Bapa Mohd Saiful Bukhairi, Azlan Mohd Lazim menunjukkan kenyataan akhbar mengenai kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas anaknya kepada pihak media selepas menyerahkan surat kepada wakil istana di Istana Negara
KUALA LUMPUR:2010/12/14 Bapa kepada mangsa kes liwat, Saiful Bukhari, yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim hari ini menyerahkan sepucuk surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menarik perhatian Seri Paduka supaya kes itu yang sedang dibicara dipercepatkan.
Beliau hadir di hadapan Istana Negara di sini ditemani tiga orang rakannya menyerahkan surat berkenaan kepada seorang pegawai istana pada jam 3 petang.
Azlan, 57, dalam kenyataannya kepada media berkata beliau mahu menyampaikan suara hatinya kepada baginda kerana sudah melalui pelbagai tekanan dan kesulitan akibat perbicaraan kes liwat membabitkan anaknya itu sering ditangguhkan sejak tiga tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
"Saya amat berharap agar proses keadilan dapat dipercepatkan," katanya.
Kes berkenaan beberapa kali ditangguhkan kerana menunggu keputusan mahkamah ke atas beberapa permohonan daripada pihak Anwar.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
BERNAMA


3 comments:
Cepat sungguh dia boleh hantar memo kepada Agung. Hantarlah sama memo skandal sulit si Saiful dan si Farah (DPP yang disingkir).....sehingga persiapan khenduri si Farah dibatalkan di saat akhir.....jangan berat sebelah!
Bapa si Saifool pun dah macam menteri kerajaan naik kereta chauffer driven dan dah pandai guna raja Melayu macam UMNO jugak. Ini layanan VIP ke atas seorang rakyat biasa pro UMNO pasti Perkasa tak kan melenting. Aku percaya tindakan si bapa ni bukan sendirian kerana tidak semudah itu untuk seorang rakyat biasa boleh senang2 mengutus surat kepada raja.
Apakah raja akan mencampuri urusan mahkamah untuk kepentingan satu pihak? Kalau raja sudah mulakan satu precedent untuk membela seorang rakyat, maka raja mestilah bersedia untuk membela siapa2 saja rakyat yang datang ke pintu istana dengan surat permohonan, walaupun rakyat itu datang dengan basikal buruk.
Duit dah dibayar ........pelakon kenalah tunjuk lakonan yang baik tapi jalan cerita dah mula lembab/basi tunggu masa untuk dikuburkan.
Pak Azlan ni adalah contoh buruh paksaan zaman moden.
Post a Comment