Wednesday, December 22, 2010

Eh!! Najib pun pandai berbelanja la...

Kalau bini Najib, Rosmah dikatakan menghabiskan RM4.5 Juta hanya untuk menjayakan Persidangan Wanita Pertama Dunia Ke Tiga.. Dunia ke tiga tu aku tambah sendiri pasal dari gambar-gambar yang aku lihat kebanyakkan yang hadir adalah dari dunia ke tiga..

Najib pula tak kurang hebat, dari semenjak beliau menjadi Perdana Menteri pada April 2009 lalu sampai sekarang dia dah perhabis RM8,724,895.91.00 untuk 42 kali perjalanan keluar negara.. lawatan ke Thailand pun memakan belanja sebanyak RM78,507.55.00

Hebat sungguh mereka suami isteri dalam menggunakan duit negara..

Belanja Najib ke luar negara RM9 juta
Oleh Patrick Lee

DEWAN NEGARA KUALA LUMPUR: Sejak mengambil alih tampuk pentadbiran April 2009, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan hampir RM9 juta untuk perjalanan ke luar negara.

Senator PKR Dr Syed Husin Ali mendedahkan satu senarai yang mengandungi butiran perjalanan tersebut di Dewan Negara pagi ini. Senarai tersebut yang diperoleh dari Jabatan Perdana Menteri menunjukkan Najib pergi ke luar negara atas urusan rasmi 42 kali yang membabitkan sejumlah RM8,724,895.91.


Perjalanan paling mahal merupakan lawatan ke Jepun, Amerika Syarikat dan Vietnam. Kos perjalanan tersebut bernilai RM2,094,635.39 dan berlaku di antara 5 dan 22 April tahun ini.

Lawatan luar negera pertama Najib ialah ke Thailand pada 10 April 2009 – seminggu selepas beliau mengambilalih pentadbiran daripada mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang memakan belanja sebanyak RM78,507.55.

Kos perjalanan termahal

Perjalanan lain termasuk ke Perancis selama sembilan hari dari 1 hingga 9 Oktober 2009 melibatkan perbelanjaan RM630,467. Kos perjalanan termahal ke sebuah negara berlaku di antara 20 September dan 8 Oktober tahun ini di mana Perdana Menteri membelanjakan RM1,043,923 di Amerika Syarikat.

Beliau turut membelanjakan jumlah berbeza dalam dua perjalanan berasingan ke Thailand. Dalam perjalanan pertama, Najib membelanjakan RM3,346.08 dan dua minggu kemudian, di antara 6 dan 10 Disember, beliau membelanjakan RM84,573.04.

"Saya tidak tahu keuntungan sebenar dari perjalanan ke luar negara dan hasil yang diperoleh dari perbelanjaan ini," kata Syed Husin kepada pemberita.

Senator tersebut turut mendedahkan bahawa Najib menghabiskan 274 hari dari sejumlah 588 hari di luar negara sejak menjadi perdana menteri (sehingga 19 November 2010).

Najib habis banyak masa di luar negara

Marah dengan perkara ini, Syed Husin mengatakan Perdana Menteri yang menghabiskan separuh dari masanya di luar negara sepatutnya menguruskan masalah yang dihadapi negara.

Ketika ditanya samada beliau mengetahui saiz rombongan yang mengikuti Najib, Syed Husin menjawab, "kita tak tahu perbelanjaannya (secara terperinci), mahu pun saiz (rombongan)."

Beliau memberitahu bahawa perdana menteri turut membawa isterinya Rosmah Mansor dalam kebanyakan perjalanan ini. Namun beliau tidak mengulas tentang perjalanan mana yang turut disertai Rosmah.

Sementara itu, Syed Husin turut mendedahkan bahawa Sidang Wanita Pertama yang berlangsung Oktober lalu mengakibatkan perbelanjaan sebanyak RM4.498 juta.
Persidangan itu yang diilhamkan Rosmah mendapat penyertaan perwakilan dari 16 buah negara, termasuk Malaysia.

Syed Husin telah meminta akaun terperinci jumlah perbelanjaan sidang itu. Beliau memperoleh jawapan bertulis dari Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Bagaimanapun beliau berkata jawapan balas yang diberi tidak memadai kerana ia hanya menunjukkan jumlah keseluruhan dan bukannya perbelanjaan secara terperinci.

Beliau turut mengkritik Rosmah kerana mengambil peranan Wanita Pertama kerana kedudukan tersebut dikhaskan untuk Raja Permaisuri Agong

"Apa asas untuk memberi RM4.5 juta kepada isteri Najib untuk mengadakan persidangan ini? Apa pula peranan Raja Permaisuri Agong?" tanya beliau.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails