Friday, December 17, 2010

DUN Terengganu ada 'Pembohong Bersiri' dan 'Bapak Penipu' ?

KUALA TERENGGANU 16 Dis. - Label 'pembohong bersiri' menggamatkan Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini apabila Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said melemparkan perkataan itu kepada pihak pembangkang.

Ahmad merujuk kepada penyerahan memorandum bantahan penduduk Kampung Tok Perah, Ladang berhubung penempatan semula penduduk ladang di Pangsapuri Ladang Gemilang di sini yang dibantu oleh Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Burok).

Turut dirujuk, penolakan projek pembinaan kompleks tempat letak kereta bertingkat bernilai RM4.2 juta di Batas Baru di sini oleh negeri-negeri lain selain tuduhan projek-projek di negeri ini diberikan kepada 'kroni' Menteri Besar.


Jelasnya, memorandum tersebut yang diserahkan kepadanya dikatakan ditandatangani oleh 170 penduduk terbabit namun semakan yang dibuat hanya terdapat nama sahaja bukan tandatangan.

''Saya mempunyai bukti Yang Berhormat (Syed Azman) pembohong bersiri. Memorandum tersebut hanya ditandatangani oleh sejumlah penduduk yang merupakan orang Pas sahaja manakala yang lain hanya ada nama sahaja. Ini pembohongan pertama," katanya ketika sesi penggulungan pembentangan Bajet 2011.

Syed Azman kemudian bangun membantah bahasa yang digunakan oleh Menteri Besar dengan menyatakan jika ia dibenarkan, beliau juga akan gunakannya.

Apabila Ahmad terus menggunakan perkataan tersebut, Syed Azman kemudian melemparkan beberapa perkataan seperti 'bapak penipu' kepada Menteri Besar.

Ahmad menambah, pembohongan kedua dilakukan oleh Syed Azman apabila beliau menuduh projek pembinaan tempat letak kereta itu telah ditolak oleh Pulau Pinang selepas menghubungi Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

''Saya juga menghubungi Guan Eng dan beliau menyatakan Syed Azman tidak menghubunginya mengenai perkara itu.

''Dia (Syed Azman) ingat saya tak kenal Guan Eng. Saya tanya ada orang menghubungi Guan Eng berhubung tempat letak kereta: Dia kata, tidak ada dan saya tak ingat dan mungkin pegawai saya, saya tak tahu. ADUN Batu Burok? Dia kawan saya. Dia juga tak hubungi saya berhubung perkara itu setakat ini," katanya.

Ahmad kemudian mencabar Syed Azman untuk bersumpah dan kemudian wakil Batu Burok itu bangun bersumpah bahawa beliau ada menghubungi Guan Eng.

Ahmad menerangkan, kompleks tempat letak kereta berkenaan dibina di Batas Baru amat bersesuaian kerana tanah di lokasi berkenaan yang amat terhad.

''Saya sudah beri penjelasan semalam. Tanah kita terhad, Tempat letak kereta terhad. Jadi kita buat tempat letak kereta bertingkat.

''Ini susah, bila tak ada tempat letak kereta marah kerajaan , bila kita buat tempat letak kereta bertingkat kata maju sangat. Buat salah, tak buat pun salah," katanya.


Media UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails