Wednesday, December 1, 2010

Bintang Pornstar Pengerusi SPPP ?

Zahrain pernah memegang jawatan ini.. dengar cerita banyak juga dia buat duit di sini dan semua dokumen masih di teliti oleh pihak lawyer sebelum di siarkan kepada umum.. bukan apa cuma tak nak kena saman.. he..he..

Guan Eng pertikai pelantikan Soi Lek Pengerusi SPPP

BUKIT MERTAJAM: Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek, layak memegang jawatan Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) bagi menggantikan Ketua Wanita MCA Pulau Pinang, Tan Cheng Liang.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata MCA sudah tentu mempunyai alasan sendiri serta faktor tertentu untuk melantik Soi Lek yang bukannya berasal dari Pulau Pinang bagi menggantikan Cheng Liang.

Bagaimanapun, Guan Eng menyatakan rasa hairan kenapa Soi Lek yang bukannya berasal dari Pulau Pinang dilantik ke jawatan yang secara tradisinya disandang individu dari Pulau Pinang. Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri bersedia untuk bekerjasama dan berharap beliau pun mengambil pendekatan sama demi kepentingan rakyat negara ini.


“Sebelum ini, kami kurang mendapat kerjasama daripada pengerusi SPPP (Cheng Liang). Marilah kita bersama-sama mengembalikan zaman kegemilangan Pelabuhan Pulau Pinang.

“Kami berharap beliau akan meluangkan banyak masa di negeri ini bagi mencapai sasaran itu,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis angkat sumpah Pemangku Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) di sini, semalam.

Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus, akan memangku jawatan itu berikutan ketiadaan YDP MPSP, Mokhtar Jait yang mengikuti kursus selama sebulan.
Kelmarin, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan media mengumumkan pelantikan Soi Lek sebagai Pengerusi SPPP selama satu tahun bagi menggantikan Cheng Liang berkuat kuasa 15 November lalu.

Kenyataan itu menyebut, Soi Lek yang berpengalaman sebagai menteri dan exco kerajaan Johor mampu memastikan peranan SPPP sebagai badan pemantau serta pemudahcara untuk pembangunan Pelabuhan Pulau Pinang.- Berita Harian


Berita Semalam..

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dilantik sebagai Pengerusi SPPP

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (Teluk Ewa) berkuat kuasa 15 Nov lepas.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan akhbar hari ini berkata pelantikan Chua adalah untuk tempoh setahun sehingga 14 Nov tahun depan.
Beliau menggantikan Tan Cheng Liang.

Menurut kenyataan akhbar itu, pengalaman luas Chua sebagai bekas menteri kabinet dan exco kerajaan negeri Johor, akan memastikan fungsi SPPP dipertingkatkan sebagai badan kawal selia dan fasilitator kepada pembangunan dan perrkembangan Pelabuhan Pulau Pinang.

Kerajaan yakin menerusi kepimpinan Chua, prestasi Pelabuhan Pulau Pinang akan dipertingkat dan kedudukannya sebagai pelabuhan utama negara dapat diperkukuh. - mStar

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails