Perkara ke 5 dalam agenda Program 100 Hari Pakatan Rakyat ialah mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.Mengulas tentang perkara itu Muhyiddin berkata “Setiap guru RM500, jumlah guru di negara ini hampir 400,000 guru, bermakna perbelanjaan sebulan RM200 juta, setahun RM2.4 bilion. Tetapi dari segi implikasinya, naik gaji guru tetapi gaji kakitangan kerajaan seramai 1.2 juta, tidak naik. Adakah guru sahaja yang diberi tawaran, kenapa tidak ditawarkan kepada kakitangan kerajaan yang lain, boleh jadi bankrap kita,”.
Nampak memang bodoh ulasan Muhyiddin itu tetapi Najib pula kelihatan menggelabah dengan perkara yang menyentuh gaji guru itu..
Biarpun sebelum itu Najib berkata pelbagai tawaran yang dikemukakan pakatan pembangkang kepada rakyat, tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar mereka namun semalam Najib telah berjanji kepada Presiden Ceupacs untuk mewujudkan satu badan perundingan khas, dipercayai bertaraf Majlis Bersama Kebangsaan, bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan perkhidmatan perguruan, yang bilangan mereka satu pertiga daripada 1.2 juta tenaga kerja sektor awam.
Tapi kalau Pakatan tak keluarkan akan menaikkan gaji guru jika menguasai Putrajaya, korang rasa Najib akan menubuhkan Majlis Bersama Kebangsaan itu tak?
Biarpun begitu.. ini merupakan suatu yang baik buat guru-guru dan idea Pakatan juga jelas untuk membela nasib para guru dan ianya akan diciplak lagi oleh Najib..
Najib janji tubuh majlis khas kaji isu guru, kata Cuepacs
KUALA LUMPUR, 22 Dis — Datuk Seri Najib Razak berjanji untuk mewujudkan satu badan perundingan khas, dipercayai bertaraf Majlis Bersama Kebangsaan, bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan perkhidmatan perguruan, yang bilangan mereka satu pertiga daripada 1.2 juta tenaga kerja sektor awam.
Cuepacs membawa syor itu sekitar 2002 tetapi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dilaporkan telah menolaknya.
Presiden Cuepacs Omar Osman memberitahu perwakilannya bahawa Najib menjanjikan penubuhan badan khas itu selepas merasmikan persidangan tritahunan badan induk kesatuan sektor tersebut semalam.
“Semasa sesi minum (selepas perasmian persidangan) Datuk Seri Najib (gambar) ada memberitahu bahawa satu badan perundingan akan ditubuhkan bagi mengatasi masalah dan isu-isu yang wujud dalam perkhidmatan perguruan.
“Perdana Menteri berkata beliau akan meminta JPA melihat perkara ini,” kata beliau ketika sesi perbahasan penyata tritahunan di sini.
Omar berkata Najib menjanjikan perkara itu memandangkan guru terdiri daripada satu pertiga tenaga kerja sektor awam peringkat persekutuan.
Menurut Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan, bilangan guru dianggarkan dalam lingkungan 438,000 daripada 1.2 juta kakitangan awam.
Malah terdapat 27 kesatuan dan persatuan yang mewakili kaum guru di seluruh negara kata Hashim ketika dihubungi The Malaysian Insider kemudian.
“Jika ada satu badan khas untuk membincangkan isu gred perkhidmatan dan saraan guru, ia satu perkara yang baik,” katanya.
Cuepacs mengadakan persidangan tiga tahun sekali selama tiga hari bermula semalam.
Persidangan hari ini tertumpu pada aspek pemilihan pucuk kepimpinan.
Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin ketika ditemui berkata kemungkinan badan itu mirip Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi membincangkan soal-soal berkaitan dengan skim perkhidmatan.
“Sebelum Sistem Saraan Baru (SSB) diperkenalkan (pada 1991), ada MBK khas untuk perkhidmatan guru, tetapi dimansuhkan selepas SSB dilaksanakan,” kata beliau.
“Saya fikir kerajaan akan wujudkan majlis macam itu... satu MBK khusus untuk guru,” kata beliau.
“Menurut apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri, kerajaan akan timbang satu majlis perundingan seperti MBK, yang dikhususkan kepada perkhidmatan perguruan kerana guru mempunyai lebih banyak masalah,” kata beliau.
Sebelum SSB diperkenalkan lima MBK berfungsi sebagai saluran perbincangan dengan kerajaan iaitu masing-masing bagi perkhidmatan am, rendah, pelajaran, badan-badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.
Ekoran pelaksanaan SSB, kelima-lima MBK itu disusun semula mengikuti kategori kumpulan pengurusan dan profesional, am sokongan dan sains dan teknologi.
“Kami anggap ini perkembangan positif,” kata Ahmad Shah yang juga setiausaha MBK Kumpulan Sains dan Teknologi.
Hashim juga bersetuju bahawa perkhidmatan perguruan yang terdiri daripada skop perkhidmatan berbeza memerlukan sebuah majlis khas untuk menyelesaikan masalah dan isu yang wujud.
“Sebenarnya kita ada banyak isu dan masalah, jadi untuk selesaikannya kami memerlukan satu badan khas, kami memerlukan satu mekanisme khusus,” kata beliau tetapi tidak dapat menjelaskan bagaimana majlis yang dimaksudkan akan berfungsi.
“Kami pun baru dengar, jadi kami tidak pasti mekanisme badan yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri,” katanya.
NUTP juga merupakan salah satu kesatuan gabungan terbesar dalam Cuepacs.
Ia mempunyai 250 perwakilan dalam MBK dan 50 perwakilan dalam persidangan tritahunan Cuepacs
The Malaysian Insider

7 comments:
Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!
Sudah-sudahlah TongKaran... jangan nak menyamar jadi ahli PAS kat sini..
Kita sebagai ahli kena taat dan wala' keputusan pemimpin..
PAS bersama PKR dan DAP tu bukan keputusan TG Nik Aziz, itu keputusan syura..
Apa2 pun terjadi, saya tetap bersama PAS @ Pakatan Rakyat
Salam Ore Besut..
TongKaran tu sebenarnya pencacai UMNO yang cuba nak melaga-lagakan PAS dan PKR dalam PR..
tong karan 2 beradik dgn tong taik,itulah kerja dia,bapa saudara tong najis,anak kepada tangki toksin muyiden
lani kita suruh umno berpisah dengan mca,mic.berjuanglah ketuanan layu depa tu.idea tongkaran litar pintas ni cukup baik A1plus tapi bagi kat umno laaaaaa.
Salam ASD,
Saya dapati si TongKaran ni sama saja tulisan dia yang keluar diatas tu dengan yang keluar dulu sebelum ni, dan saya dapati dia poskan benda yang sama di blog2 lain. Sahlah TongKaran sedang promosikan orang masuk ke blog dia dan ini cara dia "drive the traffics to his blog". Sekarang dia semakin giat sebab nak dapat suntikan dana (atau dah dapat pun) dari tabung UMNO untuk blogger2 mereka melawan blogger2 pembangkang. Blog TongKaran ni sebenarnya blog yang layu jadi tu yang dia giler2 buat promosi cara busuk ni.
Korang tengoklah kerana duit orang macam TongKaran sanggup buat apa saja walau dengan cara semusibat ini dengan menggunakan topeng konon dia pejuang PAS padahal blog dia mengampu UMNO. Memang si TongKaran ni MUNAFIK!
Post a Comment