Friday, December 17, 2010

ADUN Tenang,selamat dikebumi..

LABIS: Jenazah, Adun Tenang Allahyarham Datuk Sulaiman Taha selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Paya Merah, di sini, hari ini.

Sulaiman, 59, meninggal dunia di Unit Jagaan Rapi hospital Ampang Puteri pada pukul 1.10 pagi ini selepas mengalami jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

Jenazah Allahyarham yang dibawa menggunakan van jenazah Pusat Khidmat Masyarakat Adun Kemelah tiba di kediaman keluarganya di Jalan Melati, Labis Park, di sini pada pukul 8 pagi sebelum disembahyangkan.

Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Jamek Labis untuk disembahyangkan kali kedua dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Paya Merah, di sini, pada pukul 12 tengah hari.


Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Seri Noraini Yaakop, enam anak perempuan iaitu Marsila, Marliza, Marina, Miza Liyana Taha, Miza Qamarina dan Miza Husna dan seorang anak lelaki iaitu Aiman Azri Taha, Speaker Dun Johor Datuk Mohd Ali Hassan, Anggota Parlimen Labis Chua Tee Yong dan Adun Kemelah Ayub Rahmat turut hadir.

Sulaiman menjadi Adun Tenang pada pilihan raya 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-12 tahun 2008 selepas memperoleh 6,367 undi menewaskan calon PAS Md Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Beliau menewaskan Md Saim dengan majoriti 5,517 undi pada pilihan raya umum 2004.

Beliau adalah Ketua Bahagian Umno Labis sejak 2001, pernah menjadi Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Negeri Johor (1994-1997) dan Penolong Setiausaha Pemuda Umno Malaysia (1987-1993).

Tenang mempunyai 14,511 pengundi; 49.66 peratus Melayu, 38.13 peratus Cina, 12.11 peratus India dan kaum-kaum lain 0.10 peratus.



Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails