserahkan itupun didapati cacat.


Malaysiakini

6 comments:

Anonymous said...

Nak minta Najib jawab apename! ada bukti cabar hang bawa pi kat SPRM...baru power...baru BOM...kalau bukti jangan dok jaja cerita basi...nasi basi bagi makan ayam tapi berita basi bagi kat hang la...buat makan tengah hari

Anonymous said...

Malang betul, macamana orang melayu nak berjaya... bisnis bagus (melibatkan industri berat) tapi pengurusan lingkup.. bukan syarikat besar sahaja tetapi syarikat kecil melayu juga kebanyakkannya hadapi masalah sebegini. Dapat duit, joli sakan dulu.. bodoh betul!!

Jika diserahkan kepada bangsa lain sudah pasti nasibnya berubah.. tapi akan ada yang tak bersetuju dan mencemuh kata tak mau tolong melayu!!

FMZam said...

Woi Anon 3:28,

Kau nak marah kat ASD buat apa? Kau marahlah anak haram SPRM dan Gani Petai tu sebab merekalah rakyat dah hilang kepercayaan nak adu walau dengan bukti pun semua lepas habuk pun tarak. Kalau SPRM diswasta dan Gani Petai buka firma guaman alamatnya tutup kedailah diaorang sapa pun tak nak hire sebab dah terkenal sangat dengan kalah kes. Apa engko ni selama ni tido ke tak tau yang SPRM tu tak boleh dipercayai?

rekoder said...

Marilah kita perjuangkan ketuanan Melayu , mainkan sentimen melayu supaya kita dibuai mimpi indah tidak berpijak dibumi nyata...supaya senang orang-orang ni merembat harta negara,mencipta peluang untuk memperkayakan kekawan duit kita semua.Ayuh kita bikin pengajaran pada PR 13 nanti.

Anonymous said...

FM Zam

Apa buktinya...jangan awak buat cerita..kalau benar dan ada bukti esok awak datang bawa segala bukti ke SPRM-Pulau Pinang, saya ada disana,OK faham

Anonymous said...

Anoy 11.38pm

Patut la melalak semacam bila baca blog asd ni. kau pun salah satu dari sprm...huahhahahaa..

Archive

Related Posts with Thumbnails