Dan ini juga membuktikan bahawa Pilihanraya Umum masih jauh lagi..
Undilah Barisan Nasional lagi..
Subsidi diselaras lagi, harga petrol dan LPG dijangka naik
Oleh G Manimaran
December 03, 2010KUALA LUMPUR, 3 Dis — Harga bahan api petrol dan diesel serta gas dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini ekoran keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi - dasar yang diperkenalkan Putrajaya pertengahan tahun ini.
Kenaikan kali ini juga dikatakan membabitkan petrol RON 95 dan RON 97.
Harga petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai kelmarin.
Kenaikan RON 97 kelmarin adalah ekoran perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.
Pengumuman rasmi dijadual untuk dibuat petang ini.
“Saya jangkakan kerajaan akan mengumumkan harga petang ini... kenaikan dijangka dalam sekitar 10 hingga 15 sen dan difahamkan, kadar baru ini kuat kuasa mulai esok,” kata sumber industri.
“Kami diumumkan perubahan ini baru-baru ini,” kata sumber itu lagi.
Pada 1 November lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter.
Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan menimbang kemungkinan untuk menyeragamkan harga diesel yang diberi bantuan subsidi bagi mengelak berlakunya lagi kes-kes penyelewengan di negara ini.
Katanya, langkah tersebut dilihat relevan bagi memastikan bantuan subsidi tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab ekoran perbezaan harga diesel yang ditetapkan mengikut sektor.
Pada masa ini harga diesel bersubsidi mengikut sektor ialah di pam minyak RM1.75, pengangkutan RM1.45, nelayan RM1.25 manakala industri RM2.05.
Pertengahan Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan harga menyaksikan kenaikan harga beberapa barangan keperluan utama.
Dalam kenyataan diumumkan ketika itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pelarasan harga itu membabitkan petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, yang diselaraskan semula sebagai sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi. Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan LPG, dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi.
Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, Penyelarasan semula harga barang-barang itu akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.
Berdasarkan proses itu, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak lima sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal.
Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram.
The Malaysian Insider


6 comments:
beberapa bulan lepas, baru je buat pengumuman yang harga minyak tak naik hingga tahun depan??? apa dah jadi ni? yang miskin, makin miskin la...yang kaya tu (UMNOBN) makin kaya lah!!!!! subsidi tu..apajadi?
aku rase pilihanraya dh dekat..psl diorg tgh cr fund utk bdget p/raya..
inilah bukti slogan yg dibangga2kan sgt tu, "rakyat didulukan pencapaian diutamakan"
patutnya tukar kpd "kerajaan didulukan, perut sendiri diutamakan", hampehhh
Pandai kerajaan BN ni, haritu naikkan ron 97 tak sebut pun lain2 barang naik nak bagi rakyat tak bising, tup2 harini dia naikkan yang lain2 pulak....takpe, takpe, Najib boleh mainkan kita sekarang, nanti kita main bontot dia bila PRU13 ni.
stuju FMZam....xpe2....biaq p depa nk buat apa....huh! =<
Suara umno nak cakap,
Kami ini nak menyebelahi Pakatan Rakyat dlm perkara rakyat diblenderkan,kroni diperkayakan..
Najip cakap tak serupa bikin,kata thn ini sehingga akhir thn petrol takkan naik,cakap apani menteri boleh cakap apasaja nanti pru13 rakyat akan boleh bercakap lebih dari najip dan inilah yg dibanggakan oleh ketuanan melayu sampai nak sisin tangan...porrrrah,nikah nak dipertahankan perkosa,memang tuyuk dan dayus punya perkosa,sesuka hati nak perkosa rakyat,kenapa suka membebankan rakyat,mcm menteri memang enak semua free,tapi rakyat dah kebuluran dan diperkosa lagi,tiada hati perut,tapi perut menteri boncit,gaji....aduh tak payah sebutlah ...kakitangan dah sesak nafas,rakyat pun takut nak buat anak ramai2 takut anak tak makan kebuluran,inilah hadiah kerajaan ketuanan melayu,,,HARAF2 SEMUA RAKYAT 1MALAYSIA UNDILAH BARISAN NASIONAL SUPAYA HIDUP KITA MCM PEMERINTAHAN ZAMAN HITLER/NAZI...
Post a Comment