Tuesday, December 28, 2010

Anwar patut dihukum bukannya saya!!

Jika keadaan ini dibiarkan berterusan.. kita pasti akan menyaksikan ada lagi Pemimpin PKR yang akan keluar PKR..

Bukankah orang tua-tua ada berpesan.. Api, jangan dilawan dengan api..


Anwar patut dihukum bukannya saya, Gopalakrishnan desak PKR

KUALA LUMPUR, 28 Dis — Ahli Parlimen Padang Serai meneruskan serangan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dengan menggesa tindakan disiplin dikenakan ke atas ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terlebih dahulu, bukannya ke atas diri beliau.

Wakil rakyat Padang Serai itu mahu Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, dikenakan tindakan disilpin kerana menutup kuil Siva yang terletak di Bukti Gasing, Petaling Jaya.


“Jika tindakan disiplin mahu dikenakan, ia seharusnya dikenakan ke Anwar, pertama kerana menutup kuil Siva di Bukit Gasing dan (Exco Kerajaan Negeri Selangor) Dr Xavier Jeyakumar kerana menggunakan gengster ketika pemilihan PKR baru-baru ini,” kata beliau dalam kenyataan terbaru dikeluarkan pagi ini.

Ketua PKR Padang Serai ini berkata, sepanjang 12 tahun lalu Anwar hanya memperkukuhkan kepimpinan orang Melayu dan Cina dalam parti itu manakala masyarakat India dipinggirkan.

Malah Gobalakrishnan yang tewas dalam pemilihan jawatan naib presiden berkata, hanya mereka yang rapat dengan beliau dilantik mengisi jawatan-jawatan parti.

“Sepatutnya ada pertimbangan yang sewajarnya bagi masyarakat India dalam parti memandangkan mereka terdiri daripada 40 peratus ahli.

“Adalah jelas Anwar mengamalkan pendekatan pisah dan perintah,” kata Gobalakrishan sambil menambah, jika naib presiden baru N. Surendran mahukan sebarang penjelasan dan bukti mengenai tuduhan-tuduhan itu beliau boleh menghubunginya.

Semalam, Surendran menggesa Gobalakrishnan agar segera menghentikan kecaman dan kritikan ke atas pemimpin-pemimpin PKR.

Gopalakrishnan menggunakan akaun Twitternya untuk mengecam dan mengkritik kepimpinan Anwar dan timbalan presiden yang baru Azmin Ali sejak hujung minggu lalu.

Semalam, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya akan mempertimbangkan tindakan disiplin ke atas Gopalakrishnan ketika mesyuarat biro politik awal bulan depan.

Gopalakrishnan berkata pendiriannya menerusi Twitter bukannya “hujah berapa-api” sebagaimana didakwa oleh Surendran.

“Beliau mengatakan bahawa PKR sebuah parti demokratik tetapi saya difahamkan demokrasi hanya diamalkan dengan sikap pilih kasih dalam parti oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

“Kenyataan saya bukan sesuatu kosong, tidak berasas ataupun tidak berproduktif. Saya fikir sudah sampai masa bagi saya untuk bercakap melawan ketidakadilan.

“Saya telah melakukan banyak pengorbanan demi memperbaiki kehidupan rakyat Malaysia. Saya tidak ada agenda peribadi atau hasil dalam melakukan perkara ini. Saya sentiasa berjuang demi keadilan semua khususnya masyarakat India,” kata beliau sambil menambah ia menjadi perjuangannya sejak memulakan kerjaya politik dalam MIC 23 tahun yang lalu.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails