Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Thursday, December 30, 2010

Bola, Cuti, Menteri Dapat Gaji, Majikan Boleh Mati



TAHNIAHLAH kepada pasukan bola sepak kita kerana menang Piala AFF Suzuki lawan Indonesia.

Malaysia menang agregat 4-2. Indonesia menang pusingan kedua di Jakarta 2-1 tetapi Malaysia kalahkan Indonesia 3-0 di Kuala Lumpur Ahad lalu.

Kita semua berbangga. Kita semua gembira.

Tapi adalah Piala itu begitu hebat sehingga negara perlu diberi cuti umum?


Bagi kerajaan oklah. Tutup sehari dua, no problem. Gaji jalan dibayar oleh pembayar cukai.

Tapi siapa nak bayar gaji pekerja swasta yang cuti? Jawabnya majikan swastalah. Tapi mereka tak ada produktiviti dan yang buka juga perniagaan, kena bayar overtime.

Adakah Kementerian Kewangan akan bagi pampasan kepada majikan swasta yang hilang produktiviti dan lepas itu kena bayar overtime pula?

Inilah susah bila menteri jadi menteri tetapi tidak pernah rasa susah payah jadi majikan swasta, apatah lagi majikan industri kecil dan sederhana (Ikas).

Pekerja memanglah seronok. Tak payah kerja. Gaji jalan. Tapi majikan nak dapat duit dari mana? Cukai nak kena bayar. Sewa kilang dan pejabat nak kena bayar. EPF jalan.

Kalau masa jalan-jalan, pekerja kemalangan atau jatuh sakit, majikan juga yang kena bayar medical.

Ah, Malaysia negaraku, negara cuti, negara relaks tapi nak jadi negara produktiviti tinggi, pendapatan tinggi. Apa dah jadi dengan KPI bapa-bapa dan ibu-ibu menteri?

Mimpi atau realiti?


by A KADIR JASIN

5 comments:

Anonymous said...

Tahniah....tapi jangan pulak usung piala TENANG pulak.

n43 said...

semasa kelantan juara piala malaysia tempoh hari kenapa tidak keluarkan comment yang sama...cuti di berikan juga,semasa pilihanraya kecil di kelantan pun sama,diberikan cuti umum,harap pihak tuan jangan nak semua pekara nak di politikkan..
fikirkan

ipoK said...

Artikel saudara Kadir Jasin ini adalah berbaur KAPITALISME....
Minimum cost, maximum profit...
Lepas tu kebajikan pekerja tidak diendahkan...
Luahan dilihat dari segi 'kerugian' towkey...
Walhal cuba bandingkan pulak dengan kes2 pekerja yg x dibayar caruman, bergaji di bawah paras kemiskinan...
Jika setiap perkara nak ditimbangkan untung-rugi, itu kerja bikin sendiri la... aparaaa ini olang...

Anonymous said...

kan bagus tu jgan padang semua perkara dari sudut pihak majikan. Cuba pandang dari sudut pihak pekerja.. sebab esok cuti umum maka yang kerja dapatlah gaji lebih sedikit adalah la rezeki untuk anak masuk sekolah. yang cuti boleh la luangkan masa bersama keluarga dan anak-anak dan berehat secukupnya setelah bertahun tahun ditindas majikan tanpa belas kasihan. kalau nak tahu negara yang berpendapatan tinggi ialah negara yang rakyatnya work smart bukan work hard. Buat kerja yang pakai otak bukan pakai otot.

Anonymous said...

INI BARU PIALA AFF BELUM JUARA PIALA ASIA LAGI ATAU PIALA DUNIA!! HAHA. MAHU CUTI SEBULAN KAHKAHKAH

Archive

Related Posts with Thumbnails