Monday, December 13, 2010

Guan Eng Akui PR Sukar Kekal Kuasa di Pulau Pinang

Tajuk asal berita ini ialah "Guan Eng akui pembangkang sukar kekal kuasa", aku rasa editor Berita Harian ini masih keliru dengan perkataan Pembangkang di Pulau Pinang, Pembangkang di Pulau Pinang ialah UMNO/BN..

Apapun bagi aku kenyataan oleh Guan Eng ini sekadar tidak mahu melihat ahli-ahli DAP dan PAS serta PKR leka dengan kemenangan yang lalu..

Guan Eng akui pembangkang sukar kekal kuasa
2010/12/13




GEORGETOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng, mengakui usaha pakatan pembangkang untuk terus mengekalkan kuasa yang diberi oleh rakyat pada pilihan raya umum lalu bagi mentadbir Pulau Pinang adalah sukar.


Setiausaha Agung DAP itu berkata, usaha untuk mengekalkan kuasa pemerintahan sedia ada lebih sukar berbanding ketika pakatan pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negeri daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum, Mac 2008.

“Ketika hendak menumbangkan BN dulu memang sukar, tetapi hendak kekalkan kuasa memerintah lagi susah (pada pilihan raya umum akan datang)," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen DAP Pulau Pinang di sini, semalam.


Hadir sama, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Konvensyen kali ini menyaksikan seramai 88 ahli parti itu menawarkan diri bertanding untuk merebut 15 kerusi ahli jawatankuasa DAP negeri.




Guan Eng turut memberi bayangan DAP Pulau Pinang yang mengadakan konvensyen kali ini di pusat pentadbiran kerajaan negeri iaitu Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) bakal menganjurkannya di tempat lain, jika kalah pada pilihan raya akan datang.

“Dua tahun akan datang, sama ada konvensyen DAP diadakan di sini sekali lagi dengan berjaya memenangi penggal kedua atau di tempat lain, jika menerima kekalahan dengan suasana lebih teruk dan hanya mampu menjadi kerajaan selama satu penggal.
“Sama ada kita menang atau sebaliknya, ia bergantung kepada anda (ahli DAP),” katanya.



Guan Eng yang menjangkakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan diadakan Mac depan, berkata kerajaan negeri mungkin tidak mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri serentak Parlimen.

“Ini disebabkan Kerajaan Persekutuan mungkin akan mengadakan pilihan raya bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak saja,” katanya.




Berita dari : Berita Harian Online
Gambar dari : FB Lim Guan Eng

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails