Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Wednesday, December 29, 2010

Andaikata yang Merogol Amah itu Anwar Ibrahim..


Sekadar Hiasan...

Andaikata yang didakwa merogol amah itu bukanlah seorang Menteri dari Barisan Nasional tetapi ianya adalah Anwar Ibrahim, pasti kita akan menyaksikan Anwar Ibrahim akan diheret kemuka pengadilan dengan sepantas kilat, tak kiralah walau dimana beliau berada samada didalam Malaysia atau di Turki.

Necsaya akan merengkoklah Anwar dalam penjara dalam kadar segera.. mungkinkah akan lebam kedua-dua belah matanya pula..

Maka akan riuh-rendahlah media-media tunggangan UMNO memainkan isu ini selama 7 hari 7 malam jika mengizinkan akan dimainkan isu ini sehingga PRU13 nanti.. Gegak gempitalah seluruh blog yang menyokong UMNO/BN memainkan isu ini.

Akan diketawakan mereka penyokong PKR yang bermati-matian menyokong Anwar.. ditertawakan akan kebodohan mereka kerana terlalu taksub dengan Anwar Ibrahim.

Najib nescaya akan berkata “Lihatlah bagaimana bijaknya Anwar menipu rakyat jelata, berpura-pura seperti insan yang baik, padahal diri terpalit penuh noda. Hentikanlah menyokong PKR sokonglah UMNO yang dibarisi pemimpin yang bersih.”

Nazri mungkin berkata “ Terbukti Anwar memang hipokrit”

Andaikata Anwar yang dituduh merogol itu, Saiful pasti akan turut gembira, gembira kerana kononnya bukan dia saja yang menjadi mangsa malah ada lagi manusia yang turut menjadi mangsa kerakusan nafsu Anwar yang menggila tanpa mengenal jantina.

Tapi itu andaikata Anwar yang dituduh merogol amah bukannya Menteri dari Barisan Nasional punya kerja..

Kita telah melihat Media tunggangan UMNO menggunakan sebaik mungkin peluang yang ada berikutan pendedahan WikiLeaks tentang kisah tuduhan liwat keatas Anwar mereka memainkan isu itu seolah-olah apa yang didedahkan oleh WikiLeaks itu memang benar biarpun pihak Singapura mengatakan apa yang didedahkan oleh Wikileaks itu tidak selari dengan maklumat yang ada pada mereka.

Apabila ada pendedahan oleh WikiLeaks yang menyentuh mengenai isu Najib dan Altantuya seluruh Media tunggangan UMNO menutup pendedahan itu dengan sebaik mungkin..

Dan bila ada lagi pendedahan oleh WikiLeaks yang dibongkar keluar oleh Rocky Bru melibatkan kisah rogol seorang Menteri.. disiarkan di berbagai-bagai blog tak kira menyokong BN atau PR hingga kini tiada sebarang penafian dari pihak yang berkenaan.

Adakah ini kerana Menteri itu merupakan Veteran UMNO yang masih bernilai disisi Najib maka Menteri itu sewajarnya diberikan imuniti?

7 comments:

Sudir said...

Tak mungkin Anwar akan dituduh merogol..

Anonymous said...

Itu sebab kita kena hapuskan OSA, ISA, dan sebarang Secret Acts agar menteri2 dan orang berkuasa ini tidak dapat dielak dari ditangkap. Maka kenalah hapuskan Barisan Najis kerana merekalah yang akan selindung dibawah akta2 itu. Mari undi Pakatan supaya perogol, pembunuh, pencuri, perompak ini dapat dihukum.

cekli@abg chor said...

ITULAH YANG DIKATAKAN 1MALAYSIA.....
rakayat didahulukan pencapaian diutamakan. Tahniah kepada peneraju 1MALAYSIA.....Malaysia pasti boleh boleh boleh boleh, yang menjadi mangsa siapa? siapa? siapa? BUAT NOHEN JE.....yang mengelasor rakyat juga.

Anonymous said...

Jika Anwar yg merogol amah tersebut...maka gegak gumpita lah media2 nasional 10 ari 10 mlm laksana stadium bung karno.
dan musuh2 ketat anwar mcm si Tua Bangka yg tak sedar diri, akan memberi komen... org dah tahu.

Anonymous said...

Inilah yg dikatakan nafsu serakah seorang anak yatim ahli umno dulu kini dan selamanya.

Anonymous said...

Ala bagi tension je... Ada part two jawapannya http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/12/rogol-amah-nah-nama-menteri-itu.html#more

Anonymous said...

Kalau Anwar yg merogol, Peh, yg paling hebat berkokok tau sape?

Ketua Pengarang Utusan Meloye lah, sape lagi.

Makhluk ni lah yg paling seronok bangat, tergolek gelantang, kah kah kah..

Anwar ni tak merogol pun, cerita dia hari2 dipantak dlm paper makhluk ni, ni pulak kalau merogol, silap2 hari bulan, malam malam pun dia suruh staf dia datang terbitkan paper, kah kah kah...

Hello Bro, kenape tak siarkan kisah rogol sahabat awok tu dlm paper awok yg penuh dusta, fitnah, khianat, pengaib, pengadu domba tu...

Ada berani?, takde berani punya...

Archive

Related Posts with Thumbnails