Monday, December 27, 2010

CheguBard tolak jawatan Timbalan Setiausaha Agung PKR

Fuh!! tajam ayat ni.. "Saya bukanlah manusia yang menganggap jawatan itu sebagai matlamat yang harus dikejar hingga sanggup memanipulasi segalanya termasuk melakukan penyelewengan demokrasi, tetapi setelah memegang jawatan tidak mampu melakukan apa-apa serta gagal memikul amanah dan hasrat perjuangan rakyat,"

CheguBard tolak jawatan Timbalan Setiausaha Agung PKR

Awat..dari AMK Penang ramai sangat nih?
Gambar dari Sharpshooter

PETALING JAYA: Bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrul Hisham Shaharin hari ini mengambil keputusan menolak jawatan pelantikannya sebagai Timbalan Setiausaha Agung PKR yang baru.

Badrul atau dikenali sebagai CheguBard mengumumkan keputusannya itu berikutan tindakan PKR yang masih berdiam diri dan tidak memberikan sebarang respon terhadap aduan mengenai pemilihan pimpinan PKR sejak Oktober lalu.


Beliau berkata malah sehingga kini pihaknya masih menunggu jawapan daripada Setiausaha Agung Saifuddin Nasution yang memberi jaminan untuk menyelesaikan aduan yang dikemukakannya dan pemimpin lain.

"Penolakan ini adalah atas prinsip yang pengiktirafan Pemilihan Keadilan 2010 akan hanya dibuat setelah hasil siasatan pemilihan dilaksanakan dan dimaklumkan kepada saya.

"Saya ingin nyatakan bahawa saya masih menanti hasil penyiasatan dan tindakan terhadap aduan – aduan yang saya dan teman-teman ajukan mengenai Pemilihan PKR 2010.

Jaminan hasil siasatan

"Saya akur dengan nasihat Setiausaha Agung agar sabar menanti dan jangan buat bukan-bukan tetapi saya juga meminta beliau ingat dengan kenyataannya yang memberi jaminan hasil siasatan akan diperolehi dalam dua minggu.

"Janji ini diungkap semasa Kongres PKR berlangsung bulan lalu," katanya dalam satu kenyataan.

CheguBard yang juga bekas calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) bagaimanapun menafikan penolakannya itu tiada kaitan dengan status kewangan atau jawatan.

Namun beliau memberi jaminan akan terus bersama PKR walaupun tidak mempunyai jawatan dalam parti.

"Kita tidak mahu menuruti budaya pemilihan yang kotor, penipu serta korup seperti yang diamalkan oleh sesetengah parti lain.

"Apabila individu itu diisytiharkan menang semua yang bersuara akhirnya diam disogok dengan berbagai habuan, tidak berbunyi lagi kerana anak mudanya mamai disumbat mulut mereka.

"Semua ini kononya untuk menjaga kestabilan parti dan menyapu semua kekotoran dan penipuan ke bawah karpet.

Parti reformasi

"Ini tidak harus berlaku dalam parti reformasi, kewujudan anak muda kumpulan pendesak harus dilihat dari aspek positif kelangsungan nafas semangat reformasi," katanya.

Ditanya tempoh masa untuk memberi jawapan terhadap pelantikan tersebut agak lama, CheguBard berkata keputusannya itu dibuat setelah mengambil pandangan daripada teman seperjuangan dan keluarga.

"Seperti yang dijanjikan, saya hanya akan membuat keputusan selepas berbincang dan mengambil pandangan dengan semua teman-teman, keluarga dan seumpamanya.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang tinggi kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 18 Disember lepas telah membuat pengumuman dengan menamakan saya selaku Timbalan Setiausaha Agung PKR.

"Saya bukanlah manusia yang menganggap jawatan itu sebagai matlamat yang harus dikejar hingga sanggup memanipulasi segalanya termasuk melakukan penyelewengan demokrasi, tetapi setelah memegang jawatan tidak mampu melakukan apa-apa serta gagal memikul amanah dan hasrat perjuangan rakyat," katanya.

PKR pada 18 Disember lalu mengumumkan barisan majlis pimpinan tertinggi baru yang dilantik dan CheguBard diberi jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Agung, manakala Setiausaha Agong masih disandang Saifuddin Nasution.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails