Tuesday, December 14, 2010

Isu WikiLeaks: Anwar didesak letak jawatan.. Najib pula bagaimana?

Konsensus Bebas mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim segera meletakkan jawatan berikutan pendedahan laman web WikiLeaks bahawa Ketua Pembangkang itu terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada Agensi Perisikan Singapura.

Tetapi WikiLeaks juga mendedahkan juga kepincangan Barisan Nasional dan keterlibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya.

Menurut pendedahan WikiLeaks itu lagi, masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa’.

Tidakkah kenyataan itu jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.


Di ulang.. ‘Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu’.

Jadi jika Konsensus Bebas (katak) itu mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim segera meletakkan jawatan berikutan pendedahan laman web WikiLeaks bahawa Ketua Pembangkang itu terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada Agensi Perisikan Singapura.

Mereka juga seharusnya mendesak Najib segera meletakkan jawatan kerana terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya..

Desaklah Najib letak jawatan bagi membuktikan anda semua adalah bebas sebebas-bebasnya…..


Isu WikiLeaks: Anwar didesak letak jawatan

SHAH ALAM – Konsensus Bebas mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim segera meletakkan jawatan berikutan pendedahan laman web WikiLeaks bahawa Ketua Pembangkang itu terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada Agensi Perisikan Singapura.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, reputasi Anwar sebagai pemimpin pastinya tercalar dan adalah lebih baik beliau mengundurkan diri.

Beliau yang menyifatkan Anwar sebagai pemimpin bermasalah berkata, sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) bagaimana mungkin Anwar dapat menjalankan tugasnya dan dalam masa yang sama menghadapi perbicaraan di mahkamah.

“Bagaimana beliau mahu menguruskan permasalahan parti dan rakyat sedangkan dirinya juga terlibat dengan pelbagai dakwaan. Hal ini pastinya akan menjejaskan reputasi beliau sekaligus memberi kesan kepada PR.

“Adalah lebih baik Pas dan DAP tidak mengambil sikap berdiam diri dan terus bersekongkol bersama Anwar dan beliau perlu didesak meletakkan jawatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Wee berkata, sekiranya perkara yang sama berlaku pada pemimpin lain pastinya PR sudah lantang bersuara agar meletakkan jawatan kerana melibatkan nama baik parti.

Kelmarin, Agensi Perisikan Singapura mengesahkan bahawa Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi negara.:

Pendedahan itu dibuat, WikiLeaks, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008, iaitu kira-kira lima bulan selepas dakwaan Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan terbongkar.

Sementara itu, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng berkata, dua perkara perlu dipertimbangkan iaitu siapa yang memerangkap Anwar dan kebenaran beliau memang melakukannya.

“Kalau kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) boleh menangkap siapa memerangkap dan Anwar juga dapat dihukum, rakyat mungkin akan merasa keadilan dicapai dan percaya kepada Barisan Nasional (BN).

“Seterusnya Pas tidak akan percaya dengan PKR dan DAP pun tak dapat mempergunakan nama atau pengaruhan Anwar,” katanya.

Menurut Tan, kalau Anwar sahaja dihukum, tindak balas rakyat didakwa akan memberikan kemenangan lebih besar kepada PR.

Menurut The Sydney Morning Herald, Anwar memang sedar bahawa beliau bakal masuk perangkap iaitu akan didakwa buat kali kedua berhubung pertuduhan salah laku seksnya, berdasarkan laporan polis yang dibuat Mohd Saiful serta bukti klinikal yang lengkap.


Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails