Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Wednesday, December 22, 2010

Beg sekolah ada logo Parti ?

KOTA BHARU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, Chang Lih Kang mengecam tindakan wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang memperalatkan sumbangan beg sekolah kepada orang miskin di sini untuk kepentingan politik.

Menurutnya, tindakan itu menunjukkan mereka tidak ikhlas menolong murid miskin tetapi hanya untuk menarik perhatian.

“Agenda mereka untuk menjadikan beg sekolah sebagai alat politik amat jelas kerana mempergunakan sumbangan ini di mana tertera jahitan logo UMNO dan BN yang disembunyikan di bawah logo 1Malaysia,” katanya.

Lih Kang berkata, tindakan itu bercanggah dengan prinsip Kementerian Pendidikan yang selama ini tidak membenarkan unsur politik dibawa masuk ke sekolah.


“Kami boleh terima sekiranya mereka mencetak logo parti atas benda lain, tetapi kami tidak setuju logo parti politik dicetakkan di atas beg sekolah.

“Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Pendidikan, bolehkah beg yang berlogo seperti ini dibawa masuk ke sekolah?,” katanya.

Beliau berkata, tindakan itu menunjukkan bukti yang kukuh di mana sumbangan berkenaan dipergunakan untuk memperalatkan golongan miskin.

Menurutnya, sekiranya tindakan itu boleh dilakukan, bermakna parti politik lain juga boleh bertindak sedemikian.

“Selain itu, saya juga ingin tahu adakah sumbangan beg ini melibatkan peruntukan kerajaan? Jika ya, kenapa logo berkenaan boleh dicetak atas beg yang merupakan sumbangan daripada kerajaan?,” katanya.

Katanya, beliau mendesak satu penjelasan daripada Kerajaan Negeri agar perkara itu tidak hanya dipandang remeh.

Manakala, Ketua Pas Taman Kinta, Ibrahim Malbar berkata, sepatutnya agenda politik dan hal pembelajaran anak-anak tidak boleh dipermainkan tambahan pula ia adalah sesuatu yang sensitif sekiranya dibawa ke peringkat sekolah.

“Adakah murid boleh bawa beg berlambang parti politik ke sekolah, jika boleh, ahli Pakatan Rakyat juga akan membekalkan beg sekolah yang ada lambang Pas, PKR dan DAP kepada anak-anak kami,” katanya.

Sementara itu, ADUN Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, pemberian itu adalah sumbangan ikhlas yang sepatutnya tidak dipertikaikan.

Menurutnya, sumbangan beg sekolah dan beberapa bantuan lain kepada golongan berpendapatan rendah bertujuan meringankan beban ibu bapa dalam membuat persiapan untuk sesi persekolahan tidak lama lagi.

“Perkara ini sepatutnya tidak menjadi isu kerana ia adalah sumbangan daripada UMNO untuk anak-anak ke sekolah dan tiada agenda politik tersembunyi sepertimana didakwa pembangkang,” katanya.

Nolee berkata, logo atau lambang yang tertera hanya menunjukkan identiti penyumbang, sama seperti pihak lain yang pernah memberi bantuan tidak kira pihak kerajaan atau swasta, mereka pasti meletakkan sesuatu untuk melambangkan identiti.

“Kalau kita lihat, penyumbang selalunya akan meletakkan logo di setiap bantuan barang sumbangan dan logo UMNO dan BN hanya menunjukkan ia adalah sumbangan daripada kami.

“Pemberian ini dijalankan di luar kawasan sekolah seperti di Dewan Orang Ramai atau dalam kawasan kampung dan tidak melibatkan pihak sekolah. Namun terpulang kepada penerima sekiranya ingin menggunakan beg berkenaan ke sekolah, tuisyen atau sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, sumbangan itu adalah salah satu usaha UMNO untuk membantu penduduk mengurangkan perbelanjaan anak-anak ke sekolah dan isu yang dibawakan pembangkang tidak masuk akal.

“Saya tidak memaksa anak-anak untuk membawa beg ke sekolah tetapi terpulang kepada penerima untuk menggunakannya. Tujuan kita adalah untuk meringankan beban yang ditanggung keluarga bukan mahu melibatkan agenda politik seperti diuar-uarkan.

“Bagaimanapun, sehingga kini, saya belum pernah menerima apa-apa aduan daripada pihak penerima berkenaan bantuan beg sekolah ini dan jelas bahawa pembangkang sengaja menggunakan isu untuk mengucar-ngacirkan keadaan,” katanya.


Sinar Harian

1 comments:

Anonymous said...

“Pemberian ini dijalankan di luar kawasan sekolah seperti di Dewan Orang Ramai atau dalam kawasan kampung dan tidak melibatkan pihak sekolah. Namun terpulang kepada penerima sekiranya ingin menggunakan beg berkenaan ke sekolah, tuisyen atau sebagainya,” katanya.

kalo camtu..PR bleh bagi beg ada lambang PR di luar skolah (e.g dalam dewan awam) dan anak2 ini bawa beg tu ke skolah..tapi puak2 UMNO ni bukan bleh caya..nanti mula la berkokok..ckp PR serap politik dalam kawasan skolah..cayo la cakap den ni..kalo diorang buat..senyap je..xde agenda politik la..ikhlas la..cittpooddahhh!!!

Archive

Related Posts with Thumbnails