Thursday, December 16, 2010

Gantung 4 MP PR, Majoriti 2/3 milik mereka...

Kan pepatah ada mengatakan, ikut hati mati, ikut rasa binasa.. Sekarang siapa yang rugi? Siapa yang rugi kalau bukan Rakyat yang memilih mereka sebagai Ahli Parlimen..

Jika keempat-empat Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat iaitu Anwar, Azmin, Sivarasa dan Karpal yang diusulkan untuk digantung itu benar-benar digantung oleh Parlimen, UMNO/BN telah Berjaya mendapatkan kembali majority 2/3 yang diidamkan mereka.

Majoriti yang membolehkan mereka melakukan pindaan apa saja ikut suka mereka..


Dengan Majoriti 2/3 ditangan mereka, mereka boleh melakukan sebarang pindaan keatas Perlembagaan dan dengan majority 2/3 juga mereka boleh meluluskan persempadanan semula yang suatu masa dulu telah membawa malapetaka kepada kita..

Tapi.. apa boleh dikata lagi.. buah cempedak sudah menjadi nangka.. kita tunggu sajalah tindakan mereka menggantung Ahli Parlimen pilihan kita..


BN mahu rampas kembali majoriti dua pertiga?
Oleh S Retnanathan

PETALING JAYA: Ahli parlimen pembangkang telah mengemukakan pelbagai sebab mengapa Barisan Nasional (BN) bertegas untuk meluluskan penggantungan empat ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat selama enam bulan dari Dewan Rakyat.

Mereka berkata penggantungan empat MP ini akan menyebabkan blok pembangkang akan kehilangan taring di Dewan Rakyat. Ketidakhadiran empat wakil rakyat akan mengembalikan majoriti dua per tiga BN di Dewan Rakyat.

Parti pemerintah BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen selepas pilihan raya umum pada 8 Mac 2008. Ia turut kehilangan lima kerajaan negeri, lantas melakar lanskap politik baru di Malaysia.

Kini terdapat sejumlah 222 kerusi parlimen. Ekoran dari pilihanraya pada tahun 2008, BN hanya memperoleh 137 kerusi berbanding Pakatan yang memperoleh 76 kerusi. Parti Progresif Sabah (SAPP) mempunyai dua kerusi manakala Parti Sosialis Malaysia, hanya satu. Baki enam kerusi disandang ahli bebas yang mesra BN.

Penggantungan empat MP yang diusulkan di Parlimen hari ini bermakna Pakatan hanya mempunyai 72 kerusi – kurang dua kerusi untuk menidakkan BN majoriti dua pertiga.

Persempadanan semula kawasan parlimen

Majoriti dua pertiga diperlukan untuk membuat sebarang pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan dan juga untuk meluluskan persempadanan semula kawasan parlimen, dakwa sesetengah ahli politik pembangkang.

Semalam kerajaan pimpinan BN telah mengusulkan agar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) digantung tugas kerana berbohong di Dewan Rakyat.

Beliau didakwa berbuat demikian apabila mengaitkan konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kempen Satu Israel.

Beliau turut menuduh Apco Worldwide yang diupah pentadbiran Najib mempunyai hubungan dengan negara Zionis. Syarikat perhubungan awam antarabangsa tersebut telah menyangkal dakwaan itu.

Pada hari ini BN turut mencadangkan tiga MP Pakatan lain turut digantung selama enam bulan kerana kontroversi berkaitan Apco.

Tiga MP Pakatan berdepan penggantungan

Ketiga-tiga mereka – Azmin Ali (PKR-Gombak), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Batu Gelugor) – berkemungkinan akan berhadapan dengan penggantungan tugas kerana membocorkan maklumat penyiasatan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan berkenaan kes Anwar.

BN telah memberikan notis penggantungan terhadap empat MP selama enam bulan. Tindakan ini menyebabkan beberapa MP pembangkang termasuk mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) marah. Beliau di dalam mesej Twitter berkata, “Penggantungan empat MP Pakatan dan lima MP Bebas membolehkan BN memperoleh majoriti dua per tiga secara mudah.”

“Mereka boleh meminda semula garis persempadanan dan menambah kerusi baru di Sabah (dan) Sarawak,” tambah beliau.

Seorang lagi ahli MP pembangkang yang lantang bersuara, Tony Pua di dalam mesej Twitternya menyoal sama ada BN berusaha untuk “meminda Perlembagaan Persekutuan sebelum pilihanraya umum dan tindakan menggantung 4 MP Pakatan Rakyat sekaligus akan mengurangkan kuasa pembangkang kepada satu pertiga.”

Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) turut menulis mesej yang senada di dalam Twitter beliau.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails