Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, December 28, 2010

AMARAN dari Rais Yatim..

Ini adalah AMARAN dari Rais Yatim, sila baca..

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata beliau kecewa melihat artis wanita yang berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010 yang lalu.. dan mengarahkan TV3 supaya menilai semula agar ianya tidak berulang pada anugerah akan datang

He..he..he.. dia warning artis yang pakai seksi la.. berjaga-jagalah wahai artis sekelian..

Rais tegur artis berpakaian seksi

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Kumpulan Media Prima Berhad perlu membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai artis wanita berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010, semalam.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini kerana anugerah tersebut bertujuan memberi penghargaan kepada filem, drama dan pelakon terbaik.


"Saya sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan malam tadi hanya beri fokus kepada mutu filem dan drama dipertandingkan. Saya tidak tumpukan kepada pakaian setiap artis yang hadir.

"Tetapi sekiranya ada keadaan menjolok mata dan tidak menyerikan majlis, Media Prima melalui anak syarikatnya, TV3 perlu nilai semula supaya ia tidak berulang pada anugerah akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Krismas 1Malaysia anjuran ahli perniagaan, Datuk Seri Vanatiah Anthony, di sini hari ini.

Beliau mengulas kekecewaan beberapa pihak terutama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kecewa dengan pendedahan aurat yang ketara oleh artis wanita pada majlis anugerah itu.

Rais berkata, setiap manusia ingin maju dalam kehidupan tetapi bukan bererti tamadun terutama sebagai orang Melayu dicabuli oleh kelakuan atau cara berpakaian yang tidak senonoh.

"Siapa makan cili dia akan terasa pedasnya kerana saya dan pihak lain menyatakan pandangan ini dalam konteks sebenar," katanya.

Sementara itu, Ketua Wirawati Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zaira Jaafar berkata, biarpun penampilan seseorang itu merupakan hak individu namun ia perlu mempunyai had dan batasan.

Beliau berkata, tindakan artis wanita yang mengenakan pakaian menjolok mata bukan sahaja tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi Malaysia, malah menunjukkan mereka tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat.

"Bukan tidak boleh berpakaian moden dan mengikut trend, namun artis wanita juga perlu peka dengan persekitaran sekeliling.

"Jangan berpenampilan keterlaluan kerana mungkin ada di kalangan peminat dan masyarakat tidak boleh menerima imej sedemikian walaupun atas dasar bersikap terbuka mahupun atas nama kebebasan," katanya.

Zaira berkata, artis wanita sepatutnya lebih menonjolkan pakaian bersifat tradisional seperti kebaya moden apabila menghadiri acara besar dan berprestij seperti majlis penganugerahan.

Kata beliau, ia bukan sahaja membuatkan pemakainya kelihatan lebih menawan dan sopan, tetapi turut menampilkan ciri-ciri kewanitaan, sekali gus memperkasakan fesyen kebangsaan.


Media UMNO

7 comments:

AnakPolis said...

Apa salahnya berpakaian mcm tu... Kan org melayu semua tu.. Org2 kuat UMNO suka kan mcm tu.. Hidup ketuanan melayu!!!.. hik.. hik.. hik..

Anonymous said...

kata tak senonoh tapi dlm hati seronok,dasar ketuanan melayu amnogok

Anak Sungai Derhaka said...

Dia bagi amaran supaya tragedi Amah Dirogol tak berulang kot...

Anonymous said...

Rais marah artis berpakaian sexy sebab membuat air lior nya meleleh.

Anonymous said...

teringat kepada bekas mohti dato ishak baharum kena pecat kes ratu cantik,nampaknya rais tak ambil pengajaran.

madie said...

Rais Yatim ni marah sbb dia x tahan nak tengok artis berpakaian mcm tu.. nak rogol, line x clear sbb depan public.. kalau tersorok, nahas la artis2 tu semua.. habis kena rogol dgn Rais anak Yatim yg bernafsu ala2 binatang nie..
muahahahahahaha...

Anonymous said...

Nasihat dan amarannya dah tak laku. Seluar ketat ke atau pakai jubah , dia juga yg nak londeh.

Archive

Related Posts with Thumbnails