Wednesday, December 22, 2010

Isu APCO : Nazri sahkan ada hubungan UMNO dan APCO

Malaysia dikatakan tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatic dengan Israel kononnya kerana menghormati sensitiviti umat Islam di Malaysia dan umat Islam di lain-lain Negara Islam yang tidak mengiktiraf Israel.

Dan Jabatan Imigresen Malaysia pula menetapkan negara Israel adalah haram dilawati oleh rakyat Malaysia. Ini kerana Malaysia tidak mengiktiraf negara terbabit. Selain itu perang Iarael - Palestin yang berterusan menyebabkan kawasan itu sangat berbahaya.

Sebelum ini, negara-negara lain seperti China dilarang dilawati kerana China menyokong perjuangan Parti Komunis Malaya.Korea Utara dan Afrika Selatan juga termasuk 92 negara yang dilarang. tetapi kini hanya tinggal Israel sahaja.


Bagaimanapun pada Mei 1994 , Parlimen Malaysia meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.Yang menyaksikan pada tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272,000 dolar US dalam tahun 1966 kepada 565,000 dolar US tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah dari 1.1 juta dolar US kepada 1.7 juta dolar US.

Hari ini pula Nazri Aziz mendedahkan kepada kita semua bahawa UMNO/BN memang mempunyai hubungan dengan APCO iaitu sebuah syarikat yang mempunyai hubungan dengan Israel, negara yang tiada hubungan diplomatik dengan Malaysia kerana Israel dikatakan berperang dan membunuh penduduk Islam Palestin.


Isu APCO: Nazri dedah dua dokumen dakwa Anwar berbohong

PUTRAJAYA, 22 Dis – Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mendedahkan dua dokumen bagi membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong apabila mendakwa APCO Worldwide berperanan dalam kempen gagasan 1 Malaysia, yang turut dikaitkan dengan One Israel.

Dokumen pertama ialah surat daripada APCO yang membawa kepada penggantungan Anwar dari Parlimen selama enam bulan manakala dokumen kedua pula kenyataan notari berkanun oleh Robert Shrum, konsultan politik, yang membantu menggubal konsep One Israel.

Kedua-dua dokumen itu menafikan APCO ada hubungan dengan kempen One Israel Tel Aviv yang diperkenalkan 11 tahun yang lalu.

“Saya mahu kedua-dua surat ini disiarkan bagi menafikan apa yang Anwar dan pengikut-pengikutnya berkata di pasar malam,” kata Nazri kepada pemberita di pejabatnya hari ini.

Surat APCO menyebut bahawa firma konsultan perhubungan awam itu dilantik oleh pentadbiran Najib untuk menyediakan sokongan komunikasi sahaja dan tiada apa-apa kaitan dengan soal kempen.

Malah katanya, APCO hanya menyediakan khidmat kepada kerajaan Israel dua kali iaitu kali pertama untuk menguruskan persidangan perdagangan dua hari di Washington, DC pada 1987 dan sekali lagi pada 1992 apabila ia mengendalikan kerja-kerja perhubungan awam untuk memperkukuhkan perdagangan antara Amerika Syarikat dan Israel.

Ahad lalu, Anwar mempertahankan beliau masih boleh membuktikan yang firma APCO ada kaitan dengan Israel, tetapi mendakwa tidak diberi peluang sewajarnya untuk mempertahankan dirinya.

Anwar digantung dari menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan bermula Khamis lalu dan tidak dapat hadir sidang Mac depan.

Beliau mendakwa kerajaan pimpinan Najib takut segala maklumat yang didedahkannya akan dimasukkan dalam penyata dan laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Khamis lalu, Anwar berkata tindakan dikenakan ke atas mereka seolah-olah menunjukkan APCO tidak boleh disentuh dan menyalahkan firma itu sebagai punca keempat-keempat mereka digantung enam bulan.

Usul untuk menggantung Anwar diluluskan tanpa sebarang perbahasan apabila kesemua anggota Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan menyebabkan Nazri mengemukakan usul kedua, untuk menggantung tiga yang lain iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) kerana menghina dewan.Dewan Rakyat akan bersidang semula Mac depan

Anwar juga mendakwa APCO berbohong kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menerusi suratnya kepada panel itu.

Jawatankuasa itu memutuskan hukuman berdasarkan surat itu dan tidak memanggil Anwar untuk memberi keterangan.

“Kerja-kerja APCO untuk kerajaan Israel adalah yang kecil dan ringkas, membabitkan hanya dua aktiviti, setiap satunya dijalankan beberapa tahun lalu,” kata Ketua Eksekutif APCO bagi Eropah, Timur Tengah dan Afrika Brad Staples.

Staples juga berkata, Majlis Penasihat Antarabangsa APCO (IAC) dibentuk untuk mendapatkan nasihat daripada bekas pegawai-pegawai kanan kerajaan, pemimpin perniagaan dan pertubuhan bukan kerajaan dari seluruh dunia dan mereka tiada pengaruh ke atas syarikat itu.

Malah beliau juga menekankan, tiga bekas pegawai kanan Israel dalam IAC, daripada 50 orang keseluruhannya, tidak melakukan sebarang kerja bagi Malaysia dan tiada sebarang kaitan dengan kontrak APCO Malaysia.

Surat Staples juga menekankan bahawa kepentingan APCO dalam syarikat keselamatan “bebas” ASERO hanya sebagai pelabur.

“APCO memilih untuk melabur dalam syarikat itu disebabkan peluang-peluang perniagaan,” kata beliau.

Oleh itu katanya, APCO dan ASERO adalah dua badan perniagaan yang berbeza dan berlainan sama sekali.

“ASERO ditubuhkan pada 2005. Oleh itu, ia tidak wujud pada 1999 ketika kempen One Israel,” katanya.

Dalam kenyataan satu muka, Shrum juga menafikan APCO ada apa-apa kaitan dengan kempen itu.

“Baru-baru ini, saya difahamkan bahawa Parlimen dimaklumkan bahawa APCO Worldwide adalah di antara firma khidmat runding yang terbabit dalam kempen One Israel pada 1999. Ini tidak benar,” katanya.

“Saya berada di sana dan APCO tidak terlibat dalam One Israel atau dalam apa-apa kerja bagi Parti Buruh Ehud Barak dalam kempen itu. APCO juga tiada kaitan dengan One Israel.”


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails