Kalau semalam korang dah baca Zahrin meminta Karpal bertaubat.. hari ini mari kita lihat betapa munafiknya Zulkifli Nordin pula..Zulkifli Noordin musykil dengan sikap kepimpinan DAP yang dipercayai mempunyai muslihat tertentu apabila masih bersama dan kelihatan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun mengetahui sejarah kegiatan homoseksual Ketua Pembangkang itu.
Lihatlah betapa munafiknya Zulkifli Nordin ini.. ketika belum ditendang keluar dari PKR beliau menafikan tuduhan liwat ini, malah beliau sendiri adalah antara peguam yang membela Anwar dalam kes qazaf kalau tak silap aku..
Tapi setelah ditendang keluar.. beliau berkata memang ada kegiatan homoseksual itu..
DAP perkudakan Anwar - Zulkifli Noordin
KUALA LUMPUR 17 Dis. - Seorang ahli Parlimen musykil dengan sikap kepimpinan DAP yang dipercayai mempunyai muslihat tertentu apabila masih bersama dan kelihatan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun mengetahui sejarah kegiatan homoseksual Ketua Pembangkang itu.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, apa yang dikhuatirinya ialah pemimpin DAP itu menggunakan pengetahuan, maklumat dan mungkin "bukti teknikal" mengenai kegiatan homoseksual dan liwat Anwar untuk kepentingan politik mereka.
Katanya, Pengerusi DAP, Karpal Singh sendiri yang kini menjadi penguambela utama Anwar pernah membangkitkan isu kegiatan homoseksual itu di Parlimen pada 22 Oktober 1997 dan mengulangi dalam satu majlis terbuka anjuran DAP pada tahun yang sama.
Katanya, mengikut laporan hansard Parlimen, Karpal ketika itu telah mengemukakan bukti kononnya beliau mempunyai dokumen akuan sumpah beberapa orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Dalam ucapan terbuka majlis anjuran di DAP di Hotel Federal pula katanya, Karpal menyatakan beliau ada bukti Anwar terlibat dalam kes meliwat.
Tambahnya, Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju), yang semasa itu merupakan Ketua Penerangan DAP, di Dewan Rakyat semalam mengesahkan mengenai kepimpinan DAP yang tahu tentang kegiatan liwat Anwar.
"Persoalan pokok yang saya tertanya-tanya ialah, mengapa dengan pengetahuan seperti itu, kepimpinan DAP masih bersama dan kelihatan menyokong Anwar?
"Jawapannya jelas. Pada saya Anwar adalah kuda tunggangan terbaik bagi kepimpinan DAP untuk mendapat kuasa dalam negara ini.
"Melalui Anwar, kepimpinan DAP melihat cita-cita dan nafsu mereka untuk memerintah negara umat Islam ini ada peluangnya," jelasnya dalam entri bertajuk Kuda-Menguda DAP-Anwar! menerusi blognya, www.zul4kulim.blogspot.com.
Zulkifli menjelaskan, Karpal yang sangat kecewa dan marah selepas terbongkarnya tragedi pembohongan 16 September juga pernah meminta Anwar bertaubat dan mendesaknya berundur kerana tidak layak menjadi pemimpin.
Daripada rentetan peristiwa tersebut, katanya, adalah sangat jelas sebenarnya kepimpinan DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal sangat mengetahui kegiatan homoseksual Anwar.
"Apatah lagi mentor mereka Kuan Yew jelas didedahkan di dalam WikiLeaks mengetahui mengenainya dan ada "bukti teknikal" yang menyebabkan Kuan Yew percaya Anwar terlibat dengan kegiatan homoseksual dan liwat," jelas Zulkifli.
Beliau turut musykil apakah Anwar dengan masalah peribadi yang dihadapinya itu yang diketahui oleh kepimpinan DAP akan bersedia berbuat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri.
"Apakah kerana itu (juga) maka Karpal sebagai peguam Anwar sengaja membiarkan kes Anwar tertangguh, kerana lagi lama ditangguh, lagi banyak ianya memberi kebaikan kepada kepimpinan DAP untuk memenuhi agenda mereka.
"Apakah kerana itu kita melihat Anwar seperti Melayu yang sudah hilang akal dan kewarasan, menjual segalanya termasuk menjual nama Allah untuk disyirikkan oleh kafir, mempertikai ketuanan Melayu yang dia sendiri menjadi juaranya semasa menjadi pemimpin UMNO, dan sanggup menjual jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada manusia cauvinis dan rasis Kit Siang, serta menjual Pulau Pinang kepada anak lelaki Kit Siang?," katanya.
Zulkifli menjelaskan, sebenarnya kedua-dua kepimpinan DAP dan Anwar saling guna-mengguna dan 'kuda-menguda' demi untuk kepentingan politik sempit dan cauvinis mereka.
Tetapi katanya, paling menyedihkan dalam isu itu ialah kedudukan Pas yang telah terseret ke dalam satu percaturan politik yang sangat kotor dan jijik.
Media UMNO

14 comments:
KUDA KAYU..YANG BANGGANG..nak ulas tttg diperkudakan ha ha ha
Komen yang dipaparkan oleh ASD amat tepat sekali kerana saya pernah menghadiri kuliah/ceramah dia ni di Masjid Permatang Pasir ketika Anwar merengkok dalam penjara. Dalam ceramah yang disampaikan dia banyak mengaitkan tuduhan liwat dengan konspirasi untuk menjatuhkan Anwar.
Hairan betul. Pasai apa 2 ekor katak ni (Zahrin & Zul) yang kuat bersuara?
dasyatnye fitnah akhir zaman ni ye. memang al-quran dah cakap fitnah akan bermaharajalela di dunia ini. tak tahu siapa betul dan siapa yang penipu. tunggu jelah turun imam mahdi dan nabi isa nanti.
Apa masalah dia nie? Kurang kat mana? Otak ke? sifat ke? ada penyakit mental ke? Kalau ada masalah...cepat-cepatlah jumpa pakar, makan ubat dan padam cepat!!!
Nampaknya Zul ini anti Cina no.
zul bukan anti cina. cuma dia ni bijak buah peliak. sebijak2 peliak ...zul dok kat luar sahaja.
dulu die maki hamun Dr M kaw2 nyer sbb racun anwar, sekarang? betul ler dakwaan nko
POLITIK PLURALISME
tak payah masukan cerita zul ni dalam blog banyak cerita lain.
serupalah org Pasla, dulu masa Anwar Juboq dlm UMNO hampa maki, lani puji giler smp nk lantik cina jd TPM pun hampa setuju. suruh sumpah tak mau pun hampa setuju.
dalam dunia ni org Pas n PKR ja yang betoi n masuk syurga.org lain smua salah n kafir hahahaha
wazuhu...tolong suroh Dr M sumpah. atau suroh najib bersumpah dia tak memantat Altantunya.
Dia (zulkifli nordin) yg jadi pelacur umno.
TPM 1 melayu TPM 2 Cina. Jadi Melayu tetap PM juga. Apa susah sangat kira-kira
suruh aljuburi sumpah la..klu shaiful berani bercakap benar depan kaabah..anwar brani ker?
bodohnya korang..aljuburi kata LKS jd tpm..xde pon kata tpm 1 @ wujud tpm 2..jadi sapa bodoh..pas yg jd kuda..YB Zul lawan PKR sejak dia dalam PKR lg..sbb tu dia kena buang dr PKR..jd apa nk heran..bukan dah kena buang br kutuk..dan dia dah pon dapat hidayah allah..bukan buta hati cm korang dalam PR..nk ikut jd gay.. patut la yg sokong aljuburi 2 menteri2 yg sesat dr australia..yg mengamalkan amalan sex songsang dan x percaya tuhan..stakat jd katak bawah tempurung nk komen YB zul..x payah..cukup ke ilmu didada korang..stkt ada mata yg buta..telinga yg pekak..jgn berlagak pandai sangat..
Post a Comment