Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Wednesday, December 8, 2010

Enam MP digantung berdasarkan undang-undang Rimba..


Usul tergempar untuk mempersoal hasrat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa diberi peluang membela diri, ditolak hari ini.

Perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2011 pada peringkat jawatankuasa terganggu apabila Azmin Ali (PKR-Gombak) bangkit dan membentangkan usul tergempar mengikut Peraturan Dewan 18(1).

Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata keputusan jawatankuasa itu belum dibentangkan di Dewan rakyat, justeru usul itu tidak perlu disegerakan.


Berikutan penolakkan usul itu, semua ahli parlimen Pakatan Rakyat meninggalkan dewan dalam protes.

Azmin sebelum itu membidas Pandikar Amin kerana menolak saksi, bukti dan dokumen yang membantu Anwar membela dirinya di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Katanya, Dewan Rakyat sama-sekali tidak boleh bersetuju dengan tindakan jawatankuasa yang sengaja melanggar prosedur dan prinsip 'natural justice'.

"Kalau hakim boleh dibeli, doktor boleh dibeli beri keterangan palsu, saya tidak mahu Speaker Dewan dibeli oleh Umno Barisan Nasional," kata Azmin ketika meminta penjelasan dari mengapa usulnya berhubung tindakan jawatankuasa itu ditolak.

Pandikar Amin bagaimanapun menegaskan keputusannya adalah tepat kerana pihak jawatankuasa berhak untuk menolak mana-mana bukti yang dikemukakan.

Kenyataan Pandikar bagaimanapun mengundang kritikan keras.

"Bagaimana jawatankuasa boleh mengatakan bukti dan saksi yang akan dipanggil tidak berkaitan tanpa melihat atau mendengarnya terlebih dahulu?" soal Azmin.

Dalam perkembangan yang sama, speaker sekali lagi dibidas kerana enggan berundur dan memberi laluan kepada timbalannya untuk mendengar hujah Azmin.

Karpal Singh berkata Pandikar Amin tidak layak kerana beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

"Tuan Speaker harus berundur. Sekiranya tidak, maka berlakulah conflict of interest," kata Karpal.

Pandikar bagaimanapun enggan berbuat demikian.

Minggu lalu, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dilaporkan tidak akan mendengar lagi keterangan saksi, termasuk dari Anwar dan akan membuat rumusan berdasarkan sepucuk surat penjelasan oleh firma perhubungan antarabangsa, Apco Worldwide.

Kerajaan pada April lalu mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana membidas slogan 'Satu Malaysia' yang diilhamkan oleh Apco, diodakwanya ditiru dari konsep 'One Israel' yang digunakan oleh perdana menteri Israel, Ehud Barak pada 1999.

Pada 3 Disember lalu, ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh - yang juga anggota jawatankuasa itu berkata ahli-ahlinya diberikan sepucuk surat dari Apco bertarikh 19 Ogos dan memutuskan telah membuat rumusan mereka.

Berikutan itu, beliau dan seorang lagi anggota - ahli parlimen PKR Subang Jaya bertindak meninggalkan mesyuarat dalam protes.


Malaysiakini

2 comments:

FMZam said...

Bagus lah, dengan berbagai perkara bodoh yang dilakukan oleh sibangsat2 BN ni, semakin hari semakin jelas dan terang mengapa rakyat harus tendang mereka keluar dari parlimen pada PRU 13 nanti.

AnakPolis said...

Aku pun tak faham lah dengan kjaan BN ni.. Sepatutnya BN bantu RAKYAT untuk buktikan rakyat tak bersalah bukan kjaan yang nak rakyat bersalah.. Macam kes Anwar ni.. Sepatutnya biarlah Anwar kemukakan bukti yang dia tak bersalah.. Kalau bukti itu bukti palsu barulah tolak..
Sama gak kes liwat Anwar.. Sepatutnya kjaan bagi semua avenues atau dokumen untuk Anwar buktikan dia tak bersalah.. Ini tidak, BN pulak tak bagi sebab takut terbukti pulak Anwar tak bersalah.. Apa punya kerajaan macam ni..

Archive

Related Posts with Thumbnails