Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Monday, November 15, 2010

Zaid Ibrahim keluar PKR?

Datuk Zaid Ibrahim telah mengambil keputusan untuk meninggalkan PKR, lapor The Star hari ini.

"Saya sedari hari-hari saya semakin singkat kerana pemimpin parti tidak berhenti-henti membuat serangan peribadi ke atas saya.

"Saya berundur kerana mahu menjauhkan diri saya daripada penipu dan pembohong. Saya tidak lagi mahu menjadi swebahagian daripada kumpulan yang menaburkan fitnah dan sanggup menipu semata-mata untuk tujuan peribadi mereka,” katanya.

Zaid, yang menyertai PKR pada Jun 2009 selepas meninggalkan Umno berkata beliau akan bercuti seketika untuk menjauhkan diri daripada semua tumpuan ketika ini.

"Saya bukan membenci parti tetapi saya meluat dengan pemimpin yang bermasalah di dalam parti,” katanya.


Bekas menteri kabinet itu menarik diri daripada pemilihan jawatan timbalan presiden PKR minggu dengan alasan kepimpinan parti gagal menangani dakwaan manipulasi dan penyelewengan dalam sistem pemilihan berkenaan.

Beliau juga pada sidang akhbarnya itu membidas pemimpin PKR, termasuk ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, beliau juga mencadangkan Anwar supaya berundur kerana berpendapat dia sebagai punca masalah di PKR.

Dalam wawancaranya, dengan beberapa akhbar pro-Umno, semalam adalah hampir pasti bahawa Zaid akan meninggalkan PKR dan menubuhkan partinya sendiri.

Malah, Zaid pernah mengumumkan pada dialognya di Kedah bahawa beliau akan menubuhkan “Keadilan baru” jika dipecat dari PKR.

2 comments:

Anonymous said...

Kemelut Zaid dengan PKR hanya berpunca dari igauannya untuk menjadi ketua dalam parti itu. Apabila dia sedar bahawa hasrat itu sudah tersasar, maka terdedahlah wajah Zaid yang sebenarnya. Sepatutnya dia berterima kasih kpd Anwar kerana walau pun dia ahli baru, dia telah diberi kedudukan yang penting dalam parti. Nak lawan taukeh tak bolehlah...

Anonymous said...

kepada anon November 15, 2010 10:52AM

Ada ada baca kenyataan zaid mengenai aduannya kepada puncuk kepimpinan parti?

Jika anda baca dan paham maka mesej itu sampai pada anda. Dalam satu kenyataan beliau bahawa, beliau telah membuat aduan mengenai masalah pemilihan sejak dari hari pertama lagi dan pada hari pertama masih belum diketahui siapa yang akan menang. Jika Zaid ada agenda untuk menjawat Tim. Presiden sudah pasti saat2 beliau hampir kalah akan membuat aduan penyelewengan. Kedua, saya ingin bertanya adakah tindakan siasatan (badan bebas) dilakukan terhadap aduan beliau dan lain-lain aduan? JIka tiada tidak usah buat spekulasi memburukkan beliau dan lain-lain ahli PKR yang tidak bersetuju dengan pemilihan ini. Dahlah siasatan tiada dilakukan, fitnah dibuat ke atas orang sepertinya dan ahli-ahli PKR lain. PKR adalah parti yang bagus tetapi pemimpin yang hipokrit dan ahli yang membabi buta menyokong pemimpin seperti itu adalah dayus! Seperti UMNO!!

Archive

Related Posts with Thumbnails