Friday, December 10, 2010

Cerianya Khairy.. Maklumlah dah nak jadi Menteri..

Ceria kelihatan wajah Ketua Pemuda UMNO ni.. ya lah dengar cerita dah nak dilantik menjadi Menteri.. gambar-gambar berikut telah dirakam ketika KJ dan isterinya buat catwalk untuk piala seri Endon 2010 pada 5 Disember lalu...

Ada yang mengatakannya sebagai Model Ekonomi Baru (Versi Seluar Ketat)

Cerita Khairy akan dilantik sebagai Menteri ini sebenarnya aku terbaca di sebuah blog penyokong UMNO, memandangkan pemilik Blog itu adalah penyokong UMNO, aku anggap dia lebih banyak mengetahui tentang UMNO sebagaimana aku tahu tentang PKR..

Jadi aku anggap apa yang ditulisnya itu adalah sesuatu yang beliau sendiri telah dengar dari ahli-ahli UMNO tak kiralah samada dari pemimpin atau ahli biasa..

Mungkin itu adalah cara Najib mengiktiraf dan menghargai kejayaan Khairy mendaftarkan ahli baru Pemuda UMNO melebihi 40 ribu orang dalam masa yang sangat singkat..

Ini ceritanya..


NAMPAKNYA HASRAT KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) untuk menjadi Menteri akan tercapai dalam rombakan Kabinet yang dijangka akan dilakukan pada hujung bulan ini. Lebih memeranjatkan, cadangan perlantikan KJ kali ini dikatakan disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin satu masa dahulu seorang yang rapat dengan bapa mertua KJ yang juga bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin beliau mahu memperbaiki kembali hubungan yang terjejas apabila beliau menjadi antara suara pendesak yang terkuat mahukan Abdullah berundur selepas pilihan raya umum ke-12 lalu. Sokongan kepada KJ mungkin boleh menjernihkan hubungan.

Semua maklumat ini penulis terima daripada rakan bloger (pro kerajaan) yang berpengaruh dalam satu pertemuan di Jakarta baru-baru ini (bukan di KL yea). Dikatakan KJ akan dilantik ke Kementerian Belia dan Sukan, satu kementerian yang tidak asing untuk golongan muda. Malah Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali menjadi Timbalan Menteri di Kementerian berkenaan. Sama ada ini berita baik atau berita buruk, masa yang akan menentukan. Kalau ambil kira secara kasar, perlantikan KJ mungkin dilihat satu kesilapan, tetapi tekanan yang terlalu kuat ke atas Perdana Menteri boleh memaksa beliau mengambil langkah yang tidak popular.


Dan kelmarin ada pihak melaporkan dari Coffe House Holiday Villa, Alor Setar, selepas Krismas ini ada beberapa orang Menteri Kabinet akan diberikan cuti sampai mati (ditamatkan perkhidmatan) oleh Najib, selepas rombakan cabinet dibuat pada 22 Disember 2010..

Tarikh itu diramalkan oleh penganalisa politik kedai kopi.. kedai kopi UMNO tu Coffe House kat hotel-hotel la sedara…

Cat Walk dengan Isteri dia.. tak salah kan??


Sumber artikel : Melayu Baru
Sumber Gambar : Ruang Bicara Pria Malaya

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails