Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, November 30, 2010

Zahrain cabar Anwar serah darjah kebesaran

"Mereka ini tidak layak menerima darjah kebesaran itu. Anwar merupakan orang yang hipokrit besar kerana beliaulah yang mewujudkan konsep Ketuanan Melayu semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno." kata Zahrain

Oleh Muda Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Datuk Mohd Zahrain Hashim (Bebas – Bayan Lepas) mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim mengembalikan darjah kebesaran dan ganjaran yang diperolehi dari keistimewaan orang Melayu.

Katanya, jika Anwar tidak mahu menyerahkan semula darjah kebesarannya itu, beliau memohon Tuanku Sultan menarik balik darjah kebesaran berkenaan.

"Mereka ini tidak layak menerima darjah kebesaran itu. Anwar merupakan orang yang hipokrit besar kerana beliaulah yang mewujudkan konsep Ketuanan Melayu semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.


"Tetapi kini dia menolak konsep Ketuanan Melayu. Adakah dia merasa kesal kerana beliau tidak lagi berkuasa," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Hadir sama dalam sidang media tersebut ialah Zulkifli Noordin (Bebas – Kulim Bandar Baharu).

Sultan Selangor kesal

Semalam akhbar melaporkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan sikap orang Melayu yang mempertikaikan kerelevanan institusi raja Melayu dan peranannya dalam sistem pemerintahan negara.

Baginda mendedahkan, matlamat golongan berkenaan adalah agar sistem Raja Berperlembagaan disemak dan dikaji semula.

Mohd Zahrain berkata, konco-konco Anwar mendapat habuan daripada konsep Ketuanan Melayu itu.

"Masa dia (Anwar) berkuasa banyak kawan dia yang mendapat borang samar (pink form)," katanya.

Dalam Kongres PKR hujung minggu lalu, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapannya meminta orang Melayu menolak konsep Ketuanan Melayu kerana ia menguntungkan kelompok tertentu.

Bagaimanapun, pelbagai pihak mengecam ucapan isteri Anwar termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia yang membuat laporan polis.


Free Malaysia Today

3 comments:

ssalamayat said...

Zahrin lebih penyamun dari penyamun. apa jadi dengan penang port.. sampai la ni dok macam tu jugak... cakap pandai kerja macam taik...

Anonymous said...

sudahla zahrain.bukan kamu ke yang guna LGE untuk dapat datuk tu? tak dapat jadi ketua PKR PP keluar.tak payah bising2 la,tunggu je PRU lepas ni nak tengok jadi camana

Anonymous said...

aku cabar zahrain ni pakai costume katak pastu main kat funfair..ckp geng2 katak ni mmg sebodoh2 percakapan laa...dah gila kuasa macam2 kerja reka nak jatuhkan org...puiiiiiiihhhx99999

Archive

Related Posts with Thumbnails