Monday, November 22, 2010

Ustaz 'Sepak Tong' jatuh dalam Paya..

Masih ingatkah lagi korang akan seorang Ustaz yang sanggup melepaskan jawatannya sebagai Imam Besar Masjid Negara dengan menyertai UMNO untuk bertanding dalam PRU 11 yang lalu.

Beliau telah bertanding bagi merebut kerusi Ahli Parlimen Permatang Pauh dari DS Wan Azizah, antara yang masih segar dalam ingatan aku ialah bagaimana pemuda-pemuda di Permatang Janggus menyambut kehadirannya di situ.

Bagi membolehkan beliau merasakan betapa hangatnya sambutan oleh penduduk di Permatang Janggus beberapa orang pemuda di situ telah menyorokkan kasut beliau ketika beliau hadir untuk menunaikan Solat Jumaat di Masjid Permatang Janggus.


Apabila beliau telah selesai menunaikan Solat, beliau tercari-cari dimanakah kasutnya, malangnya tidak ditemui beliau. Ini menyebabkan beliau terpaksa berjalan berkaki ayam ke keretanya. Bayangkan betapa pedihnya tapak kaki bila berjalan diatas tar diwaktu tengahhari.. nak rasa macam mana panas dan pedihnya korang cubalah sendiri..

Bila ditanya pemuda-pemuda yang menyorokkan kasutnya itu “ Awat hangpa sorok kasut dia?”.. mereka menjawab “Biar dia rasa betapa hangatnya sambutan dari Permatang Janggus”..

Malang juga buat beliau setelah pengiraan undi dijalankan buat kali beliau telah kalah dengan majority kurang dari 500 (kalau tak silap aku) tapi pada kiraan yang pertama beliau telah menang.

Kerana marah, beliau telah bertindak menyepak tong peti undi yang berhampiran beliau.. semalam pula Bernama melaporkan Ustaz ‘Sepak Tong ‘ itu telah terjatuh kedalam paya pula..

Pegawai Khas Hishammuddin Jatuh Ketika Mengiringi Menteri Buat Tinjauan

KUCHING: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien terkejut apabila melihat pegawai khasnya, Datuk Firdaus Ismail terjatuh ke dalam paya apabila titi yang menghubungkan sebuah rumah usang milik seorang warga emas di Kampung Gersik, di sini runtuh, Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Hishammuddin yang menyempurnakan majlis penutup Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Tebingan Boyan-Gersik-Sourabay (BGS) telah membuat tinjauan ke kampung Melayu itu.

Ketika rombangan itu melalui titi ke sebuah rumah usang warga emas di kampung itu, titi tersebut runtuh.

Ismail yang berdiri di belakang Hishammuddin terjatuh dan telah ditarik naik oleh anggota Rela.

Berikutan itu, bantuan sebanyak RM40,000 diperuntukkan bagi membaikpulih empat buah rumah usang, termasuk titi yang runtuh itu.


BERNAMA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails